June 18th, 2014

Bulan lalu, 1 thing that matters to rakyat Malaysia the most ialah kemenangan pasukan Piala Thomas Malaysia dalam perlawanan akhir menentang Jepun. Jutaan rakyat kita menonton perlawanan yang amat sengit sambil berdoa agar penantian selama 22 tahun untuk bergelar juara akan berakhir. Walaupun menunjukkan semangat juang yang amat tinggi, akhirnya kontijen pasukan Malaysia tewas jua. Sedih memang sedih namun itulah kenyataan yang amat perit harus ditelan oleh rakyat Malaysia.

1 thing matters

Selepas menonton perlawanan tersebut, Abang Nara tertanya-tanya apakah 1 thing that matters the most buat diri ini. Kalau diikutkan hati, memang banyak benda yang penting dalam hidup Abang Nara. Wang bertimbun-timbun dalam akaun bank, dapat bercuti ke seluruh negara di dunia ini, kesihatan yang bagus sepanjang masa dan macam-macam lagilah. Kesemuanya memang amat penting namun setelah difikirkan sedalam-dalamnya, 1 thing that matters the most buat Abang Nara tak lain tak bukan ialah isteri dan anak tercinta.

1 thing matters

Kalau masa bujang dulu, memang tak payah susah-susah nak fikir tentang kehidupan seharian. Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, lepak ngan kawan-kawan sampai tengah malam dan tidur. Itulah rutin seharian. Selepas kahwin dan dikurniakan seorang anak, memang kehidupan 100% berubah. Cara pemikiran pun berubah. Diri sendiri sudah tidak penting lagi. Nak buat apa-apa mesti fikirkan isteri dan anak terlebih dahulu. Sebelum beli barang untuk diri sendiri, kena selesaikan susu, pampers dan baju anak terlebih dulu. Kalau diri sendiri demam buat tak tahu je, tapi kalau anak demam, 10 minit selepas itu dah terpacak kat klinik. Hehehe.

1 thing mattersRasanya semua lelaki yang dah berkahwin dan memiliki anak memang akan bertukar menjadi macam Abang Nara. Rasa tanggungjawab itu datang secara automatik. Tak perlu dipaksa-paksa. Keluarga memang akan menjadi 1 thing that matters the most buat kaum Adam yang bergelar suami. Namun setiap orang mempunyai 1 thing that matters the most yang berbeza. Menarik sangat-sangat apabila Abang Nara membaca tentangnya di Facebook Allianz. Ada yang mahukan kesihatan, ada yang mahu hidup sepuas hati dan seperti Abang Nara, ada yang mahukan kebahagiaan keluarga.

1 thing mattersLebih menarik apabila menonton video Foster Huntington yang telah menjelajah Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk mengetahui apakah 1 thing that matters the most buat rakyat ketiga-tiga negara ini. Seronok Abang Nara mendengar perkongsian mereka. Menarik sangat-sangat!!!

Kagum Abang Nara dengan kempen 1 thing that matters the most dari Allianz Malaysia yang mempunyai 35 cawangan di negara kita ini. Mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001, Allianz merupakan sebuah syarikat insurans yang menawarkan perlindungan merangkumi insurans hayat, insuran kenderaan, pelaburan dan pelbagai lagi menerusi Allianz General dan Allianz Life. Kempen 1 thing that matters the most ini mengajak penduduk Asia amnya dan penduduk Malaysia khasnya untuk berfikir tentang perkara yang paling penting dalam hidup mereka. Iyerlah, kadang kala kita ini salah meletakkan kepentingan untuk sesuatu perkara.

1 thing matters

Abang Nara yakin korang pun ada 1 thing that matters the most untuk diri anda. Apa kata kongsikannya dengan hashtag #matters2meMY atau #matterstomeMY di Instagram untuk peluang memenangi sebuah payung Allianz selagi stok masih ada. Jangan lupa LIKE Facebook Allianz Malaysia untuk melihat lebih banyak perkara yang matters the most untuk rakyat Malaysia and share 1 Thing That Matters to You .


Comments are closed.

Loading...