Written by AbangNara | August 23rd, 2013

Selalunya masyarakat kita disogokkan dengan kehidupan perit sekiranya hidup bermadu. Namun kadang kala, ada manisnya juga. Terharu Abang Nara membaca kata-kata daripada Zarina Zainuddin mengenai betapa bahagia hidupnya menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan. Memang terbukti madu itu manis rasanya.
zarina zainuddin

Apa yang Abang Nara suka ialah Zarina mengetahui status dirinya sebagai isteri kedua dan sering bersikap mengalah. Itu memang satu sikap terpuji buat mana-mana wanita yang menjadi isteri kedua. Kena faham kedudukan anda di mana. Kata Zarina kepada Mstar Online:-

Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu. Apa yang penting hati perlu dibersihkan agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri masing-masing. Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama dan kami tahu peranan masing-masing

zarina zainuddin

Tambah mengharukan apabila Zarina dan madunya berkawan baik. Siap buka perniagaan bersama lagi. Bukan senang tetapi itulahnya kenyataan. Kata Zarina:-

Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama. Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk memberi peluang mereka bercerita. Kadang-kadang rasa bagus juga hidup begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri pula.

Respek Abang Nara dengan Zarina Zainuddin. Semoga kebahagiaan yang dikecapi, akan terus berkekalan. Dan berita baik untuk suami Zarina, anda boleh tambah cawangan seorang lagi. Zarina beritahu dia tiada masalah dengan perkara tersebut. Kalau anda mampu, apa salahnya kan?
okjomP.S: Miliki barangan mewah dan eklusif pada harga yang sangat murah. Potongan sehingga 90% diskaun. Berbelanjalah dengan bijak untuk semua jenis barangan fesyen, gadget, kelengkapan rumah dan segalanya. Semuanya ditawarkan pada potongan harga sungguh menakjubkan. www.okjom.com menawarkan segalanya pada harga yang terbaik. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 responses to Zarina Zainuddin Bahagia Hidup Bermadu

  1. Anonymous says:

    Curlassss ko kak long…..

    0

    0
    • fakka says:

      Dia ni artis zaman bila? pelakon ke? penyanyi ke? pengacara ke? artis2 suam kuku tak pyah masuk blog hiburan laa….. wat malu je lah.. takde sape pon kesah pasal kehidupan kau wahai artis suam kuku!

      0

      0
      • Inspektor says:

        Ko tu yg ddk dlm hutan… die ni mmg dh lama jd pelakon lh.. cuma ada cerita kurang elk msa die muda dl.. jd die snyap skjp.. skang dh elk, kire ok lh.. ko xkisah, sila lh bt bnda yg kisah.. puih!!

        0

        0
        • miss ynwa says:

          itu FAKKA fake…sebab fakka original id picture lain…ko duk hutan amazon sane la makan tapir bagus…….dah bace dah pasal zarina zainuddin ni kat majalah MIDI…dia bukak bisnes dengan madu dia….tp syg, kalau la akses computer boleh lupuskan kesemua gmbrnye kt alam maya…malangnye tak boleh..haihhhhh dgaan2~

          0

          0
        • JustSaying says:

          Hahahaha..dats a gd 1..

          0

          0
        • Anonymous says:

          sapa laki dia weh? jawab2

          0

          0
        • udang geragau says:

          nara bile bukak topik pasal zarina je….musti ade 84% manusia terus teringat kisah beliau….and tambah dose masing2 sebab tgk gmbo tu…
          kali plak dgn dose nara membuatkan orang terimbau kes zarina yg lalu….,,,

          0

          0
        • Zarina Zainudin ratu bogel kegemaranku hahahaha

          0

          0
      • Mie says:

        ko ni mesti tgh pakai cawat lg time ZZ tu tgh naik…. huarghh huarghh huarghhh

        0

        0
      • fakker says:

        @fakka
        hahahha….sourgrape bersuara lagi. at least org kenal dia, dgn rekod baik ke, tak baik ke, kau apa dapat hati busuk? hahaha

        0

        0
      • minah jambu tukar kaler merah biru says:

        oi helo !! artis suam suam kuku kepala hotak engkau bedengong !!! dia ni kakak minah jambu cakap dia dulu pelakon popular n seksi lagi ! pakaian dia lagi seksi dari pelakon2 sekarang pakai !! kau yg tk tau ape2 tu diam2 aje sudahhhhhhhh jangan nk banyak colokkkkkkkk….

