Written by AbangNara | January 30th, 2015

Hari ini ialah hari Jumaat. Selain daripada bersembahyang Jumaat untuk kaum Muslimin, malam ini ada rancangan kegemaran Abang Nara iaitu Maharaja Lawak Mega 2014. Abang Nara pasti ramai yang tertunggu-tunggu program ini setiap minggu untuk bergelak ketawa melepaskan stress bekerja selama seminggu. Minggu ini juga bakal jadi penentuan kumpulan manakah yang akan layak bertarung di ‘final’. Adakah Virus akan berjaya buat ‘comeback’ atau sekali lagi tampil dengan lawak yang mengecewakan?
zizan dan virusDitegur oleh Fazura baru-baru ini, Zizan Razak tidak menyalahkan juri jelita tersebut yang mengeluarkan pendapatnya di laman sosial. Namun Zizan enggan mengulas panjang tentang perkara tersebut kerana dinasihati oleh pengurusnya. Zizan juga turut tampil menafikan dakwaan dirinya bergaduh dengan Yus dan Tauke serta ada konspirasi menyelamatkan Virus daripada penyingkiran. Kata Zizan:-

Saya tak salahkan Fazura. Sejujurnya saya langsung tiada masalah dengan Yus dan Tauke. Kalau orang cakap kami ada masalah persefahaman memang jauh sekali. Tambahan pula kami tak pernah bergaduh walaupun dari segi idea. Kami saling bertegur dan masing-masing beri tunjuk ajar.

Mungkin itu adalah rezeki kami semua jika tiada penyingkiran. Saya rasa tiada konspirasi pun mengenai hal itu. Saya sendiri pernah mengacara program realiti dan saya percaya pihak Astro sememangnya berlaku adil

virus mlm2014

Konspirasi atau tidak, malam ini adalah malam penentuan. Abang Nara memang ternanti-nanti kumpulan mana yang bakal tersingkir daripada MLM2014. Diharap para pengundi dan para juri membuat pilihan yang bijak. Biarlah kualiti mengatasi populariti. Apa pun, sama-samalah kita nantikan persembahan para peserta MLM2014 malam ini. Agak-agaknya siapakah yang bakal melayakkan diri ke final minggu hadapan? Sumber ManggaOnline.

P.S: Harga minyak tak akan jatuh bawah USD40 setong

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Zizan Tak Salahkan Fazura, Nafi Ada Konspirasi Selamatkan Virus

  1. aku says:

    kurrr…kurrr

    0

    0
    • jelak la wey..
      x pyh nk bg statement cm gampang boley x?
      kompom ah ko bekap astrok baek punye kn..

      ape pun kita sume tngok mlm ni sape yg tsingkir..
      sepahtu?? x kn tsingkir punye..team ni lg la astro syg..
      shiro?? pun x tsingkir..
      bocey?? x pun..
      nabil?? x rase dia pdhal mmg dia ni ptot da lame tkeluar..
      zero?? team ni mmg lawak n konsisten stiap mggu…cuma 3 mggu lps je x lawak..
      virus?? mmg patut kluar..

      mlm ni klo xde pyingkiran lg mmg terserlah kebangangan astrok mbuat conspiracy..dan aku pun ptong pakej mustika tuu..cam bangang..

      0

      0
      • go zero says:

        ape pun aku nk zero g final!!!!!!

        0

        0
      • wawa Zainal says:

        What???..Sepahtu mmg ptt kekal dalam MLM sbb konsisten setiap mggu..xpyh la cakap astro syg or apa…diorang mmg layak…yg lama ptt kuar adalah Nabil n Virus..FYI Zero xmenjadi hanyalah 2 mggu bukan 3mggu…tgk ke x ni?

        0

        0
      • mojo says:

        sehari je aku langgan pakej mustika astro nie.sebab banyak ulangan.mula2 tak boleh,dia kata memang standard satu dunia cam tu.ulang ulang.Aku kata jangan ikut satu dunia.buatla cara sendiri.aku kata lagi kejamnya astro..sehari je aku langgan,lagipun dah pecah satu led aku kena baling ,sebab banyak kali ulang tayang.last2 astro tak charge pun.Dan aku ada minta kat astro kalau drama atau filem melayu je,kat akuan aku kau tayang filem katun,boleh tak?

        0

        0
  2. Anonymous says:

    benda kalau start dh.. meleret critanya..bosan..

