Akhirnya, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman akan menggunakan kuasanya untuk memanggil 3 pelakon yang sedang bersengketa sekarang ini iaitu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla. Zed Zaidi berkata ianya adalah tanggungjawab Seniman untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertelingkahan ini.
Untuk makluman, ketiga-tiga bekas peserta Dewi Remaja ini adalah ahli persatuan Seniman. Menurut Zed Zaidi, pertelingkahan ini hanya akan merugikan mereka yang terlibat kerana dunia hiburan Malaysia amatlah kecil. Kata Zed Zaidi:-
Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik. Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti. Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik. Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh.
Bab ini Abang Nara sokong Zed Zaidi. Lagi cepat Zed Zaidi dapat selesaikan lagi bagus. Takut-takut bila dah naik ke mahkamah, memang tak boleh nak buat apa-apa. Selagi boleh dibawa berbincang, bawalah berbincang. Apa pun Abang Nara tabik Zed Zaidi kerana berani campur tangan dalam hal ini. Semoga Zed Zaidi mampu mendamaikan Anzalna, Tasha Shilla dan Neelofa. Kredit info Berita Harian.