1.5 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Dibawa Masuk Semula?

Trending

1.5 Juta Pekerja Bangladesh Bakal Dibawa Masuk Semula?

Kementerian Dalam Negeri dijangka bakal mengumumkan penarikan balik larangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh dua minggu akan datang, lapor China Press.

Advertisement

Ia memetik sumber sebagai berkata kabinet beberapa bulan lalu dan mengambil keputusan mengkaji keperluan kritikal tenaga buruh yang dihadapi syarikat asing dan tempatan.

Bagaimanapun, pekerja Bangladesh akan dihadkan kepada tiga sektor iaitu pembuatan, pembinaan dan perladangan.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia dan Bangladesh memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat menerusi skim kerajaan dengan kerajaan (G2G) bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Ia bagaimanapun ditangguh selepas ditentang pelbagai pihak walaupun memberi kesan kekurangan tenaga kerja kepada pelbagai sektor dalam negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...