Zarina Zainuddin Tidak Janji Akan Berhijab Ketika Berlakon

Hiburan

Zarina Zainuddin Tidak Janji Akan Berhijab Ketika Berlakon

Mengumumkan telah berhijab sepenuhnya sebelum ini, hati pelakon Zarina Zainuddin agak berbelah bahagi jika beliau harus kekal bertudung ketika berlakon ataupun sebaliknya.

Advertisement

Menurut Zarina, beliau sukar hendak  berjanji untuk tidak menanggalkan tudungnya demi tuntutan watak.Zarina berharap orang ramai mendoakan beliau agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga penampilannya itu.

Sekarang saya dapat tawaran berlakon, mereka suruh buka tudung, saya tidak berani cakap saya bertudung sepenuhnya.

Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat.  Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya.

Buat Zarina, tudung bukanlah satu jaminan kebaikan seorang wanita kerana ia sekadar penampilan luaran.

Pakai tudung dan tidak pakai tudung sama saja. Ada dosa masing-masing. Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.

Saya harap peminat tidak nilai begitu. Cuma umur macam saya ini sesuai bertudung supaya kita lagi senang berjalan. Orang tidak kacau.

Bila hendak berhijrah ke arah yang lebih baik, pasti akan ada dugaan dan “godaan” yang mendatang. Apa yang penting jangan putus berdoa agar ditetapkan pendirian yang ada.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...