Written by Bella | October 20th, 2015

Setelah beberapa hari isu Zamani Slam lari dari Rumah PENGASIH menjadi bualan ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi, penyanyi tersebut akhirnya telah tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan berkenaan.

Menurut Zamani beliau merasa terkejut apabila dituduh melarikan diri daripada pusat pemulihan kerana tempoh beliau untuk berada di sana sudah tamat. Malah, perbincangan secara baik  juga sudah diadakan antara keluarga Zamani dan pihak PENGASIH berhubung perkara tersebut.

Sejujurnya saya terkejut dengan dakwaan mengatakan saya melarikan diri dari Rumah PENGASIH kerana perbincangan secara baik telah dibuat. Bagaimana pun, pihak PENGASIH belum menetapkan sebarang tarikh untuk saya keluar secara baik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pusat rawatan ini.

Tindakan saya membuat laporan polis di Muar, Johor adalah bagi membuat ‘cover report’ memaklumkan saya sudah keluar dari Rumah PENGASIH. Kehadiran saya pada hari ini adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Ia sudah dibuat ketika perbincangan dua minggu lalu lagi.

Baru sahaja keluar daripada pusat pemulihan, Zamani berharap tiada pihak yang mengharapkan beliau untuk berubah secara mendadak. Bahkan, saat ini beliau masih memerlukan sokongan daripada masyarakat dan peminat agar dapat menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan.

Saya tidak boleh memberi jaminan untuk berubah secara mendadak. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak. Beri saya masa secara perlahan-lahan kerana baru saja keluar dari Rumah PENGASIH. Masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini.

Setiap perubahan memerlukan masa. Masa untuk kita menilai semula diri kita agar tidak melakukan kesilapan lalu yang menghancurkan kita sebelum ini. Harapnya, peminat akan memberikan kata-kata semangat yang positif agar Zamani Slam dapat berubah.

Sumber Berita: Berita Harian

12 responses to Zamani Slam Tampil Jelaskan Dakwaan Beliau Lari Dari Pusat Pemulihan

  1. Anonymous says:

    1st

    0

    0
  2. sue says:

    Bukan nak cakap apa, drug abusers need a lot of mental and emotional support to kick off the habit. the fact that he can just walk away before his time is up at the rehab center…hmmm.. that will not go down well for him.

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      ok… bukan lari ye..
      Keluar terus tanpa kebenaran…
      Adakah ia sesuatu yang mencerminkan anda semakin baik?

      0

      0
      • minah jambu says:

        oh tidakkk pehak pengaseh lom lagi kasi date sebenar zamani tidak boleh keluar dengan secara haram macm gini ye ..terima khaseh thank u..ini kah yg di katekn Malaysia boleh ? oh tidak tidak tidak ia tidak di bolehkn ye..zamani boleh di tangkap n masok balek dengan kesalahan keluar tampa kebenaran rumah pengaseh..

        0

        0
  3. Motif? says:

    2nd.motif?

    0

    0
  4. mimi says:

    Andaian saja…. mungkin dia dh bosan dgn rules yg ketat…
    Hrapan sy semoga dia dh sihat sepenuhnye…. jgan lah mudah trpedaya dgn benda bodoh tu lagi…

    0

    0
  5. sue says:

    alahai Zamani. walaupun tempoh dah tamat, tindakan keluar tanpa memberitahu Rumah Pengasih menunjukkan disiplin diri tu perlu diperbaiki lagi. Belum tambah lagi dugaan kat luar nanti. Bila kita jadi tetamu rumah orang, kita masuk cara baik, kita keluar pun secara baik. Selesaikan secara baik. Jangan lah keluarkan perkataan macam ‘didakwa melarikan diri’ please lah, orang ambik berat pasal awak sebab tu lah buat polis report. Mana tau ada lagi kawan-kawan dadah cuba cucuk awak lagi. Cuba bersangka baik.Kalau orang tak ambik berat orang tak pedulikan kita langsung. Harap Zamani lebih menjaga adab dan kata. My support still with you. semoga dapat membina kembali kerjaya seperti dulu.

    0

    0
  6. Zaman baru says:

    Zamani da berlalu wahai encik Zamani. Baik la awak perbaiki diri skrg ni

    0

    0
  7. mawar says:

    dia lari sebab gian nak join gegar beganza

    0

    0
  8. mak c kina says:

    zamani adalah antara penyanyi lelaki terbaik yg ada kt msia ni..mmg silap dia la terlibat dgn dadah ni..jgn join dgn kengkwn mcm tu lagi je…tgk mcm saleem,dpt isteri yg mmg control pergaulan dia..skrg dia nmpk lbh bersih dan terurus..kami sentiasa sokong jika dia benar2 dah pulih dan berharap dia akn lbh cemerlang lepas ni

    0

    0
  9. sutun kurita says:

    apa-apa pun berbalik kepada yang empunya badan..semoga hati zamani kuat untuk tidak terlibat lagi dengan dadah..kamu perlu berhati-hati kerana pasti ada lalat-lalat dan manusia berhati bangkai akan cuba mendekati kamu untuk kembali ke dunia yang penuh khayalan…semoga sukses!!

    0

    0
  10. reader says:

    Tgk kat tv hr tu dia kata dia ambil dadah sejak sekolah menengah umur 15 kot. harap2 dia tk terjebak lg..amin..

    0

    0