0% Faedah Ansuran Kad Kredit, 3 Perumahan EcoWorld Tawar Harga Mampu Milik!

Branded

0% Faedah Ansuran Kad Kredit, 3 Perumahan EcoWorld Tawar Harga Mampu Milik!

Bila kita bercerita tentang rumah kediaman, antara fokus kita dalam pemilihan rumah adalah tahap keselesaan, keluasan, kelengkapan fasiliti kemudahan serta harga yang berbaloi. 

Namun, dalam keadaan ekonomi sekarang ni, amat sukar untuk kita mencari rumah yang menyediakan semua keperluan di atas pada harga yang mampu milik betul tak? 

Siapa cakap susah nak jumpa? Sempena ulang tahun ke-10, EcoWorld menawarkan pelbagai pakej-pakej menarik pada harga yang jauh lebih berbaloi untuk perumahan mereka tau! Paling penting, tiada faedah dikenakan untuk ansuran kredit! Bestnya! 

Kalau anda nak tahu apakah antara koleksi perumahan yang EcoWorld tawarkan, jom kami kongsikan! 

Wellington Garden Pilihan Tepat Untuk Isi Rumah Besar

Untuk anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mencari rumah selesa untuk didiami, Wellington Garden daripada koleksi Eco Grandeur adalah pilihan terbaik! 

Wellington Garden

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Untuk pengetahuan, kediaman Wellington Garden direka dengan susun atur yang sangat praktikal dan dibina dengan keluasan 1,469 hingga 1,694 kaki persegi yang dapat memuatkan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Pergh, memang sesuai untuk keluarga yang besar!

Menariknya, rumah teres dua tingkat ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang mesra pengguna seperti gym, dewan komuniti, taman permainan, dek pemandangan dan banyak lagi! Wah, macam ni baru lah seronok nak luangkan masa dengan keluarga!

Wellington Garden

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Paling penting, kediaman Wellington Garden ini siap ada pagar hadapan yang dikawal ketat tau, jadi anda tak perlu risau tentang keselamatan ahli keluarga anda. 

Kalau anda berminat untuk memiliki rumah di Wellington Garden, Puncak Alam, EcoWorld tawarkan harga bumiputera iaitu anda boleh dapatkan pada harga RM619,380 tau! Biar betul?! 

Alang-alang tu, kalau anda ada perancangan untuk recce ke Wellington Garden, jom lah singgah ke event Raya di Grandeur Labs sebab ada pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh sertai! Maklumat adalah seperti berikut:

– 6 Mei (Sabtu): Persembahan Gamelan, tarian tradisional, Talk Show bersama Harith Iskander, artis undangan Faizal Tahir serta pertunjukan bunga api

– 7 Mei (Ahad): Persembahan kontemporari angklung dan meet and greet Didi & Friends

Jadi, jangan lupa tanda kalendar anda dan meriahkan event di Grandeur Labs okay! Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung di WhatsApp.

Nikmati Pemandangan Lebih Luas Di Co-Home @ Eden By The Parque Residences di Eco Sanctuary

Eden By The Parque Residences

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Kalau tadi kita cerita pasal rumah teres dua tingkat khas untuk keluarga besar, kali ni kita nak kongsikan pula kediaman satu tingkat yang memuatkan 3 bilik tidur serta dilengkapi dengan kemudahan Clubhouse.

Untuk pengetahuan, kediaman yang terletak di Kota Kemuning Selatan ini dibina pada keluasan 1,056 kaki persegi dan dapat memuatkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi tau. Wah, luas juga!

Menariknya, kediaman Eden Co-Home ini mempunyai kepadatan rendah iaitu sebanyak 37 unit satu ekar dan mempunyai 2 tempat letak kereta bersebelahan. Bestnya, sekurang-kurangnya kita ada privasi dan tak perlu berebut-rebut betul tak?

Eden By The Parque Residences

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Kediaman Eden Co-Home ini juga direka dengan susun atur praktikal yang mana semua bilik dapat memuatkan katil saiz King serta mempunyai ruang tamu yang luas. Jadi, siapa yang suka rumah yang selesa tanpa perlu naik tangga dan terasa seperti rumah landed, ini adalah pilihan tepat!