    0

    0
  3. boh..boh..bohh..bohhsann says:

    si zizan ni ape yg die taw psl konspirasi…die jd mangsa jerla..astro nk untung besar…simpan la ikan2 besar n yg bole beri pulangan yg lumayan..yg bnyk peminat die la yg kehadapan walaupun x lawak…yg xde peminat still mcm tu jugak…ckp bnyk pun x guna…tgu jela sape yg mara ke final…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Poyo…kau mana boleh komen zizan oiiiii. Kalau betol..kau harus rase bersyukur sbb astro sayang sangat ngan kau. Hahahahaha #maharajalawak#astro#bodohkanpenonton#penontonsajeyangtakperasan#

    0

    0
  5. kejong says:

    kesian…jawapan macam cakap ngan budak2 tadika jeee…hihihihiii

    #kami dah matang derrrr

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    ye la…astro dah bayar ko berjuta2 x kan nak ckp astro x adil pulak….mesti la back up baik punya,al maklumla anak emas astro kan!!aku harap virus kuar la hendaknya mlm ni.kasi can org lain menang pulak

    0

    0
  7. bedah bedot says:

    Malam ni nak ngadap tv tengok maharaja lawak. Ada improve tak Virus? Takut kelakor sangat sampai guling2 ke dapur….

    0

    0
  8. Shhh says:

    Yelah tu zizang ooi..kalo ko ckp buruk pasal astrok mana ko nak pergi media prima tak ambik ko dah…ko jual burger lah zizang…mmg ko tak bergaduh tpi kenapa korang tak kelakar..nmpk tak sebenarnya korang mmg tak da chemistry..lgi satu kumpulah sepahtu…aku mmg peminat sepahtu tpi bukan semua lawak atau persembahan korang kita org suka…ok kalo mcm tu mlm ni ko buktikan zizang dan virus blh buat lbh baik dri minggu2 lepas..kalo tak nasib korg sma je dgn kumpulan jalor…undi tinggi nak mampus tapi persembahan ntah apa2. Lepas tu nak salahkan juri..dh tak kelakar takan nak gelak plak.

    0

    0
  9. bijan says:

    kalo ada konspirasi pon takkan la ko nak bagitau kan zizan??mesti la ko menafikan..ala…pliss la jangan anngap kitorang bodo..tgk pon orang tau la..ko mmg x lawak..tapi asal ko ngan virus bottom 3 ja mesti xdak penyingkiran..mcm mana la yg x lawak cam korang ney boleh bertahan lg smpai skrg..

    0

    0
  10. bella says:

    sepahtu pun kdg2 tah hape2 tp sepahtu seribu kali lg bgs dr virus
    bosan aku tgk virus. persembahan cm gampang

    0

    0
  11. Anon says:

    ahhh konspirasi ke x, yg penting Virus xlayak masuk semifinal or final MLM 14. If Bocey or Zero xmsuk top 3 mmg xpatut. plss la jgn hancurkan bakat2 pelawak yg sentiasa beri lawak yg fresh mcm 2 kumpulan ni.

    0

    0
  12. hana says:

    Alahai ahkak2 sini pon nak dengki dgn rezeki Zizang ni wak gapo. Tak bawok ke mano pon. Kutuk je memanjang…Melayu2…

    0

    0
  13. Cik_Erin says:

    virus mane leh kuar.. kan kitkat jd penaja utama n zizan duta kitkat.. camanepun virus akan terselamat dari penyingkiran.. dah bape kali virus bottom 3, setiap kali tu jugak la kengkonon tiada penyingkiran.. hahaha.. apepun aku x kesah sape yg gi final.. pasal ape, aku x ngundi sape2 pon, dan walau sapepun yg menang dorg tu sume masing2 da kaya n berjaya.. why so serious.. just enjoy the show dah la.. huhu..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    virus? mmg lawak bodoh.. nak2 ngan kump. jambu.. lagi jadik bodoh …. kalau pegi final virus ni sah2 aku block astro mustika.. .cehhh.. raih simpati ngan maembong bagai.. hishh.. bosannnn…

    0

    0
  15. rika sumanto says:

    Mohon sangat malam ni Nabil or Virus yang keluar.

    0

    0
  16. Rika Sumanto says:

    Mintak mintak Nabil ataupun Virus yang terkeluar malam ni. Pihak Astro patutnya pentingkan kualiti bukannya populariti. Tak adil bagi kumpulan yang betul-betul layak macam Zero kalau tak dapat masuk final.

    0

    0
  17. student uitm says:

    Setuju kumpulan VIRUS & NABIL terkeluar malam ini…Astro tolong jangan memperbodohkan penonton yang membayar bil ASTRO setiap bulan

    0

    0