        0

        0
      • ayam says:

        Dia ni dulu hot mcm ayam kfc
        tapi lagi hot wan nor azlin
        hehehe…masih kekal dlm simpananku bideo dia..

        0

        0
    • Olga says:

      sbb dia jd bini kedua la dia berani ckp mcm ni!
      cuba kalau kedudukan dia sebagai bini pertama..
      mampu cakap mcm ni?

      0

      0
      • My Name says:

        tentang ini, aku setuju dengan olga..
        kalau bab bermadu, biasanya memang bini ke-2 yang selalu keluar kenyataan..
        konon dialah yang baik.. dialah yang mengalah.. dialah yang memahami..
        tetapi.. hakikatnya, dia tetap PERAMPAS..
        kalau dia memang faham kedudukannya sebagai bini ke-2, duduk diam2 sudah..
        suami kalau memang betul2 sayang isteri pertama, dia tak akan kawen bini no. 2.. no.3.. dan seterusnya..
        hati isteri pertama tetap terluka.. adil macam mana pun..
        kelukaan tu bukan sehari dua.. bukan seminggu dua.. bukan sebulan dua.. bukan setahun dua..
        tapi selama-lamanya.. sepanjang hayatnya.. sehingga nafas terakhirnya..
        fikir2kanlah wahai para suami.. dan para perampas..

        0

        0
        • Maria says:

          Jodoh tu dah ditentukan sejak azali lagi. Dah tertulis pun di loh mahfuz. Tak perlulah nak kata isteri ke-2 atau seterusnya tu perampas. Itu semua ujian dari Allah untuk menilai sejauh mana dalamnya iman seseorang tu sama ada dia isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat…. (^__^)

          0

          0
        • Aku la says:

          Kalo ko seorang hamba Allah, ko tak kan keluar kan ayat perampas tu.. Dlm dunia ni semua milik Allah.. tak de sesiapa yg berhak atas sesuatu.. hatta suami/isteri kita. Berastaghfar byk byk sebelum mengeluarkan kenyataan yg berbau fitnah.

          0

          0
        • Makcik KJ says:

          Ko ni….aku bukan nak guna agama sebagai bahas, tapi fikir sikit…kalau dah tetap jodoh dia kate dia tu wife 2nd, lari ke hujung dunia pun dia tetap 2nd wife.
          Kalau kau pernah ade dalam situasi terluka sangat camtu, sudah-sudah lah nak berdendam…kau bernafas lagi kan? kau boleh gelak kan? haaa…ape ade hal? buat baik-baik sudah.
          Dia bagitau je as 2nd wife dari dia punye point of view…kalau kebetulan dah rasa diri tu nak jadik 2nd or akan dapat madu, belajar dari iktibar.
          lelaki ni hati dia boleh belah2…dia boleh sayang ramai2 satu masa..tak semestinya dia tak setia..tapi kalau dia mampu daripada buat maksiat, redha kan aje lah….kau pun tak dapat dosa…doa-doa moga madu kau orang nya baik.

          0

          0
        • hensem says:

          ko agama aper dok pertikai poligami ni???

          0

          0
        • orang kapir je pertikaikan poligami.

          PERAMPAS nenek ko. kalau camtu, habis semua bini nombor 2 dan ke atas ko panggil PERAMPAS bodoh!!!!

          0

          0
        • kekucen says:

          yg bermadu xgadoh..org luar yg sibuk kutuk..ntah pape ntah…

          0

          0
        • hamba Allah says:

          Kesian la baca komen My Name..Emo sangat nampaknya.

          Saya isteri pertama, bermadu dan tak ada masalah pun dengan madu saya. Malah anak-anak saya pun terima dia dengan sebaiknya.

          Masalah besar kepada ramai wanita (isteri pertama terutamanya) ialah ego yang kadang-kadang keterlaluan sehingga sanggup menolak hakikat takdir, qada dan qadar. Sebahagiannya lebih rela suami menyundal di luar daripada membenarkan dia berkahwin secara sah dan halal.

