Written by AbangNara | August 17th, 2015

Satu demi satu kejayaan dikecapi oleh Yunalis Zarai di Amerika Syarikat. Selepas dikatakan bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa Usher, terbaru nama Yuna termasuk di dalam senarai penyanyi untuk album We Love Disney yang bakal dilancarkan pada 30 Oktober ini. Yuna bakal menyanyikan lagu “A Whole New World” (lagu tema untuk filem Aladdin) yang turut pernah dinyanyikan oleh Peabo Bryson dan Celine Dion.

yuna a whole new world

Selain Yuna, nama-nama besar seperti NE-YO, Jessie J, Jason Derulo, Gwen Stefani dan Ariana Grande akan turut sama terlibat di dalam album yang diterbitkan oleh David Foster ini. Antara lagu-lagu lain yang turut sama dimuatkan ialah “Can You Feel The Love Tonight”, “Let It Go” dan “Friend Like Me”. Lagu nyanyian Yuna akan dimuatkan sebagai lagu bonus untuk pembeli Deluxe CD, Vinyl, dan Picture Disc.

yuna a whole new world

Tahniah Yuna atas perkembangan dan pencapaian ini. Segala penat lelah Yuna kini mula menunjukkan hasilnya. Semoga selepas ini akan ada lebih tawaran buat Yuna. Semoga Yuna akan dapat mencapai impian dan cita-citanya di Amerika Syarikan. Good luck and all the best. Terima kasih kepada pemberi komen atas informasi ini.

14 responses to Yuna Bakal Nyanyikan Lagu “A Whole New World” Untuk Album We Love Disney

  1. pena says:

    tahniah….. mwsti best lagu tu…. go yuna go :)

    0

    0
  2. yana says:

    tak sabar nak dengar cara nyanyian yuna utk lagu ni.

    0

    0
  3. I am Sitizoner says:

    Tahniah YUNA and keep flying high!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Love u!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    fashion out, berkerut kening tengok cara berpakaiannya

    0

    0
  5. jibby says:

    semakin gerun tengok cara pakai tudung dia ni

    0

    0
  6. unknown says:

    please!
    pLeAsE!
    PlEaSe!
    PLEASE jangan rosakkan lagu tu.. fav ak kot.. sedey!!

    0

    0
  7. fantastik says:

    dengar kat youtube…sedap giler Yuna cover lagu ni..

    0

    0
  8. selitashima says:

    You go girl…ignore je comment haters ni…x abis2 komen psl tudung die…modest actually dress up yuna…xde la terbonjol sane sini..one thing yg aku salute kt yuna ni…die kind of educate hollywood people ttg islam tu modest and bukan opressive yg mcm all these hollywood people think…good job yuna..live your live…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Lagu ni dah keluar since awal tahun lepas lagi, jadi soundtrack utk iklan hotel besar kat US, tak ingat nama hotel apa. Serius sedap. 5 bintang

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Heard the cover in youtube.. u are amazing Yuna.. good job!

    0

    0
  11. Yunafan says:

    Modal org nk kutuk dia sure psl tdung..bg aku okla pki gitu compare to cheta yg terbonjol2 tu..camnila,alang2 nk tegur,ko pi tgur ifa raziah tu..aku paling seram tgk bju ketat pastu kilau2 makin tayang bonjol2 yg lgsg xseksi tuh..pstu tggu lak dia menjawab dgn molot dia yg laju tuh..

    0

    0
  12. mak jemah says:

    yuna ni suare bukan sedap mane pon..sbb org berade….boleh le gi obersi..ramai lg artis malaysia yg suare lg sedap..tp xdpt kemane…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sbb org berada? Kau taktau apa apa kau jgn banyak ckp tau.. Yuna ni pergi US sbb satu manager company sana panggil dia, manager tu discover yuna dkt myspace!

      0

      0