Written by Bella | March 12th, 2015

Tiada angin tiada ribut, sebelum ini Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal bulan lepas. Pelbagai pihak cuba membuat andaian sendiri atas berita tersebut dan ada yang mahu Yatt tampil untuk memberikan penjelasan lanjut. Walaubagaimanapun, Yatt dalam satu kenyataan di akhbar telah meminta agar diberi ruang dan sedikit masa untuk berbuat demikian.

Terbaru,  Yatt telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk menngguhkan kes sebutan cerai beliau kerana ingin menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama suami secara baik dan meminta tempoh sehingga sebulan.

Permohonan itu telah dibuat menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi dan disebut dihadapan  Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah. Malah pihak Abdul Mutalib selaku defendan turut bersetuju dengan permohonan tersebut.

Menurut peguam yang mewakili Yatt, pasangan ini mempercayai bahawa perbincangan mendalam yang dilakukan dapat memberi ruang kepada kedua-dua mereka terbuka untuk meluahkan rasa dalam hati sekaligus menyelamatkan rumah tangga mereka.

Yatt berkahwin dengan Abdul Mutalib pada 29 Mac 2009. Keduanya berusia 35 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.

Jika dilihat pada foto mereka berdua di Syria, kami rasa kasih sayang itu masih ada didalam hati Yatt Hamzah dan suami. Mungkin sebelum ini Yatt pernah terkecil hati tetapi jika rasa cinta itu masih ada, usahakanlah untuk mempertahankan rumah tangga anda berdua.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Yatt Hamzah Mohon Mahkamah Tangguhkan Sebutan Kes Cerai

  1. Yahudi says:

    Kau pon nk lawan abby ka yatt hamsah ??

    0

    0
    • One Direction says:

      bosan nyer gosip ayam tua ni,,
      hoi Nara bila nak update pasal One Direction konsert di Singapore ?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    boleh tak jgn heboh2 sgt… bosan la yatt..
    pls……..

    0

    0
  3. anon says:

    Nak cerai sb hubby tak hensem ke. Yelah tiap2 hari tengok muka tak lawa, frust jugak…. dahlah selebriti cute pulak..

    0

    0
  4. aku punya komen! says:

    rs dia seorg yg plastik!

    0

    0
  5. comey says:

    Alahai yatt.. dulu kemain tunjuk romantik cam dia sorang ada laki.. skrg dh jadi ustazah, camni pulak jadinya ye.. harap2 diana amir n irma hasnie x mengikut jejak dia ni..

    0

    0
  6. anonymous says:

    Bosan dah dgn perangai retis nih.. sume sama.. on d first place napelah smpai failkan peeceraian g mahkamah bagai. Settlekan sesama sendiri dulu bru lah jln terakhir ke mhkamah.. ni satu msia dh tau.. kalau ustazah celup ginilah..

    0

    0
  7. minah jambu sayang nenek says:

    dh kecoh satu malaysia dia failkn peceraian kt makamah skarang takot pulak si yatt ni nk jadi janda huh ! ni lah dia minah tudong yg tk tetap pendirian bermakna iman si yatt ni lom cukop lagi..soooo lain kali kalau takot jadi janda jangan nk memandai2 gi makamah failkn peceraian huh macm bagos aje !!

    0

    0
  8. Noni says:

    Dugaan hebat utk org yg kuat… setan tepuk tangan ramai seronok nk runtuh masjid na…Yat fikir byk kes yg lebih terrruuukkkk lg dri ko… no one is perfect ko pun tau kan…marah merajuk biasalah… Sume org umat islam bersatu tapi ni suami isteri pun susah nk bersatu cmne..? Jangan la cerai2 ni …..

    0

    0
  9. Noni says:

    Pembetulan.. sume nk org islam satu dunia bersatu tapi ni suami isteri pun susah nk bersatu camne…?hmmmm

    0

    0
  10. mojo says:

    Laki tak handsome,malu kot.

    0

    0