Written by Bella | August 15th, 2016

Sebut sahaja nama Zizan Rizak beliau bukan sahaja terkenal dengan lawaknya tetapi mungkin ada sesetengah daripada anda akan mengingati beberapa kontroversi yang melanda beliau terutama sekali berkaitan percintaan.

Sudah berpengalaman dan menempuh pelbagai kontroversi, Zizan menyarankan agar artis baharu tidak lari daripada pihak media apabila dilanda  kontroversi.

Saya ingin nasihatkan artis baru agar beri kerjasama pada media dalam menjawab sesuatu isu kerana saya lihat ia daripada sudut pekerjaan.

Alhamdulillah, walau sering dihimpit kontroversi saya tidak pernah lari. Jika saya belum bersedia untuk beri jawapan saya cakap sahaja belum bersedia.

Jelas Zizan, sebagai seorang selebriti mereka harus tahu bahawa kontroversi adalah salah satu risiko ataupun harga yang perlu dibayar apabila menceburi industri hiburan.

Ramai artis baru yang tidak faham dan cakap media buat cerita buruk pada mereka dan tidak mahu beri kerjasama.

Mereka sepatutnya tahu apabila sudah jadi artis itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi. Bagi saya kontroversi itu lumrah dalam dunia seni dan Alhamdulillah setakat ini rezeki yang saya terima tidak goyang dengan kontroversi yang pernah menghimpit saya.

Bukan nasihat untuk artis baharu sahaja tetapi buat selebriti lain juga. Nasihat Zizan Razak itu sebenarnya sangat mantap. Setiap kontroversi yang tersebar haruslah dijelaskan kepada pihak media agar sesebuah isu itu tidak berpanjangan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Zizan Razak Nasihat Artis Baharu Yang Dilanda Kontroversi Untuk Tidak Lari Daripada Media

  1. Anonymous says:

    yola tu zizan…cara ko memang x lari dari media tp ko buat cite palsu konon nak kwin…smpai skrg senyap je berita kwin ko tu….haha…dunia hiburan ni kejap je kontroversi lelama org diam ler….

    0

    0
  2. Anonymous says:

    diam la zizang! makin banyak bunyi la sejak2 nak kuar af16 nih…bunyi cam ada modal nak sembang…padahalllllll

    0

    0
  3. huh says:

    dia bising lerr….dia buka mulut lerr…nak suh org x nk lupakan dia.

    walhal..dlm hati riang gumbira…sebb ex GF putus dgn kamal…
    eh bukan ke dgn ex wife dato eizlan..hope ex wife dan dato eizlan tu bersatu semula…sepadan..anak2 pun comel..syg tau…

    0

    0
  4. melati says:

    Al Fatihah..!! semuga ko tenang & Diam kat sane……

    0

    0
  5. Anynomous says:

    Nasihat org dia sendiri xblh pakai..xpyhla dgr apa zizan ni ckp..

    0

    0
  6. lalala says:

    alahaiii zizang..statement ko ni buat aku gelak..lawok bro!!wakakaka

    0

    0
  7. Yeke says:

    Siapa mamat nie???
    Penting ke dia nie???
    Tak kenal ler
    HAHAHAHHAAHA
    #MohonNasihatDiriSendiri

    0

    0
  8. Apiz cash says:

    hai laa zizang. mu ni pakai cap tulis stoned. hanya kaki stone ganja je suka pakai barangan stoned ni, tgk baju pun gambar daun marijuana. hati2. awak tu idola ramai remaja

    0

    0
  9. uca una 75 says:

    Nampak sgt kaki ganja mamat nie..patut ler muka cam khayal je memanjang..

    0

    0