Written by Bella | January 12th, 2016

Lagi mengenai isu menyusukan anak, tidak kami nafikan ia antara isu yang mendapat perhatian rakyat Malaysia mengalahkan isu politik sepanjang beberapa hari ini.

Tindakan beberapa wanita yang bergelar ibu memuat naik foto selfie  ketika sedang menyusukan anak mereka tanpa menutup bahagian dada, membuatkan aktres Yana Samsudin kurang selesa dan menganggap ia sebagai satu perkara yang kurang manis untuk dipertontonkan.

Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia  tidak manis dipandang.

Tambah Yana, kini pelbagai alternatif telah dicipta bagi memudahakan ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka.

Saya tahu ‘apron’ menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu.

Ok, pendapat Yana Samsudin itu ada betulnya. Meskipun kita ingin memperjuangkan hak sebagai seorang ibu yang mahu menyusukan anak di tempat awam tetapi dengan memuat naik foto sebegitu ia tampak agak tidak sesuai dengan budaya kita. Biarlah kita menyuarakan sesuatu hak dalam keadaan yang bermaruah.

Sumber Berita: mStar Online

50 responses to Yana Samsudin Tidak Setuju Dengan Wanita Selfie Susukan Anak

  1. didie says:

    saya juga ibu yg menyusukan anak.. tapi xdela smpai selfie pastu tayang kat fb or instagram tengah susukan anak.. klu kat public pun saya akan cari bilik utk susukan anak & klu kat kedai makan tiba2 anak nangis terpaksa lah susukan & pandai2 lah cover..

    saya masih hairan ramai yg hentam amran fans sedangkan ape yg dikatakan tu betul.. buang lah kata2 nye yg kasar kt just amek point dia je.. dia cuma bantah ibu2 muda yg susukan anak lps tu post kat fb. mana maruah kt sebagai wanita? klu ye pun support bf send je lah kat whatsapp group yg mmg support bf.

    0

    0
    • Anonymous says:

      budaya selfie ni dah jadi keterlaluan. lebih2 lagi yg suka buat mulut itik. nyampah…

      0

      0
    • Anonymous says:

      kepada akak2 si kaki selfie dan terlalu open minded sangat, sila la jaga adab tu. aku ni kalau nampak perempuan menyusu, aku selalu bagi hint kat laki aku suruh beredar or pergi jauh takut ibu menyusu tak selesa. tapi ko suka2 je upload kat facebook suruh sume orang tengok. tension betul. -_-

      kepada kaum lelaki pulak, kalau dah nampak anak orang tu tengah menangis bergayut kat mak dia macam nak susu, ko pun pandai2 la beredar.

      0

      0
    • joyah says:

      ke yana backup amran sebab laki dia admin amran fans sebenarnya? just asking

      0

      0
    • Aku tengok je says:

      ada 2 isu sebenarnya yang sudah di’exaggerate’kan (ada ke ayat ni?).

      pertama, isu wanita selfie sambil bf. amran fans viralkan dgn alasan, “dia bukak aib dia sendiri, bukan kita yang bukak”. ikut fahaman amran fans, bukan dia yang bukak aib orang, tapi dia menjaja aib orang. kita semua ada perangai buruk yang kita tahu orang lain dah sedia maklum dengan perangai kita. tapi bila mana orang mula bercerita pasal perangai buruk tu dengan orang lain(mengumpat), siapa tak marah?

      kedua, ibu muda dah salah faham tentang amran fans yang kecam bf sambil selfie dengan bf in public. bf in public is a norm nowadays. byk tempat2/pakaian2 yang dah disediakan untuk ibu2 bf supaya lebih TERJAGA & TERTUTUP. tapi bila bf sambil selfie, hilang makna bf yang TERJAGA & TERTUTUP yang cuba disampaikan oleh amran fans.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    honestly,aku jugak ibu muda yg menyusukan anak dan pengepam tegar,tp tk tergamak lansung la sampai nk selfie dan upload di fb..ibu2 yg gelabah yg tk sedar diri dan tkde maruah je yg buat camtu..sedarlah wahai ibu2 muda,bila ada org yg menegur,jgn la terlalu cpt melatah,tp amibl tu sbgai iktibar.yg jadi panas bobtot nye pon ni la ibu2 muda yg baget bagus dan always show off.byk lg la bende lain yg ko bole upload kt fb ni tp bukan la selfie nenenkan anak o bpe byk hasil perahan ko.saya ttp bepihak pada amran..hidup amran!! sekian

    0

    0
  3. ader says:

    aku penah nampak chinese nak susukan anak dia malu2 nk susukan padahal anak dh nangis.. sanggup cari blk utk susukan. ade yg pki cover utk susukan tutup betul mmg x nampak langsung dia tgh susukan. chinese pun tau malu tau..

