Written by Bella | August 22nd, 2016

Buat penggemar novel pasti anda tahu tentang karya terkenal Ramlee Awang Murshid iaitu Tombiruo : Penunggu Rimba bukan?

Difahamkan, novel berkenaan akan ditayangkan di layar perak pada tahun hadapan dan ia menggabungkan empat syarikat dibawah penerbitannya iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

Menurut Najwa Abu Bakar selak Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan tiga syarikat lain untuk menjayakan filem adaptasi novel yang cukup mendapat hits.

Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan.

Selain itu, filem ini juga disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air.

Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuatkan peminat dan penonton teruja.

Filem Tombiruo yang sudah mula menjalani penggambara di Sabah pada 31 Julai dan bakal mengadakan penggambaran di sekitar kawasan hutan di Lembah Klang menampilkan gabungan tiga pelakon hebat tanah air.

Zul Ariffin bakal memegang watak utama iaitu Ejim bersama Farid Kamil dan Nabila Huda.

Lebih menarik lagi  menggabungkan dua pengarah iaitu Nasir Jani yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, bersama Seth Larney yang pernah terlibat dalam penghasilan filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Nasir akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni, manakala Larney akan memberi tumpuan pada sudut teknikal, babak aksi dan kesan khas.

Selalunya kalau filem adaptasi novel pasti akan berkisar mengenai kisah cinta sahaja, kali ini filem Tombiruo akan memaparkan sesuatu yang berbeza penuh dengan aksi dan pelbagai lagi elemen yang cukup menarik. Tidak sabar pula kami ingin melihat filem ini.

Ada peminat novel Tombiruo tak dekat sini?

Sumber Berita : Media Hiburan

[jetpack-related-posts]
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

63 responses to Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

  1. Cik Kim says:

    On steroid

    0

    0
    • terpijak taik says:

      cite melayu yg akan dicalonkan sebagai filem melayu terbaik FFM 2017. Cite yg khas dibuat untuk kegembiraan orang melayu kampung.

      0

      0
  2. m says:

    OK, ada kupu-kupu. aku mesti tgk!

    0

    0
  3. el says:

    cerita tarzan suailah untuk zul arifin yang punya badan sado

    0

    0
  4. poleeeez says:

    pleez la tolong bg citer ni gempak. peleeeezzzz. pstu filem sunan pulak peleezzz

    1

    0
  5. cik nin says:

    Yahoooo akhirnyeeee…tak sabar wehhh nk tgk cite ni..hope pasni buat cite Laksamana Sunan plak ye

    0

    0
  6. Poms says:

    Finally adaptasi novel yg solid jalan ceritanya ke filem!! Karya Ramlee Awang Murshid kot. Dah lama tunggu ni

    1

    0
  7. NALIYA says:

    hope sgt2 movie pn best cm novel. tpi cite laksamana sunan karya Ramlee Awang Murshid adalah novel paling sempurna yang pnh sy bace. karya yg terlalu menakjubkan utk difilemkan. Good Job!!

    0

    0
    • manjafafa says:

      Setuju… susunan jln cerita yg x jemu dbaca berulangkali… harapan bila dibuat movie ianya tdk setakat sekali tontonan…
      Semoga dlm movie nanti batas2 seorg sunan terjaga…

      0

      0
  8. NANA says:

    BEST GILER CITER NI…LAGI BEST BILA TERUS ADA SAMPAI SEKUAL NOVEL 2 DIA.

    HOI X SABAR NK TGGU DIA KELUAR

    0

    0
  9. LM says:

    xsbr.peminat setia RAM.hrp cter ni best mcm novel dia

    0

    0
  10. Shhh says:

    tk pernah lagi baca novel RAM ni..byk dgr komen pasal novel2 beliau..dulu minat terarah novel cinta cintun..tpi dulu penulis novel byk yg bagus2..sejak terlalu byk sgt novel cinta cintun yg entah apa2..dgn penulis kebanyakan mcm org bru nak up/tk matang…aku jdi mual nk bca…karya Siti Rosmizah pun dh byk yg tk best..terakhir bca novel 7 hari mencintaiku..pastu kuar novel2 dia yg lain..terlalu terikut2 dgn novel sedia ada..kisah anak org kaya..anak org kaya..tk habis2..bru ni da nmpk dia kuar lgi novel bru..lbh tbl..lgsng dh tk minat nk beli..pastu beralih bc novel fixi..da yg aku tk berapa nk faham citer dia..tpi ayat2 digunakan mmg blh masuk jugaklah..now try bc novel RAM..sblm nk tgk filem dia…korg suggest kat aku novel RAM mana paling bagus…

    0

    0
    • RAM'ans Tegar says:

      Saya memang peminat novel RAM dari zaman sekolah sehingga sekarang.. tegar membeli setiap kali novel baru dia keluar. semua novel dia sangat menarik dan keluar dari kepompong typical novelist pada masa ini.. kena think out of the box. awak boleh mula baca trilogi Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir. kalau nak cerita kata sini mana novel dia yang best, sy tak boleh suggest sebab bagi saya novel dia semua super duper best. moral value yang sangat tinggi, with minimal love story involved. Selamat membaca.

