1.5 Juta Warga Bangladesh : Belia Dicabar Zahid Untuk Ceburi Sektor “3D”

Trending

1.5 Juta Warga Bangladesh : Belia Dicabar Zahid Untuk Ceburi  Sektor “3D”

ZAHID_HAMIDI_VELOCEFIRO_SHAHALAM_13022016_TMIKAMAL_02

Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mencabar belia di negara ini untuk menceburi sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D) jika tak mahu kerajaan membawa masuk pekerja asing yang baru.

Advertisement


Zahid berkata, tak ramai rakyat Malaysia yang nak bekerja dalam sektor 3D disebalik kritikan hebat yang diterima oleh kerajaan kerana mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja asing baharu ke dalam negara.

Realiti ekonomi perlu dibangunkan dan ia memerlukan tenaga kerja. Kita ada tangga kerja seperti pekerja mahir dan separa mahir.

Secara idealnya, kita mahu semua tangga kerja itu dipenuhi. Berapa ramai yang sanggup bekerja dalam sektor yang tidak mahu diceburi rakyat kita termasuk bekerja di kilang perabot?

Industri itu perlukan lebih 160,000 pekerja. Mereka (pengilang) mengadu rakyat Malaysia yang diberi pakej upah dan gaji bagus, tidak tahan dengan tanggungjawab dan dua tiga bulan sudah cabut (berhenti),” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Mereka (majikan) mengadu ambil rakyat Malaysia dengan memberikan gaji minima, caruman pekerja, dan juga bonus, tetapi rakyat Malaysia hanya bertahan sebulan,” kata beliau lagi.

Saya mahu cabar belia ceburi apa sahaja bidang cuci longkang, kutip longkang, kutip buah, dan juga cuci bangunan,” jelasnya lapor FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...