Written by Bella | March 2nd, 2015

Sebenarnya, kami agak terkejut apabila menerima berita mengenai Yatt Hamzah yang ingin bercerai dengan suaminya. Iyalah, pasangan ini tidak pernah dikhabarkan mempunyai masalah dan tampak manis bersama dalam siri terbaru program Romantika.

Pelbagai pihak telah membuat spekulasi mengenai rumah tangga mereka dan seakan-akan terkeliru sebentar apabila pasangan ini kelihat mesra bersama membeli belah selepas Yatt memfailkan permohonan cerai.

Terbaru, Yatt Hamzah yang kini sedang sibuk membantu rakyat Syria  untuk bantuan musim sejuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal perceraiannya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat beliau.

Doa adalah senjata mukmin, saya perlukan kekuatan doa daripada anda semua. Tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semuanya masih belum pasti. Tiada jawapan pun lagi dan tak ada apa yang boleh diberitahu.

Yatt Hamzah telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib pada tanggal 29 Mac 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania yang kini berusia 5 tahun.

Buat masa ini, tiada komen yang dapat kami berikan kerana tiada siapa tahu punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Yang kami tahu sebelum ini, Yatt Hamzah dan suami mahu menghadiri sesi kaunseling, semoga niat itu masih ada dan doakan masjid yang dibina tidak roboh.

Sumber Berita: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Yatt Hamzah Enggan Ulas Status Kes Perceraian

  1. Lana Mariana says:

    Yes 1st!!!! Lol

    0

    0
  2. Ctdeejakhodi says:

    Syg seribu kali syg

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kesian xde org nak komen. artis tak laku

    0

    0
  4. hana says:

    Jodoh sampai situ je. Redha aje. Ada hikmah disebalik…

    0

    0
  5. mee kari says:

    Suci Malika Hernia?

    0

    0
  6. Husin Lembing says:

    Ni mesti sebab nak mengekalkan status artis dan pada masa yang sama menghadapi masalah kewangan. Anggaplah diri itu hanya manusia biasa dan sekiranya ada turun naik dalam kehidupan tu biasalah.

    Mungkin dah terbiasa dengan kehidupan middle class yang agak mewah, bila silver spoon nak bertukar menjadi copper spoon, mulalah menggelabah sebab tak boleh bergaya dah. Rilek2 je jadi orang biasa. Kesian pada anak yang baru nak membesar.
    Ekonomi suami memangla ada turun naik, nak stabil je pergi kahwin jutawan.

    Tak pun tak payah kahwin. Tengok org kawin, nak kawin. Tengok org ada anak, nak ada anak jugak. Berfikirlah sebelum mengambil sesuatu keputusan.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut akal, rasional.

    0

    0
  7. mojo says:

    kesian anak.

    0

    0
  8. explorers says:

    Good article! We will be linking to this great content on our website.
    Keep up the great writing.

    0

    0