Selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes dadahnya, akhirnya Zarina Anjoulie hari ini telah mengaku bersalah atas tuduhan positif Methamphetamine tiga tahun yang lalu, Sebagai hukuman, Zarina Anjoulie telah didenda RM5,000.
Semoga kita mengambil pengajaran daripada kes Zarina Anjoulie ini. Dadah adalah amat berbahaya dan harus dielakkan. Tak guna ambil dadah kerana hanya perkara negatif sahaja yang akan hadir daripadanya.
Semoga Zarina Anjoulie juga insaf dan akan menjauhi najis dadah selepas ini.