Written by AbangNara | April 3rd, 2015

Kalau diikutkan populariti kumpulan Slam, pastinya Zamani mempunyai sejumlah wang yang agak banyak di dalam akaun banknya. Hampir kesemua lagu nyanyian Zamani berhantu, dijual dengan banyak dan seringkali dimuatturun. Namun apabila bercakap tentang royalti, kebiasaannya hanya penulis dan pencipta lagu sahaja yang mendapatnya. Sementara penyanyi seringkali mendapat bayaran secara ‘one off payment’.

Hari ini kecoh sebentar dunia hiburan apabila peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap. Ahmad Zaharil telah memaklumkan yang Zamani telah bertanya ke mana perginya wang di dalam bank akaunnya.

zamani slam

Ada yang pelik kenapa perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Zamani dan mempersoalkan keikhsan Ahmad Zaharil membantu penyanyi tersebut. Namun Ahmad Zaharil ada penjelasan tersendiri.

zamani slam

Tampil mahu menjelaskan keadaan tentang kontroversi wang lesap ini, pengurus peribadi Zamani Slam iaitu Aalan Ahmad memaklumkan dakwaan Ahmad Zaharil itu tidak berasas sama sekali. Malah Aalan Ahmad turut mempersoalkan sama ada pertanyaan tentang wang itu betul-betul datangnya dari mulut Zamani. Kata Aalan:-

Saya sudah bersama Zamani sejak 1994 dan dia tidak pernah cerita apa-apa kepada saya tentang kehilangan wang daripada akaun banknya. Persoalan di sini adakah benar kenyataan itu datang daripada mulut Zamani sendiri? Saya sudah bersama Zamani terlalu lama dan kenapa sekarang baharu isu sebegini ini ditimbulkan. Sekiranya benar apa yang didakwa itu keluar daripada mulut Zamani sendiri, lakukan siasatan kerana sebagai peguam dia lebih mengetahui caranya

zamani slam

Biarlah Zamani fokus kepada pemulihan daripada dadah terlebih dahulu. Kalau boleh jangan bebankan pemikirannya dengan benda-benda sebegini. Duit memang penting. Kalau ada rasa penyelewangan berlaku, terus buat laporan polis. Bekukan akaun terlibat dan buat penyiasatan. Kesian pula Zamani nanti dah pulih dan nak guna duit tiba-tiba duit dah hilang entah ke mana. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Zamani Tak Pernah Cerita Tentang Kehilangan Wang Daripada Akaun Banknya – Pengurus Peribadi

  1. whatever says:

    asyik sibuk sedut benda haram tu…duit dalam bank pun x tahu mana pergi. loser!

    0

    0
    • Insaflah says:

      hisap la dadah tu lagi, bro. senang orang nak ambil kesempatan.
      dah asyik “high” je kerja lu. sedut la sampai tak boleh celik mata.
      akhirnya..menangis x belagu la bro. salahkan diri sendiri la.

      0

      0
      • pengajaran says:

        sunnah nabi xnk ikot. kau ikot jalan haram. mcm mana hidup nak berkat?

        0

        0
      • Peah says:

        ye la..dadah bukan free. entah2 habis pokai duit beli benda taik ni. melayu2…apa nk jadi ha kalian?

        0

        0
    • Ye Ke???? says:

      main dadah + job pulak xde…mcm mana duit tak hilang/habis?
      hurmmmm…ye ke ni?

      0

      0
      • mutiara says:

        bila dia dah amanahkan seseorg untuk jaga duit dia..org tu kenalah amanah..tak kiralah dia menagih ke, membunuh ke, peniaga ke, keje petrol pam ke..
        so bila duit hilang di bawah jagaan org itu..dia memang patut tanya pon..
        duit zamani memang berkepuk..beli dadah pun tak abes..bila duit hilang bermankna org tu ada ekses nak keluarkan duit dia..tak amanah

        0

        0
  2. Ina says:

    lepas ni si benji pulak cakap duit hilang…padahal habis beli dadah. memang xde hasil.

    0

    0
  3. wawa says:

    xde orang nak komen ke…

    0

    0
  4. anon says:

    Kalau psl duit jgn percaya pd sape2 pun…..

    0

    0
  5. Vuvie says:

    haaa…main la dadah lagi. hinggakan duit x tahu kemana. lantak kau lah. bukan duit aku.

    0

    0
  6. bijan says:

    hensem jgak zamani ni bila berisi sket..tapi masa rambut panjang lagi kacak..

    0

    0
  7. cencorot says:

    knapa la ramai org melayu hisap dadah ….

    0

    0
    • meg says:

      rasanya bukan org mlayu je yg hisap dadah..bgsa lain pun ada..tp mgkin kebanyakan lelaki yg amik dadah ni…taktau knpa..stress sgt ka smp amik dadah? x fhm knpa org amik dadah dan merokok..pdahal x nmpk kebaikan pun…

      0

      0
  8. bangang says:

    semua penagih2 duit habis la.
    korang ingat dadah ni semurah tepung jagung ke?
    tak pernah lagi aku jumpa penagih2 kaya raya. kan?

    0

    0
  9. nur kaseh says:

    Jangan kutuk zamani cam tu. Kita kan tengah bagi peluang kedua untuk dia. Harap lepas ni, dapat brubah cam Radhi. Manusia takkan terlepas dari buat kesilapan. Give and take dah lah.Zamani, I love u…..

    0

    0
  10. aku says:

    biasala mat drug, xsedar duit, harta,maruah even nyawa sendiri dah dijual
    nanti peguam tu check rupenye duit tu ada kat taiko drug hahaha

    0

    0
  11. yahoo! says:

    Gunung jika ditarah selalu boleh botak nikan pula duit. Masa tgh high mana ko sedar duit tu guna beli dadah. Now dah recover br pike pasal duit yg lesap. Aku dgr ceramah kat tv, penagih dadah ni mcm air sungai..dia akan laut semua benda kat tebing sungai..maksudnya penagih ni akan guna segala cara utk dpt duit beli dadah dia.kaut semua..moga kita semua djauhkan

    0

    0
  12. pening says:

    korang ni pcaye sgt ngn blog2 gini…selagi xnmpk video zamani tnye pasal duit die tu x pyh la tuduh mcm2…pengurus die sndiri ckp zamani xpnah ckp cmtu…skrg lawyer die byk wat statement dlm fb die…mcm x professional pn ade…xtau la ape motif…

    0

    0
  13. bekas staf cimb securities says:

    Si Zamani ni dulu pernah kerja kat cimb saham,masa sebelum dia jadi penyanyi,kita org panggil dia “adik”, masa kerja kat situ pun dia dah ketagih ganja,tangga asyik berbau benda tu je.Skrg dengar dah upgrade serbuk,insaf ler wei zamani.

    0

    0
  14. zamanifan says:

    Kesian zamani.. org lain yg wt statement dia lak yg kne kutuk…ikut ske hati ko je kn loyer ltk nma zamani… taula kau marah kt admin zamani.. x professional lgsg..

    0

    0