Written by Bella | September 26th, 2016

Sejak kebelakangan ini, kisah kehidupan pelakon Zarina Anjoulie mula menjadi sebutan ramai. Mereka sebenarnya gembira melihat perubahan Zarina ke arah yang lebih baik dan bahagia disamping suami tercinta.

Malah, Zarina juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Gabriel Martin Ezra baru-baru ini, hasil perkahwinan bersama suaminya yang merupakan seorang warganegara Brunei.

Namun, sejak semalam Zarina telah mencetuskan kekeliruan serta persoalan dikalangan pengikutnya di Instagram apabila beliau memuat naik sebuah foto yang menggambarkan beliau kini sudah bergelar ibu tunggal.

Malah, menerusi bio di profil Instagram suaminya, lelaki tersebut ada membuatkan satu kenyataan bahawa beliau seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak.

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini, peminat Zarina berharap agar rumah tangga beliau baik-baik sahaja dan mendoakan agar pasangan ini tidak berpisah.

Kami juga senang melihat kehidupan Zarina yang dahulunya dihimpit kontroversi tetapi sekarang sudah banyak berubah dan manjalani hari-hari yang lebih baik. Kami berharap agar rumah tangga beliau tidak menghadapi masalah besar. Kesian juga pada anak mereka yang baru sahaja lahir.

7 responses to Zarina Anjoulie Sudah Berpisah Dengan Suaminya?

  1. Hm says:

    Laki tu masih dlm dunia liar tapi ZA nampak dah berubah

    0

    0
  2. abcde says:

    Semoga ZA terus istiqamah & hidup dalam keredhaan. Suka tgk dia dgn imej skrg. Nampak keikhlasan.

    0

    0
  3. miss opppssss says:

    tengok IG lelaki tuh pun tgk pi party apa tah…. zarina da berubah, tp lelaki tu masih nak enjoy2….. time zarina masih free hair pakai seksi, rambut kuning, lelaki tuh sanggup dtg KL….. ni dah pakai tudung, dpt anak, pun masih xnak sedar da jadi bapa kepada 3 anak….

    0

    0
  4. minah jambu - safety first says:

    dh macm mak cik mak cik kena cereai pon patut…

    0

    0
  5. aaakulahhh says:

    harap ZA terus istiqomah n jaga anak2 dgn baik.
    jgn la kasi anak2 tu dgn bapak yg x sedar diri tu.
    kasi accident cpt patah kaki, baru la nk berhenti berparty2 tu..
    ampeh nye jantan.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Suami Zarina ni dikatakan Muslim/Islam. Tapi gaya hidup mcm non-Muslim. Berparty sakan, bertattoo. Diaorang tak dpt clubbing kat Brunei sebab sgt sedikit club kat sana. Kat Malaysialah tpt enjoy.

    0

    0
  7. MissPotpet says:

    Tak smpai seminggu anju bersalin laki dia dah masuk club… Teruk

    0

    0