Zizan Anggap Desas-Desus Gambar Pra Perkahwinan Di Jepun Terlalu Peribadi Untuk Dikongsikan

Hiburan

Zizan Anggap Desas-Desus Gambar Pra Perkahwinan Di Jepun Terlalu Peribadi Untuk Dikongsikan

Pergh~~~~~~~~ Walaupun tidak disahkan benar oleh empunya badan, namun kalau betul Zizan Razak dan Emma Maembong telah menjalani sesi gambar pra perkahwinan di Jepun, itu adalah sangat awesome. Kalau mengikut imaginasi Abang Nara, Zizan jadi samurai sementara Emma pula pakai kimono. Memang klasik habislah. Teringin juga nak tahu betul ke tidak sesi tersebut telah berlangsung. Sayangnya Zizan menganggap ia terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan kita semua.

gambar pra perkahwinan zizan dan emma maembong

Advertisement

Malah Zizan juga memaklumkan yang tarikh perkahwinannya dengan Emma Maembong masih dalam perbincangan dan bukan pada Januari 2014 seperti yang digembar-gemburkan. Kata Zizan menerusi Mstar Online:-

Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya. Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini.

Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan. Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi

gambar pra perkahwinan zizan dan emma maembong

Tak sabar rasanya nak tunggu Zizan dan Emma naik pelamin. Kalau betul dah ambil gambar kat Jepun, mesti akan dikongsikan gambar-gambar tersebut di hari bahagia mereka. Pasti ‘stylo’ punya. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka berdua dipermudahkan untuk membina masjid. Confirm ‘wedding of the year’ punyalah. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Polis akan guna kereta hibrid Oktober depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...