Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN

Hiburan

Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN

Selasa lalu, telah berlangsung pertemuan bekas kepimpinan dan ahli jawatankuasa organisasi SENIMAN yang dianjurkan secara tertutup oleh Datuk Yusof Haslam. Tujuan perjumpaan ini tak lain tak bukan untuk menjernihkan kemelut dua pihak yang bertelagah di dalam organisasi ini. Antara yang telah hadir ialah Harun Salim Bachik, Abu Bakar Omar, Yusof Kelana dan beberapa lagi ahli jawatankuasa yang lain.

zed zaidi

Advertisement

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila bekas Presiden SENIMAN sendiri iaitu Zed Zaidi tidak menghadiri pertemuan ini. Para hadirin telah meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ego dan tidak bertanggungjawab bekas pemimpin itu sedangkan sudah diingatkan mengenai mesyuarat tersebut malam sebelumnya. Antara kata-kata yang dikeluarkan mengenai ketidakhadiran Zed Zaidi ialah:-

Saya ralat dan kesal dengan tindakan Zed yang tidak hadir dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Beliau sebenarnya antara individu terpenting dalam menjernihkan kemelut ini. (Datuk Yusof Haslam)

Kami kesal dengan alasan diberi Zed kerana pertemuan ini sudah dirancang awal. Pada malam sebelum pertemuan berlangsung, kami sudah ingatkan, namun pada saat akhir Zed batalkan kehadiran. Sebagai bakal pemimpin bukan ini caranya. Beliau harus hadapi kemelut ini dengan apa cara sekalipun demi memulihkan SENIMAN. Daripada awal, Zed sudah menyerahkan segala keputusan atas kepercayaan saya. Ini bermakna beliau memang ada niat untuk tidak hadir. (Yusof Kelana)

yusof haslam

Kecewa juga Abang Nara membaca luahan hati para ahli SENIMAN yang lain. Zed Zaidi sepatutnya hadir kerana pastinya dengan kehadiran bekas Presiden, kemelut dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Hmmmmm. Selama ini Abang Nara ingatkan Zed ‘jantan’ kerana lantang bersuara, namun rupa-rupanya…. Hmmmm… Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...