          Tamak haloba yang tidak menentu tak akan membawa ke mana-mana. Takkan akan menzahirkan hati yang tenang dan hidup yang bahagia.

          Allah tidak akan menghalalkan poligami kalau memudaratkan hamba-Nya.
          Perkongsian adalah sebahagian daripada kehidupan. Jika kita menerimanya dengan baik, kebaikan jugalah akan kita peroleh.

          After all, hidup ini bukannya nak menongkat langit…tak ada apa yang perlu kita halobakan.

          0

          0
      • blueberry says:

        bagusla..Tabik spring kt ZZ sbb ZZ sedar diri. ada makluk yg jd bini no 2 tp tak sedar di untung…bahagia suami dia sbb ada bini2 yg memahami.

        0

        0
      • Naimah says:

        Saya isteri pertama dan saya tau memang ada isteri kedua sebaik Zarina, iaitu madu saya sendiri. Madu saya jauh lebih muda dari saya dan suami, (saya akui madu saya juga lebih cantik dan manis, dan berakhlak tinggi. Sebab tu saya tak hairan hati suami terbuka untuk berkahwin dan saya juga dengan ikhlas menerima ketentuan Allah. Ini adalah anugerah!) Yang penting saling menghormati, hidup berlandaskan rukun dan syariat Allah. Memangla ada rasa cemburu antara kami, tapi cemburu itulah yang mengukuhkan ikatan kami sekeluarga (cemburu kan tanda sayang).

        Kami saling membantu dan bekerjasama demi kebahagiaan dunia akhirat. Kalau madu saya ada buat silap, saya sebagai isteri pertama yang lebih berusia akan tegurkan dan dia dapat menerimanya. Saya juga jika tersilap, dia akan tegur dengan penuh hormat. Tak ada istilah overpower dalam hubungan kami.

        Bagi saya, bermadu adalah indah. Sama2 mencari redha suami, sama2 mencari cinta Ilahi.

        0

        0
      • anon says:

        gyahahahaha npe aku cam rs smua yg tak sokong olga ngn myname ne mst korang wife ke2,3 or 4 kn? kn? kn? betollah korg kaum perampas.

        0

        0
    • Harap2 ini semua bukan poyooo! hahaha. Syukurla kalo dapat kongsi kebahagiaan tu bersama-sama. Yang penting semua happy, ya dak?

      0

      0
    • FAKKA says:

      Dan hari ini aku bertepuk tangan penuh kejayaan sambil melompat-lompat keriangan di atas komen2 aku terhadap asraf dan isteri ke-2nya. Poligami bukanlah kejam, yang kejam adalah andaian dan emosi yang penuh dengan sentimen kebencian.

      So? Apa lagi??? Macam biasalah, dislike la komen aku supaya hidden, atau doakan supaya aku dimadukan. Dan teruskan kehidupan anda sebagai Tipikal Malaysian, yang gagal berfikir secara rasional, buruk dan baik… Bluwecckkkk!

      0

      0
      • gulahati says:

        awak gadis ye fakka?

        btw, jadi bini no 2 haruslah tahu dimana kedudukan.. kan…

        0

        0
      • Anonymous says:

        fakka fak :)
        si serap tu bacui, kawen senyap2..
        kat siam nun, xyah ckp byk la lu pun typical malaysia yang berfikiran sempit

        0

        0
      • Kobodo says:

        Perempuan ke? Gilanya

        0

        0
      • Anonymous says:

        Laaa aku ingat fakka ni laki, rupenye perempuan..
        patutla backing gile si coknah, rupenye die pn macam coknah hahaha..
        Anyway fakka, pembetulan yer.. kami semua tak tidak menyokong pasal poligami wlpn mmg xsuke.. tetapi ustaz colop menipu? paham x? cara die xbetoi.. tu je.. kalo dapat pesetujuan, xde masalah la sayang..

        0

        0
      • fakker says:

        @FAKKA

        OOOOOO! KO ni pompuan ke? patutlah mulut celupar benor. banyak makan daging busuk. ok ok! and by the way, u have no idea what a typical malaysian is kan, cos YOU are actually a very typical Malaysian tahap bawah. kudos lass! kutuklah orang lagi…hahahha

        0

        0
  2. shutdfup says:

    This i loike..lol.. mmg best pun kalau dpt sekepala, nk fikir logic pun..kalau ada madu pun ok wat..as long as masing2 paham hak masing2 n hormat each other.. lgpun as a wife, dpt waktu alone once a while will be awesome too.. :D..