      0

      0
    • ungu karmila says:

      RAM punya novel memang best giler. memang kalo difilemkan aku rasa pecah panggung wohhhhhh

      0

      0
    • yun says:

      start with Bagaikan Puteri. pasal kisah Laksamana Sunan. ada 7 novel semuanya…

      0

      0
      • pengumpul novel ramli awangmurshid says:

        Bagaikan Puteri sangat best..first watak Sunan dicipta dalam novel ni. sampai sekarang aku seperti terbuai2 ke alam dahulu..penangan karya RAM.

        0

        0
        • fzura says:

          setuju, best sangat, rasa mcm nak masuk dlm cerita tu. tema perjuangan dan semangat, plus ada la skit cinta2.

          0

          0
      • meggi says:

        betul..memang super duper best

        0

        0
  11. i likee says:

    saya sangat meminati novel ini. Tolong lah jangan pendek sangat cerita ni bile difilemkan. 3 jam pun sanggup tengok, taknak jalan cerita yang laju. tak zabar nye kalau best 2 kali aku nak tengok!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    ala kenapa buat movie. novel ni dah best takut buat movie jadi tak best pulak. harap2 sebest novel lah

    0

    0
  13. Anonymous says:

    tak sabar weyh nk tgk citer n ie…berkali2 baca pun tak jemu…
    hope movie pun sehebat novel

    0

    0
  14. cerita ni gempak weh..sila lah jgn cacatkan ye

    0

    0
  15. cik piNgu says:

    takut tgu penerimaan filem.. kot2 x se best novel.

    novel dia yg ketiga Tombiruo Terakhir sgtlah menyentuh jiwa raga……

    0

    0
  16. Anonymous says:

    teringin nak baca RAM punya novel..tapi tak tahu nak beli y mana satu dulu..takut tersalah beli yang sambungan takut tak faham..
    tolong suggestkan y mana dulu boleh?

    0

    0
    • pengumpul novel ramli awangmurshid says:

      Beli je Tombiruo..agak2 boleh hadam, skip terus ke Bagaikan Puteri..lepas tu beli semua novel karya RAM..senang sikit. hahaha

      0

      0
  17. RAM novel the best says:

    Finally!!!! Ive been waiting for this for ages! RAM mmg the best. Bkn typical love story..xtahu nk define macam mana. Penuh ilmu penuh kekeluargaan penuh rs keislaman.

    0

    0
  18. josh says:

    Mcm2 cerita2 mengarut yg diadaptasikan dari novel2. Hmm….nasib baiklah aku tak minat baca novel.

    0

    1
    • Shhh says:

      yg menagrut byk kan kisah cinta….bila da pengarah nk buat filem lain dari lain..semua ko kata mengarut..cuba lah ubah persepsi tu…sokong lah filem melayu..kali ini filem diadaptasi dri novel..buka novel cinta cintu yg sgt memualkan skrg ni..tpi berbeza dri kisah cinta..tu lah masalh org kita..bila kisah cinta konfirm kena hentam..tpi bila da pengarah dan penerbit nak buat filem berbeza korg tak nak g tgk..mcm filem dain said..filem2 dia byk g luar negara..tak da sokongan dri Malaysia tpi dpt tmpt di luar negara mcm tu jugak filem mamat khalid..mgkin korg nmpk filem bodo..tpi cara abg mamat khalid buat filem tk mcm samsul dn bapak dia..

      0

      0
    • pengumpul novel ramli awangmurshid says:

      RAM bukan tukang karut weh, belum baca karya dia boleh la kau kondem. dah baca, baru tahu penangan dia..nasib baik RAM bukan novelis English, kalau tidak, mau kalah Harry Potter, TLOTR semua..

      0

      0
    • joshua says:

      eii poyo lah kau ni, tulah sekolah dulu suruh bace buku taknak, tahu mengumpat pastu down kan orang. pergi try bace dulu lah baru boleh cita! poyo seh

      0

      0
  19. Dari Kerana Mata says:

    Aku nantikan kedatangan laksamana sunan ke layar perak, soal nye siapa yg layak bawak watak sunan kat layar perak, otak aku hanya pikir m.nasir je

    0

    0
    • pengumpul novel ramli awangmurshid says:

      kehkehkehkeh..carik pelakon indon laa..sunan kan menghabiskan masa muda dia menetap di aceh. mesti ada dialek aceh sikit..kalo m.nasir nanti, siapa pulak nak bawak watak hang tuah mcm dalam novel tu? hehehe..adoihh aku dah imagine sunan betul2 jadik filem ni

      0

      0
  20. minah jambu says:

    nabila kalau belakon bagos minah jambu suka..ape peranan yg di kasi pon dia boleh lakonkn dengan baik..lov u nabilaaa…semoga sakses..

