Zizan Razak nampaknya tidak pernah boleh lari daripada gosip terutama sekali mengenai kisah percintaan beliau.
Dikatakan sedang menjalin hubungan dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan, Zizan bagaimanapun menyatakan tidak merasa rimas kerana sering dikaitkan dengan wanita berkenaan dan isu tersebut menjadi gosip.
Buat Zizan sebagai artis, gosip adalah perkara biasa yang harus dihadapi olehnya.
Tidak juga. Saya tak rimas sebabnya saya tidak baca pun komen yang ditinggalkan orang. Jadi, saya anggap ini perkara biasa sahaja. Tambahan pula sebagai artis ini antara perkara yang perlu saya hadap. Hadap sajalah.
Bagus Zizan ni, kalau artis lain konfirm dah rimas dan tidak tahan asyik terpalit dengan gosip ataupun kontroversi. Namun, kadang-kadang, gosip ini ada betulnya juga..Heh..