Yuna Ulas Isu Baju Ketat, Dakwa Gambar Telah Di”Edit”

Hiburan

Yuna Ulas Isu Baju Ketat, Dakwa Gambar Telah Di”Edit”

Susulan kontroversi baju ketat yang dipakainya sehingga menampakkan pusatnya, Yuna telah tampil di Kosmo untuk memberikan penjelasan. Untuk makluman anda, gambar tersebut telah dikongsikan oleh Yuna di laman Facebooknya dan menimbulkan perbalahan di kalangan para peminat Malaysia terutamanya. Susulan itu, Yuna telah membuang gambar tersebut sebagai langkah keselamatan.

yuna gambar ketat

Advertisement

Menerusi penerangan Yuna, gambar yang tersebar di beberapa laman blog itu telah pun di”edit” dan bukannya gambar asli seperti yang dikongsikan di Facebook. Kata Yuna:-

Secara peribadi, saya menarik semula gambar tersebut bukan kerana tersinggung dengan banyak tohmahan tetapi saya tidak mahu dua pihak terus bertelagah mengenai isu gaun tersebut.

Malah saya juga tidak mahu orang luar melihat orang Malaysia bergaduh dan bertahan dengan pendapat masing-masing hanya kerana isu sebegini. Jadi, saya fikir lebih mudah sekiranya gambar itu dibuang dan perbalahan tidak berlanjutan.

Gambar tersebut diambil untuk satu sesi fotografi di sana. Apa yang saya kesalkan, gambar yang tersebar di beberapa blog telah melalui proses editing sehingga menampakkan pusat saya apabila baju pada bahagian dalam dinipiskan.

Saya anggap semua perkara seperti ini (dinilai orang) sebagai lumrah kehidupan. Saya sudah belajar menelannya sejak dulu lagi.

Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, saya menerima dengan hati yang terbuka tentang teguran sekiranya saya melakukan kesalahan. secara jujurnya, buat masa ini, saya selesa dengan diri saya

yuna

Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran bukan sahaja untuk Yuna tetapi juga untuk para selebriti lain. Kadangkala kita anggap sesuatu gambar itu selamat untuk dikongsi, namun tiba-tiba ada je tangan gatal yang membuat sesuatu sehingga tercetus kontroversi. Harap Yuna bersabar. Semoga kerjaya Yuna akan terus berkembang. Good luck Yuna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...