    0

    0
  3. cicakiut says:

    Semoga tabah hadapi hidup bermadu.. ianya bukan suatu yang mudah untuk menjaga hati banyak pihak.. kadang2 terpaksa berlakon dan sanggup hati sendiri terluka asalkan orang tersayang rasa bahagia..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    satu dlm 26juta perempuan kat malaysia ni je yg mcm ni… so sorg ni je yg ade tu pun dh diamik or…yg lain2 xpayah berangan nak jd bini no 2… puiii

    0

    0
  5. nimies says:

    Tidak bg diriku..huhu..

    0

    0
  6. siputmadu says:

    siapa sebenarnye husband dia..boley sesaper bg pencerahan?

    0

    0
    • ntahpapentah says:

      dia kan bermadu ngan dato sri rafidah aziz.. kalo x silap aku la..

      0

      0
    • Mina says:

      Dato’ Johari. Orang Johor Bahru. Bini first duduk Lima Kedai, Gelang Patah. Dato Jo ade Villa kat Larkin. Family diorang memang harmoni. Anak tiri sesama tiri pun bagus2 takde isu ke konflik (secara zahirnya).

      0

      0
      • Anonymous says:

        Salahlah..suamimdia org kelantan.. Hrtu dia ada tunjuk dlm ig nama madu dia.. Org hebat2..suami dia tan sri

        0

        0
  7. =.= says:

    kejadah nye lahhh statement hujung si nara ni.. dasar lelaki.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    laki dia kaya raya memang lah bahagia..yg x bahagia ni jantan miskin papa kedana nak berpoligami..tu yg pening bini2 dia tu…

    0

    0
    • JustSaying says:

      @Anonymous~Hahahahahahaha..komen camni yg best baca..hahahaha..harap maklum ye kaum Adam..

      0

      0
  9. TENGAH TEPI says:

    zarina ni bagus lah,redha jer hidup bermadu,ade anak istimewa ager..memang contoh wanita terbaik sebagai isteri dan ibu..

    0

    0
    • V says:

      kalau dia mendekatkan diri dengan agama bertambah2 bagus..dalamannya dah bagus dah tu..kalau penampilan pun bagus, sejukkkkkk hati suami dan madunya melihat..tak gitu..

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Hidup mestilah rukun
    Sabar paling perlu
    Cinta setiap hari
    Senyum mesti selalu
    oooo oooiii….
    isteri prtama ke, ke-2 ke, perlu la sedar diri kedudukn masing2, suami pn kena sedar dri hak n t.jwb diri sndiri n utk klrga.. klau yg xsedar diri ikot kepala masing2 2 yg byk masalah 2.. huhu

    0

    0
  11. PearlCoolBlogPenyebabCancer? says:

