Zahirah Macwilson Akui Ada Hubungan Dengan Zul Ariffin

Hiburan

Zahirah Macwilson Akui Ada Hubungan Dengan Zul Ariffin

Pelakon yang sedang meningkat naik, Zahirah Macwilson, 20, baru-baru ini mendakwa terdapat salah faham yang berlaku dalam dakwaan Zul Ariffin bahawa dia hampir diculik di The Curve. Akibatnya dia dituduh mereka cerita dengan sengaja untuk mengalih perhatian dari gosip mengenai gambar viral dia dan Zul berpegangan tangan secara sembunyi di sebuah premis.


 photo Screen Shot 2015-11-09 at 8.41.00 AM.png
Menurut Zahirah, kejadian itu tidak berlaku di The Curve sebaliknya di luar premis membeli-belah itu. Kepada Melodi TV3, Zahirah menceritakan semula kejadian itu:-

Advertisement

Saya tak tahu apa tujuan orang tu, apa yang dia nak. Tetapi dia ada masuk ke dalam kereta saya. Bukan dalam Curve, benda tu tak jadi kat dalam lot letak kereta. Ia terjadi kat luar (The) Curve. Alhamdulillah, saya okay. Cuma adalah sedikit luka di tangan. Saya cuma tak nak perkara ini menjadi kes khusus.


 photo Screen Shot 2015-11-09 at 8.12.46 AM.png

Keseluruhan artikel dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Festival Teater Selangor 2015 mampu membangkit dan menyemarakkan teater tanah air. Saksikan sepuluh kumpulan teater…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015


Ketika ditanya mengapa dia tidak membuat laporan polis, Zahirah memberitahu:-

Sebab saya bukan diculik. Salah faham. Salah komunikasi juga kerana pada masa itu saya sedang trauma. Dan Zul pun dalam keadaan yang terkejut. Dia ada tweet tentang itu, dan ramai anggap perkara itu terjadi di tempat letak kereta.

Saya ada buat laporan pada pengurusan The Curve tetapi saya tidak buat laporan polis kerana saya tidak boleh memperjelaskan bagaimana rupa sebenar orang itu. Saya tak nampak dia kerana hanya lihat dia dari belakang. Dan perkara itu berlaku sekejap saja. Dia lari. Jadi saya sendiri tidak ada maklumat untuk diberitahu kepada polis. Saya hanya memberi amaran saja (kepada orang ramai).

Zahirah ditanya sama ada Zul patut tweet mengenai kejadian itu:-

Saya rasa dia cuma hendak memberi amaran kepada orang ramai, tetapi disebabkan dia dalam keadaan yang terkejut juga, tak boleh nak buat apa-apa. Cuma berlaku salah faham, itu saja.

Semasa saya membuat laporan kepada pengurusan The Curve, mereka sangat bekerjasama dan sangat mengambil berat tentang keselamatan pelanggan. Disebabkan peristiwa itu tidak belaku di (premis) situ mereka ada hak nafikan (ia berlaku). Peristiwa itu tidak dirakam dalam CCTV kerana ia tidak berlaku di situ. Ia cuma salah faham. Ini bukan salah pihak The Curve. Mereka terima laporan saya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Zahirah mereka cerita hampir diculik kerana ingin mengalihkan perhatian orang ramai dari gosip berpegangan tangan dengan Zul, dia menafikannya.

Saya sendiri masih menjalani penggambaran. Kadangkala dari pagi hingga tengah malam, memang tiada masa untuk mengalihkan perhatian gosip berpegangan tangan itu. Ia tidak masuk akal.


Malah, Zahirah mengakui gambar tersebut ialah gambarnya dan Zul, dan kini mengakui mempunyai perhubungan dengan Zul tetapi menganggap hubungan itu terlalu baru dan perlu berbincang dengan Zul sebelum mengumumkannya kepada orang ramai.

Iyalah. Itu saya. Saya tak menafikan perkara itu. Sah-sah itu saya dengan Zul. Sebelum ini saya ada nafikan kami bercinta tetapi itu hari itu punya cerita. Hari ini lain cerita.

Itu soal peribadi. Kami kena berbincang dulu. Saya kena tunggu Zul. Ia (hubungan dengan Zul Ariffin) masih sangat baru. Tetapi tunggulah respon dia macam mana. Saya sedang fokus pada kerja.

Zahirah mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sering menyokongnya dan mendoakan kesembuhannya, namun dia mempunyai mesej untuk para haters.

Mereka ingin berburuk sangka pada saya itu tanggungjawab mereka. Saya tak perlu nak pertahankan diri saya sangat.

Baguslah tu kan. Sekarang kita tunggu apa komen Zul Ariffin mengenai perhubungannya dengan Zahirah. Atau Zul masih mahu mengamalkan pendekatan berdiam diri buat masa ini? Terpulanglah pada dia juga, bukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...