Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) telah dibenarkan buat para pencarum bermula 1 April ini.
Kebenaran itu telah disambut baik rata-rata rakyat Malaysia yang kebanyakan terjejas pendapatan berikutan pandemik COVID-19 dan juga tragedi banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Berikutan itu, KWSP telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengeluarkan RM10,000 bagi memudahkan pencarum.
.@KWSPMalaysia umum cara keluarkan rm10,000 pic.twitter.com/iSwgAcX2h3
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) March 29, 2022
Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan pencarum adalah mereka perlula membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang boleh diakses melalui aplikasi i-Akaun mulai 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022.
Manakala bagi urusan semakan permohonan, pencarum boleh menyemak status bermula 9 April 2022 melalui pautan portal yang sama.
Bagi pembayaran wang ke akaun bank pencarum pula ia akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
![KWSP](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/03/30152028/275813597_341283608039326_1773250442160632274_n-960x961-1.jpg)
Difahamkan permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah dan pembayaran akan dibuat secara ‘one-off’.
Ahli-ahli pencarum juga perlu mengekalkan jumlah minimum selepas pengeluaran sebanyak RM100 dalam akaun masing-masing dan minimum pengeluaran dibolehkan adalah sebanyak RM50 dan maksimum RM10,000.