Zaiton Sameon Mengaku Pakai Susuk Dalam Rancangan Galaksi

Hiburan

Zaiton Sameon Mengaku Pakai Susuk Dalam Rancangan Galaksi

zaiton sameon pakai susuk

Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain.

Advertisement

Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti.

Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau apa-apa benda yang berkaitan untuk melariskan diri sendiri, jadikanlah kisah hidup kak Zaiton sebagai satu pengajaran. Memanglah time tue dapat show banyak dan duit melimpah-limpah masuk, tapi akhirnya tak ke mana juga. Takderlah kaya raya. Susah jugak hidup. Semoga ianya jadi pengajaran

Tapi kami agak terkilan sebenarnya dengan wartawan TV9 yang dengan direct je tanya soalan “Betul ke Zaiton Sameon gila” kat tuan punya badan. Nampak macam kurang ajar sangat. Tak patut betul tanya soalan macam tue. Satu Malaysia tengok pulak tue.

P.S: Hebat betul pencuri nie. Sorokkan barang celah kangkang je beb.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...