Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa beliau bakal memulakan tugas baharunya bermula 1 Ogos ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, sambil menzahirkan ucapan penghargaan buat penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang disifatkan sebagai seorang wanita istimewa yang banyak membantu sepanjang perjalanan baharunya.
Insya-Allah akan mula check in kerja baru pada 1 Ogos ini. Terima kasih Bella kerana sentiasa berada di sisi saya sepanjang fasa baru kehidupan saya ini.
Bella adalah wanita yang luar biasa, banyak sangat tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan.
Tambah Syed Saddiq lagi, beliau juga meluahkan penghargaan terhadap doa dan sokongan orang ramai yang diterima sejak kebelakangan ini.
Terima kasih semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat.
Hubungan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah mula menjadi perhatian netizen apabila mereka sering kelihatan bersama dan mendapat sokongan menerusi tanda pagar #BASS.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.