    aku melihat ahli keluarga sendiri berkahwin dua..mmg dia mampu dari kedua2 sudut..mula2 mmg sedikit kecoh bila tanpa ribut tanpa petir, tup2 dia nak kahwin dgn pekerjanya sendiri iaitu seorang janda beranak dua yg selalu dipukul bekas suami dan teraniaya oleh bekas suami. Atas dasar menyelamatkan janda tersebut & anak2nya, mereka berkahwin di Thailand keranasi isteri tidak rela dan berlaku konflik antara mereka..Namun si suami bijak memainkan peranan sebagai ketua keluarga & bijak menyatukan anak2 dari kedua2 keluarga..lama kelamaan, isteri pertama redha bilamana dilihat si suami berlaku adil pada kedua2 keluarga & tidak pernah membeza2kan atau melebih2kan mana2 pihak. Si suami dan isteri pertama ini mmg selama ini mereka kedua2nya org berada dan hidup mewah..setelah beristeri dua, si suami membelikan isteri kedua rumah & kereta namun tidak melebihi isteri pertama. Sementelah pula isteri kedua hanyalah pegawai biasa di pejabat suaminya. Isteri kedua jua redha dan berterima kasih atas segala pemberian suami kerana si suami menyelamatkannya dari keadaan sebelumnya yang daif dan teraniaya..setelah kira2 empat tahun kedua2 isteri tidak bertegur sapa (kerana isteri pertama tidak membenarkan isteri kedua datang ke rumahnya, walaupun isteri kedua semenjak awal lagi hendak bermaaf-maafan & berbaik2..namun isteri pertama sayang kepada anak2 suaminya dengan isteri kedua), akhirnya tahun ini kedua2 keluarga berbaik2, berhari raya bersama, bermaaf-maafan & kedua2 isteri menerima dgn baik & redha dengan keadaan..mereka (terutamanya isteri pertama) mula melihat keadaan dengan positif..dan sesungguhnya si suami telah berjaya kerana niatnya mmg baik & alhamdulillah, selama ini Allah kurniakan rezeki melimpah ruah pada keluarga besar ini..
    kesimpulannya disini, semua pihak perlu memainkan peranan dengan betul sekiranya berlaku perkahwinan kali kedua (bermadu)..suami kena jelas dgn niat sendiri..apakah ingin berkahwin lain kerana nafsu atau kerana apa? apakah mampu? isteri juga perlu belajar bersabar dan cuba memahami & dengar dahulu apakah tujuan suami, samada suami mampu atau tidak dari pelbagai sudut..hanya isteri yg boleh menilai kemampuan suami..bakal isteri kedua juga perlu betulkan niat anda..apakah ingin mengahwini suami org kerana inginkan kesenangan, cinta, etc? fikir masak2 kerana hati isteri lelaki tersebut sudah tentu remuk jika suaminya berkahwin lagi..menjadi isteri kedua mmg kena byk mengalah..namun bukan bermakna isteri pertama boleh membuli & ambil kesempatan..sekiranya ada anak2 dari kedua2 keluarga, jgn lah dihalang percampuran mereka kerana mereka adalah adik beradik..kerana mereka sebapa! walaupun isteri-isteri bermasam muka, anak2 jgn sekali dipengaruhi dengan sifat buruk sangka & pendendam terhadap mak tiri. Namun demikian, para suami yg berkahwin dua kena akur bahawa giliran berbeza di dua tempat berbeza dan ragam anak2 serta isteri2 akan membuatnya letih..tanggunglah sendiri ye..

    0

    0
    • BHOSAN says:

      pejadah ko komen panjang-panjang ni…ko ingat ni karangan BM ke?

      0

      0
      • Hawa456 says:

        Saya juga isteri kedua. Masih belum boleh bersahabat baik dengan madu saya yang beza umurnya 24 tahun dengan saya. Walau macam mana pun, kami tak bergaduh dan saling hormat giliran masing2.

        0

        0
  12. LovaLovi says:

    Kalau lelaki plak, boleh dimadukan, ape yang dieorang rase ek?

    Jom kite madukan laki2 plak.. hehe

    0

    0
  13. ZakiesyaZaki says:

    suke zz…

    0

    0
  14. .................. says:

    dia ni dari dulu ttp lawa wlpn usianya sdh 40an…dia punya body pn cantik lagi…ZZ ni wlpn bermadu tpi mulut dia x longkang n pandai zip..x mcm retis satu lagi tu y x tahu nk zip mulutnya….

    0

    0
  15. pinkygirl says:

    bagosnye…………….suke sangat………………

    0

    0
  16. girl says:

    terbaik……..

    0

    0
  17. lalalalla says:

    jap nak tanya dalam islam ada ke mention pasal kedudukan para isteri? no 1 la no 2 la no 3 no 4 la… pelik,,,, kena sedar diri ke kalau no 2, 3 atau 4? haha kesiannnnnn

    0

    0
    • My Name says:

      ada.. kalau awak rajin tengok rancangan di Astro Oasis.. selalu diingatkan ‘SILA BERI LEBIH KEPADA ISTERI PERTAMA’..
      kena jaga lebih hati isteri pertama..