Eden By The Parque Residences

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Selain itu, perumahan ini turut dilengkapi dengan 28 jenis kemudahan yang bertemakan resort seperti kolam air bersaiz Olimpik, taman tema air, jakuzi, bilik wap, gelanggang badminton dalaman dan meja tenis, gelanggang bola keranjang, gim dan dek yoga, taman permainan, dek BBQ, dan bilik hiburan. Wahh, bestnya!

Jadi, kalau berminat dengan kediaman Co-Home @ Eden by The Parque Residences ni, EcoWorld tengah buat tawaran harga bumiputera mampu milik iaitu sebanyak RM629,610 tau! Wow, bila lagi nak dapat harga macam ni! 

Bukan itu saja, Eco Sanctuary akan menganjurkan event Raya yang bertempat di Sanctuary Mall pada 7 dan 8 Mei 2023 dan Sales Gallery pada 14 Mei 2023. Berikut adalah butirannya:

– 7 dan 8 Mei 2023(Sabtu dan Ahad): Bazar raya, pertunjukan wau terbang, pameran wau, bengkel menghasilkan wau bulan, persembahan gamelan, dan meet & greet Upin Ipin (pada 7 Mei bermula jam 1 hingga 6 petang).

– 14 Mei 2023(Ahad): Muhibbah Drum, persembahan tarian arab, meet & greet Haziq Hussni serta Chef Wan untuk demo memasak. 

Meriah juga aktiviti yang dianjurkan! Alang-alang anda melihat kawasan perumahan, anda juga boleh belajar memasak dengan Chef Wan sekali tau! Jadi, jangan lupa untuk meriahkan event Raya Eco Sanctuary okay! Untuk keterangan lanjut, anda boleh WhatsApp DI SINI atau ikuti Facebook Eco Sanctuary.  

Kekal Selesa, Hana Service Apartment Tawar Kediaman Berkonsep Minimalis

Selain Eden by The Parque Residences, Hana Service Apartment juga adalah pilihan yang sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga bersaiz kecil sebab ia kediaman ini dibina pada keluasan 900 kaki persegi dan mampu memuatkan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 

Menariknya, apartment yang terletak di Setia Alam, Shah Alam ini bukan saja direka dengan susun atur praktikal, malah ia juga dilengkapi dengan Semi Furnished tau! Jadi, lepas ni anda tak perlu pening kepala beli banyak perabot untuk memenuhi ruangan rumah. 

Hana Service Apartment

*untuk tujuan ilustrasi sahaja 

Paling penting, Hana Service Apartment ini mempunyai fasiliti Clubhouse, termasuk kolam air dan gimnasium, 2 tempat letak kenderaan bersebelahan serta berdekatan dengan Hana Square, iaitu pusat yang dipenuhi dengan gerai peruncitan. Bagusnya, tak perlu pergi jauh-jauh untuk beli barangan!

Hana Service Apartment

*untuk tujuan ilustrasi sahaja

Untuk anda yang bujang atau sudah pun berkahwin yang berminat untuk menetap di Hana Service Apartment ni, anda boleh dapatkan pada harga bumiputera yang ditawarkan oleh EcoWorld iaitu RM420,360! Serius lah?!

Kalau anda berminat, apa kata datang ke event raya yang dianjurkan di Eco Ardence Sales Gallery pada 13 dan 14 Mei sebab bukan saja anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang Hana Service Apartment, malah terdapat pelbagai aktiviti yang best anda boleh buat seperti:

– 13 Mei: Tonton Movie Night bermula jam 8 malam hingga 12 pagi dan akan diberi percuma minuman dan popcorn

– 14 Mei: Persembahan nyanyian daripada Ziana Zain, pertunjukan komedi daripada Harith Iskander dan persembahan tarian tradisional, silat dan gamelan.  Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Nur Iqtiyani di WhatsApp

Jadi, jangan lupa untuk tanda kalendar dan hadirkan diri anda bersama tersayang ke event-event raya yang dianjurkan oleh EcoWorld untuk dapatkan info lebih lanjut tentang kediaman yang diinginkan! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi EcoWorld atau ikuti media sosial dia Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...