    0

    0
    • aku says:

      nak sangat banggakan chinese..sama je isunya Melayu tu pun cover apa.. x nampak kot tetek dia..hapela org Melayu suka hentam Melayu,,bongok

      0

      0
      • ader says:

        aku kan bagi contoh.. org melayu mmg lah tutup aurat dh mmg kewajipan. aku bg contoh chinese sbb diorang yg x tutup aurat pun tau malu nk menetek depan org. bukannye aku nak hentam melayu & nak banggakan cina. ko ni mesti ibu yg suke menetek depan org kan?

        0

        0
      • Anonymous says:

        kau ni mesti ibu yg suka selfie waktu menetek then upload kt fb kan? hahahaha

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Saya pun susu kn ank sy.. Kdg2 tgh beli brg kt market tpaksa cri tmpt yg tersorok klu bby dh nngis sgt xde tmpt mnyusu kn bby.. Org rmai paham kot dan suami akn cover keliling supaya xde org tgk.. Tutup dada abis.. Tpi zmn skrg xde segan silu diri sndiri pulak yg g postkn kt fb.. X segan agaknya.. Agak2 la klu nk cite kebaikan penyusuan ibu pun.. Ko nk post kebaikkan.. Ko post skali muka ko.. Konon cantik la sgt.. Ibu muda yg berjaya menyusukan anak.. Memalukan..

    0

    0
    • aku sokong says:

      sbb dia bajet dia sorang je ibu muda yg suskan anak.org lain tk ..nyampah btol aku..aku tk dengki ok..sbb aku pon susukan anak aku n aku pon pam susu gak..tp bile ade segelintir ibu2 jenis meroyan cmni la buat aku nyampah meluat.ni kan pulak perception org lain yg blom kawin dan yg tkde anak..pleasssela..rasional sikit

      0

      0
    • hihihihihiii says:

      btol tu…aku pon 4 anak aku bf…tapi xde plk nk selfie nk bngga…
      suami tengok pon malu..ni kan org luar…
      kegilaan apakah ini….
      syg anak smpai aurat tergadai ke?
      atau…apa niat diorg…
      i just dont undrstand..becoz me also fully bf my kids…

      0

      0
      • aku sokong says:

        sokong sokong sokong..aku kesian meran tk pasal2 kene ban.kuang ajo nik ying nda geng..banghalll

        0

        0
  5. zurago8 says:

    tudung bunga2 baju polka dot. hmm mohon yana cari image consultant.

    0

    0
  6. hihihihihiii says:

    menyusukan anak dianjurkan…
    tp menutup aurat diwajibkan…

    fikir2kan wahai muslimah2 syg……

    syg anak…atau syg Allah swt dulu…

    pon fikir2kan

    0

    0
  7. Ara says:

    Knon nk tnjuk walau pn susu ank…aurat ttp terjaga…tu ke motif dia….ape2 pn…mmg xsesuai selfie cm tu…

    0

    0
  8. lisa says:

    baru2 ak kat kedai mamak tengah breakfast with anak and kawan2. ada la young couple nihh, tetiba anak menangis, terus selak and menetek jaa .. kita pulak yg segan dia buat x tau ja ..

    diorang nihh perasan bagus padahal baru setahun jagung berkeluarga .. menyampah.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    sbb aku rs die cantik pastu susukan anak tu y gigih berselfie n post kat media sosial…ape motif pun xtau…dan lg satu laki die pun x bising tu y lg galak die buat cb klu suami die marah @ tegur msti bnde ni x jd….perempuan ni cam xde maruah je..sori….klu yee pun xde maruah tp tlg pikir maruah laki ko tu….1 malaysia tgk..malu btl..

    0

    0
  10. aihh says:

    mmg menyusukan amalam yang mulia dan banyak faedah pada baby.. tapi kalau boleh rasanya tak perlu la nak selfie.. walaupun x Nampak aurat… tapi rasanya agak kurang manis.. kalu nak selfie antara biarla sesame perempuan.. buat apa nak bagi orang lain tgk..

    0

    0
  11. ena says:

    yang slalu tayang bnyk mana susu yg dh siap perah pn tak elok sbnrnye…klu lelaki tgk kan dh bygkn mcm2..tayang susu dh perah dlm botol..pastu caption “banyak ni je dapat perah kali ni”..ishhh..tak sesuaiiii kottt nak tayang2 bg semua org tgk..

