Perbuatan Nabila Huda yang berpakaian telampau seksi semasa menghadiri Malam Anugerah Blockbuster malam Sabtu lepas mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Rata-ratanya (termasuk bapa Nabila, Amy Search)Â mengkritik Nabila dan meminta pelakon itu berhati-hati dalam berpakaian di masa akan datang.
Sinar Harian bagaimanapun telah menemubual Zed Zaidi, Presiden Seniman berhubung perkara ini dan beliau mempunyai pendapat yang agak ‘melawan arus’.
Artis yang hadir sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema, jadi, penganjur sepatutnya perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung.
Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab.
Mungkin Zed menyatakan yang pihak penganjur juga ada kesalahan dalam perkara ini, namun perlu ditekankan yang hanya Nabila Huda saja yang tampil dengan pakaian yang sangat menjolok mata. Mungkin tema yang dimaksudkan perlu sangat terperinci, sedangkan berpakaian dengan tidak melampaui batas itu termasuk dalam perkara common sense? Walaupun penganjur tidak menetapkan temanya, agama dan budaya masyarakat kita sudahpun menerapkannya dari awal.
Zed Zaidi turut berkata, setiap penganjuran perlu jelas temanya selain digalakkan tema yang sopan kerana ia sekali gus dapat menggalakkan artis dekat dengan Islam.Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini.
Jika artis itu (tetap) datang dengan pakaian seksi, artis itu memang bermasalah. Menurut beliau lagi:-
Artis yang berhijab sekarang ini, dulu semua seksi, terdedah sana sini tetapi perubahan yang mereka alami menggembirakan banyak pihak.
Perkara seperti ini yang sepatutnya dihebohkan supaya menjadi ikutan kepada peminat tetapi kenapa isu artis berpakaian seksi yang sering diberi perhatian?
Zed Zaidi yang juga pelakon drama Sembilu berharap agar kod etika berpakaian artis akan lebih diberi penekanan.
Kod etika yang sedia ada tidak memaksa mana-mana artis mematuhi kod pakaian yang digariskan.Jika ia diamalkan oleh semua artis yang beragama Islam, saya percaya ia akan jadi ikutan,malah mereka akan jadi ikon serta fesyen mereka menjadi ikutan.
Pada pendapat kami, semua orang perlu bertanggungjawab pada pilihannya sendiri. Iyalah, jangan biarkan orang lain berfikir untuk kita, sebaliknya kita perlu berfikir untuk diri kita sendiri. Ibaratnya, kerana kita sendiri tidak menggunakan common sense seperti tidak memberi isyarat sewaktu menukar haluan semasa memandu, kita terlibat dengan kemalangan.
Dan kemudian kita salahkan jalan raya.