Written by Bella | February 12th, 2015

Baru-baru ini, ada cerita kurang enak kami dengar mengenai aktor Zul Ariffin yag kian popular. Beberapa pihak mendakwa beliau kini sudah mula bersikap sombong dan sukar untuk memberikan kerjasama.

Namun, Zul Ariffin telah tampil dan menafikan beliau bersikap sombong dan faktor menguruskan kerjaya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa membuatkan beliau tidak menang tangan menerima panggilan serta permintaan bagi mendapatkan khidmat beliau.

Tidak semua permintaan harus Zul Ariffin penuhi dan beliau harus bijak mengaturkan rencana yang hanya bersesuaian dengan dirinya.

Saya mendapat kiriman emel daripada banyak pihak berkaitan undangan dan ada yang mahu saya tampil di majlis dan acara mereka.

Misalnya, ada yang minta saya tampil di acara mengenai perasmian kasut tumit tinggi wanita. Itu bukan kena-mengena dengan saya, takkan saya hendak muncul dalam acara sebegitu.

Zul Ariffin banyak berdepan pelbagai kerenah peminat yang disifatkan satu pengalaman baru antaranya sehingga kini masih ada peminat yang sanggup datang dari jauh ke lokasi penggambaran untuk melihatnya berlakon.

Saya bukan rimas malah ia sikit sebanyak beri semangat pada saya buat yang terbaik. Namun, tidak perlu mereka setiap hari datang.

Peminat merupakan tulang belakang kerjaya seseorang artis itu. Cukuplah sekadar artis tersebut dapat menghargai sokongan peminat dan selalu mengingati dimana mereka ada sebelum ini walaupun populariti kini berpihak kepada mereka.

Sumber Berita: Malaysian Digest

20 responses to Zul Ariffin Nafi Bersikap Sombong

  1. anon says:

    Biasalah, bila dah terkenal akan sombong lah. Semua tak nak ngaku. Hmm…teringat dulu dia guna abby utk naik masa baru2 berjinak dgn dunia seni……Dia ni tuboh dia ok tapi rupa tak berapa ok…. Prefer aaron or fahrin…

    0

    0
  2. aku la aku says:

    bese la..abg sado..sado ke??

    0

    0
  3. Anonymous says:

    ala..ala ray quzman la plakk.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    mcm ray quzman la plak

    0

    0
  5. Anonymous says:

    nara ni semua org sombong sibuk nak jaja….jgn pakai tulis je nara…blog ko ni dh mndtgkn fitnah…..artis semua ade kebebasan sendiri..ko jgn nk tokok tambah cerita pulak..

    0

    0
  6. jujur aja says:

    salam..kepada peminat2 artis tak kira lah zul ariffin ke tasha shilla ke elle suriati or mak mah sekalipun..tolonglah jangan fanatik sgt!!! sampai nk kena pergi ke lokasi tengok dorg berlakon! bersederhanalah kot ya pn meminati sesuatu di dunia ini..ingatlah ingatan pd Allah yg perlu fanatik ya peminat2 sekalian! jgnlah diagung kn sgt artis2 di malaysia ni..cukup sekadar menonton drama lakonan mereka dan ambil ikhtibar yg baik..yang buruk jgn di ikutkan…x payah lah sampai nk suruh zul ariffin kawin ngan aida jebat lah! fazura dgn taufik batishah lah! mengarut sgt dah tu!!! tolong ya peminat2 artis sekalian??? tolong ya… thanks…peace no war!

    0

    0
  7. Akasia says:

    Haha rmai lak yg fntik gle2 kn..ape x nye, RINDU AWAK 2000% & ISTIKHARAH CINTA tampilkn zul ni baik, pnyayang, romantik, pndai msk, pndek kta PERFECT la! mau x feeling2 kaum wanita semalaya . Btw drama bru TMN LLKI UPHN cm xbpe best lak nk ditonton. Hero n Heroin x ngam n x kebabom sgt kot

    0

    0
    • Anon says:

      Drama Asam Pedas Untuk Dia lagi best lakonan Shukri Yahya, lepas ni peminat angau dengan Shukri Yahya la pulak, pelakon yg iras2 filipino tu

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Biasa la tu. Bila seseorang mula berjaya, ada je orang yang akan cemburu. Apa buat semua tak kena.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Asam pedas utk dia memang best drama tu….

    0

    0
  10. kid says:

    Senyum senget….
    Sadolah sangat… Ingat nak bergaya mcm Salman Khan lah kalau gitu style bergambar. Last last sampai ke tua tak kawin. Pemilih sangat.

    0

    0
  11. sweet says:

    Gay

    0

    0
  12. bakal bini zul ariffin says:

    biar sombong yang penting hansome omg… ahhaah

    0

    0
  13. Azizah Alias says:

    TAK KISAH APA ORG NAK CAKAP…YG PENTING SAYA SUKA DIA

    0

    0