      0

      0
  18. mamabosan says:

    kalau semua bini no 2 ok macam zarina untungla, masalahnya kebanyakan bini no 2 x macam zarina, lagi ramai x sedar diri.. mula2 im no 2, lepas tu jadi no 1.. bukti berlambak depan mata~~~~

    0

    0
  19. aku la says:

    Tapi mmg ZZ ni tak pernah cite pasal rumahtangga dia.. sape pn tak tau sape laki dia.. sapa madu dia.. kalo bgambar pn gambar ngan anak2 je.. slalu ckp..byk hati yg perlu dia jaga..hati suami..hati madu.. so aku rasa dia ok la takat ni..
    x tau la kalo nati pape jadi.. mcm nonis tu..smua cite buruk laki dia kuar.. ngee ngee

    0

    0
  20. nok gebuzz says:

    suke tgk ZZ skrang ni…..cool jer,belakon pon mantap !!

    0

    0
  21. nurin says:

    At least die dh brbah skrg.. Sume org ade bt silap.
    At least, die tau n sdr dri die amk suami org. Bgs lar die mglah.
    Prnh tgk dlm 1 rncngan, die bgtau suami die ajk die kawin sb nk tlg die, bkn cntakan die.
    Ssh nk cri istri no2 cmni.

    0

    0
    • rainbow says:

      yup..pernah tgk jugak wawancara die ckp xpernah kenal pn suami die, suami die dh siap bincang segala dgn 1st wife nk selamatkan die baru jumpa die..jd die mmg berterima kasih dekat suami die ngn isteri pertama..

      0

      0
  22. mamasan says:

    mak tk nak di madu

    0

    0
  23. markonah says:

    laki dia Rais Yatim la…

    0

    0
  24. aku syg kipas khind aku sbb sejuk. says:

    Mmg dia sbagai isteri kedua senang berkata2.. Tp Zarina ada jugak ckp kalau laki dia nk kwin lg pun dia tak kisah asalkan mampu dn brlaku adil. Jgn la nk menyempitkn pikiran dgn mengatakan brmadu tu mmg menyeksakan. Ada jgak org bahagia brmadu. Tak semua hdup brmadu seksa. Yg fobia sgt tak nk brmadu jgn sedap brckp.. Nanti apa yg korang kejikan tu la yg korang dpt sbb tuhan nk ajar.. Ha. Dn tak smestinya isteri kedua tu prampas. Kalo prampas, dia x jd bini no 2, dia jd no 1 sbb brjaya singkirkan bini trdahulu. Itu namanya prampas dgn mnjadikan laki tu hak dia sorang je. Aku ni bkn no 2 ke no 3 ke. Aku blom kwin dn takde bcinta ngan laki org. Cuma mak aku bini no 1. Tp mak tiri aku takde le buruk pangai pun mcm mak tiri dlm drama melayu tu. Berenti la jd melayu berfikiran dangkal dgn mengatakan bini kedua tu jht. Lelaki mcm mana pula?

    0

    0
  25. lagubestbest says:

    Humm.. yg tinggal kini hanyalah sisa-sisa di internet. Mcm manela dia mengharungi hidup tebalkan muka sampai sekarang agaknye. Agak tabah disitu.

    0

    0
  26. kak long no 2 says:

    madu zarina ni sepupu saye…org kelantan…suaminya juga org kelate…zarina mmg baik..setiap kali kenduri dia mesti ada walaupun wedding anak tirinya iaitu anak sepupu sya a.k.a madu zarina… zarina sentiasa beserhana n manissss jer…xsombong…

    0

    0
  27. anakmalaysia says:

    Mmglah ok bermadu sb awak bini nombor 2. Kalau org rampas awak punya mestilah terasa tapi kalu kita yg rampas org punya, kita tak rase sakitnya. Kalau dah bermadu, terpaksa lah berbaik2. Yg komen kata ok bermadu tu, lama2 ok lah, kan. Masa baru2 suami kawin lain mesti berperang jugak. Tapi dah terpaksa, kene lah beralah. Takde perempuan pun yg suka di madu, tapi terpaksa terima hakikat kalau dah terjadi.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    hidup akn sntiasa bahagia kalo bini pertama dgn bini ke2 masing memahami satu antra lain,satu lagi dapt madu yang baek x kisah satu kpla dgn bini pertama bini pertama pun ok,,mle2 mmg ar terasa,tapi sisuami kena adil sama rata…simadu kenala mengalah…tak sme bermadu itu pahit..pahitnya jika sisuami x mnjga kerukunan rumahtangga.

    0

    0