    0

    0
  21. Anonymous says:

    sunan tu asraf muslim yg layak m.nasir xsesuai kut….berumur . ckit

    0

    0
  22. aiesha says:

    aku tengok banyak comment yang positif, mudahan filem nya box office, pelakon lelaki zul arifin memang sesuai untuk filem hero seperti ini

    0

    0
  23. bedah ikut jer says:

    satu janji best… cinta dan thriller… pergh!!!!! bwklaa ke lyr perak..satukan aaron aziz dan maya karin

    0

    0
  24. Aku says:

    Novel best. Filem harap best. Tapi apasal Zul Ariffin? Dah la kayu. Bajet hensem je lebih.

    0

    1
  25. PEMINAT NO 1 RAM says:

    Ramlee Awang Murshid lah. Nampak sangat tak pernah baca buku RAM lulz

    0

    0
  26. Jennifer says:

    Berat citer ni. Pengarah please jgn jadikan jalan cerita ni hambar.. Zul Ariffin kena dgn watak dia..RAM novel dia semua pujaan hati hamba.

    0

    0
  27. Will see.. says:

    Over je komen puji2 ni semua. Nanti dah kluar cite hambar mesti hampa hati memasing kah kah!!

    0

    0
  28. bodopiang says:

    Zul ripin kayu jadi hero …
    rosak la filem nih…
    kah kah kah

    0

    1
  29. ida says:

    Nk tanya sambungan utk novel hijab sang pencinta tu yg mne laq ye?total ade 7 kn?takut tersalah beli pulak kang

    0

    0
    • saifudin says:

      total ada 8 novel laksamana sunan:
      1.bagaikan puteri
      2.cinta sang ratu
      3.hijab sang pencinta
      4.cinta sufi
      5.sutera bidadari
      6.sunan musafir
      prequel:
      7.sunan nanggroe sang kembara
      8.sunan cinta nan sakti
      ada juga watak laksamana sunan dalam novel RAM bertajuk Magis. kisah hero2 utama drpd novel2 RAM dikumpulkan dlm satu cerita terdiri drpd laksamana sunan, tombiruo, mikhail, ryu watanabe dan carlos. bagi aku novel magis sungguh gempak. novel bersiri sunan pulak novel melayu paling perfect yg pernah kubaca.

      0

      0
  30. shahz says:

    Hmmm mostly komen positif. Mcm terasa nak beli je novel n tgk movie ni nanti.

    0

    0
    • RAM the best says:

      yes u shoulddd. RAM mmg xsama dgn novelis lain. dia more to thriller. de kisah cinta tp xmelampau. baca novel dia mmg blh dpt byk ilmu..xkesah laa duniawi ke ukhrawi. mmg beneficial trust me

      0

      0
  31. melayu-siam says:

    semua karya2 RAM xkarut weyh mcm novel2 lain… hampir kesemua karya2 beliau xbnyk berkisar kisah cinta. kalau ada, sikit je. kalau ada pun, xsemua berkisar tentang percintaan pasangan kekasih, ada yg pasal keluarga, cintakn negara. A.D.A.M. best, Hatiku Di Harajuku best. boleh kata semua novel dia best la. dia punya imaginasi tu, setanding Harry Potter dah. kakak aku pun dh terjebak dgn RAM ni. sebab dia baca novel2 RAM aku punye kat umah tu. skrg kalau nk beli novel RAM, mesti aku akan tnye dia dulu, dh beli ke belum sebb takut beli novel yg sama.

    0

    0
  32. RAM fan says:

    laksamana sunan, klu bagi aeril zafrel ok tak? dekat IG dia, dia slalu update caption2 cinta yang yg ada unsur2 agama mcm dulu kala utk wife dia, sweet je. aku terbayang sunan, terus teringat mamat ni hmm

    0

    0
  33. hcubeshop says:

    good luck for Zul Ariffin,Farid Kamil and Nabila Huda..

    0

    0
  34. maggi says:

    walawpun watak laksamana sunan cuma dalam novel..tapi aku rasa macam jatuh cinta dengan dia..handal bersilat..agama ada..balance..hmm..

    0

    0
  35. anim says:

    nak bagaikan puteri difilemkan.antara trilogi tu,sis paling suka bagaikan puteri.confirm kena sedia tisu banyak especially scene akhir. still remember smpai sekarang scene akhir yg mana haryani dan sunan berdiri di tempat yg sama dlm dimensi waktu yang berlainan.

    1

    1
  36. Nora says:

    apakata….
    sekadar nak bagi cadangan lah ye..
    Laksmana Sunan..saya haraplah sangat yang memegang watak Laksmana Sunan a.k.a saifuddin jalis.. biarlah Aaron Aziz..because dari segi fight i think aaron aziz much more fit dengan watak dan karakter didalam novel tersebut..sesuai..dan cuba saja lah ye bila bab ratu sulaman kasi bini dia pulak berlakon… at least bini dia, suami dia je berhak sentuh.. kan. a.k.a Ratna Ratu Sulaman.. tentang Watak Haryani Dan Dani boleh dipilih hmm..Maya Karin Kot!! ataupun cik Errra Fazira.. sama Dani pulak kasi siapalh saja..yg penting sesuai sikit.. ni pandangan sayalah ye..:)

    0

    0