Written by Bella | December 20th, 2016

Sejak muncul didalam program Gegar Vaganza 3, rezeki penyanyi Zarul  Umbrella lebih murah. Bahkan, ramai anak muda juga mula meminati Zarul.

Jadual undangan nyanyian beliau juga agak penuh dan sebelum ini beliau ada menyatakan hasrat untuk meninggalkan kerjayanya di awan biru sebagai pramugara. Walaubagaimanapun, Zarul masih belum memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Terbaru menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang mengatakan Zarul akan menghantar surat berhenti kerja pada penghujung bulan ini.

Menurut Poklip lagi, pendapatan Zarul sebagai penyanyi kini lebih menguntungkan sejajar dengan populariti beliau.

Apa pun keputusan Zarul kami berharap ia adalah yang terbaik buat dirinya. Mungkin sudah tiba masanya untuk Zarul kembali serius dalam bidang nyanyian. Walaupun pada usia 40 an, gaya beliau boleh diterima seluruh lapisan masyarakat.

Sumber Berita : Utusan Online

18 responses to Zarul Umbrella Bakal Berhenti Jadi Pramugara?

  1. mat radhi says:

    zarul buat la lagu mcm afgan/ anuar zain…jgn buat lagu rock kapak. x berkelas.

    13

    0
  2. Anonymous says:

    Bidang nyanyian skjp je popular.. syg lah bhenti kje yg pendapatannya tetap… Lain lah klu dh stby perniagaan..

    54

    0
  3. Anonymous says:

    ruginya berhenti pramugara..tu kan pendapatan tetap..dgn keadaan ekonomi skrg blm tentu lg blh menjanjikan pendapatan lumayan dgn menyanyi…zarul ingat la mcmna susahnya dulu masa jd penyanyi..last2 jual apam balik

    45

    0
  4. Mimi says:

    Minat abang zarul.hensem

    2

    0
  5. mak c kina says:

    aku minat la dgn dia ni..tp sorry to say,u bkn anuar zain yg blh hidup hanya sekali buat show dlm setahun…lagu2 skrg bkn mcm zaman u tgh hot dlu..jgn sbb nk glamer blk u tglkan kerjaya yg mmg menjamin mase dpn(even MAS mmg ada problem skrg)…

    12

    0
  6. Anonymous says:

    gaji dah ada tiap bulan. keja pulak best… rugilah abg bhenti…. klu bidang nyanyian tu part time untuk masa lapang pn dh ok dh bang… sayang sgt klu abg bhenti… bidang nyanyian mungkin abg akan popular kejap jee bang… tp takpelah.. rezeki Allah tu luas :)

    9

    0
  7. Ben says:

    Zarul ada pakej plus suara yg mantap. Mmg born to be a singer. Bagi aku bidang seni utk dia nmpk cerah. Bkn setakat menyanyi, maybe lps ni blh jadi duta produk atau berlakon. Tapi utk jangka masa 2 ke 3 tahun mungkin income dia lebat la. Pastu Dia dah 16 thn kot jadi steward. Dah puas merantau byk negara. Kerjanya pun memenatkan maybe.

    6

    0
  8. Ben says:

    xde *Pastu.. typo.

    0

    0
  9. anon says:

    sape pakcik ni, tak kenal pun

    0

    1
  10. mak cik says:

    Saudara Zarul, langit tidak selalu cerah… ingat ketika you susah dulu dan hilang segalanya sampai menjual apam balik… selepas diberi peluang kedua …. jangan diulang sejarah lama… hidup macam roda … sementara masih orang minat… lama2 bosan akan menanti and you are not getting younger too..learn from your past and do not let history be repeated.

    7

    0
    • Anonymous says:

      sekarang org tgh minat ..nnt kedepan org dah mula boring dgn saudara zarul mcm mana…
      ingat semasa susah ..mana semua yg minat ?
      jangan la berhenti MAS it’s the best job yg buat saudara zarul bangun meneruskan kehidupan
      love ur voice love your song when your band umbrella until now …but for your future please reconsider it again about your resign thing ….tq

      2

      0