    0

    0
    • nurul says:

      agree.. sekarang macam sudah menjadi ikutan untuk beritahu umum berapa banyak hasil perahan untuk hari ini. waktu saya menyusu badan anak-anak tak berapa lama dahulu tak terlintas pula nk mewar-warkan kepada sesiapa berapa yang didapati.. Dan masa tu belum ada baju yang memudahkan breastfeeding dan belum ada apron untuk menutup jadi kena sentiasa bawa tuala kecil untuk jadikan penutup setiap kali breastfeeding .. perempuan.. kenalah ada rasa malu dan syakwasangka kena ada sikit.. takut ada orang keliling yg terlihat tu jadi bernafsu.. bahaya..

      0

      0
    • anonymous says:

      imagination orang laki ni tak boleh diagak2..kat kolej aku dulu pun student pompuan dilarang pakai tudung bawal ada renda2 kat tepi sebabnya student lelaki komplen xlarat nak balik hostel mandi wajib

      0

      0
  12. kutu says:

    aku dah tak faham dengan perangai orang sekarang ni..
    mmg bagus bresfeed.tak de sape menafikan kebaikan bresfeed ni.
    sy sbg ibu pon sangat2 menyokong bresfeed anak sampai umur 2 tahun.

    yg menjadi MASALAH skarang ni ialah ko bresfeed pastu uplod dlm fb,ig..aku pelik sangat2 pelik dengan kumpulan2 obses bresfeed ni..kalo nk bg moral support kat ahli2 grup tak de masalah.tapi bila ada isu sket lagi nk tunjuk masing2 hebat.masing2 tak nak kalah..tau tak korang menunjukkan kebodohan korang sendiri?

    skarang ni orang dah cipta macam2 utk memudahkan bresfeed kt public..dah ada jual nursing cover.beli pastu pakai la bila nk bresfeed..ko nk bresfeed tgh2 jln TAR pon orang tak kisah sebab bertutup.kalo tak nak beli amik tudung/shawl sehelai buat tutup.anak takkan panas dlm tu.

    TOLONG LA…grup2 obses bresfeed ni..
    bila seorang lelaki menegur tu amik la iktibar..buang ego masing2.jgn nk riak sangat..
    bukan awak sorang je yang bresfeed..ramai lagi.jgn malukan kaum ibu.

    0

    0
  13. ishhh says:

    perempuan melayu semua hypocrite je lebih… wei.. ramai sana tayang buah dada.. asset… bra bagai.. artist melayu tayang buah dada, perut, pinggang, pakai ketat, Nampak lurah punggung bagai dan bentuk badan.. korang puja juga……. perempuan tu tak tayang apa2 pun, masih lagi tutup aurat… sedih tgk apa yang berlaku… benda x de apa isu, nak dijadikan issue..

    0

    0
    • Mimi says:

      Its a different story, darling.

      You nak promote kebaikan menyusukan anak, we get it tapi tak perlu sampai selfie tengah breastfeed, i dont think ‘wild imagination’ issue cuma tak manis.

      Sama juga, you nak make love dengan husband you, nak promote seks halal (nak galakkan pasangan menikah), boleh ke you selfie time tengah henjut tapi berpakaian lengkap siap dengan tudung bagai. Boleh ke tak? Padahal you tutup aurat lengkap. Boleh macam tu? Lepas tu tulis caption “Alhamdullilah, semoga menjadi benih yang soleh.” Wajar ke tak?

      Matlamat tak menghalalkan cara.Tu je I nak cakap. Some things are meant to be keep private. Breastfeed tak salah, nak selfie tak salah, tapi perlu ke upload ke laman sosial?

      0

      0
      • ish says:

        cakap pasal wild imagination issue cuma x manis??…
        habis tu perempuan melayu artist yang pakai tunjuk bra, tetek , lurah, punggung, raba sana sini.. u tak kata apa2 pula????… x de pun korang bising… masih dok galakkan lagi ngan gi tgk wayang untuk support..

        even different story pun, all im saying… don’t be hypocrite la perempuan melayu kat luar sana… sebelom nak bash perempuan tu.. tgk dulu issue lain yang lebih penting.. at least dia tutup aurat..

        pasal henjut u tu… I bet kalau ada issue pasal tu pun, korang akan menyalak juga…

        0

        0
        • Mimi says:

          dont get me wrong,
          kalau you tengok isu dia dekat sini perempuan tu bertudung kan? lepastu selfie sambil bf dan upload. kalau perempuan tak cukup baju lepastu selfie sambil bf dan upload, then its a different story lagi. mungkin tak sehangat ini lah isunya.

          i nak tanya lah dekat bf moms, like seriously we need to upload our selfie time anak tengah bf ke? tak segan ke? pada i, you gais kena faham kenapa isu ni viral. bukan sebab orang tak galakkan bf, bukan sebab tak boleh bf kat public ke apa, boleh je tu semua, tapi tak perlu post dan bagi lelaki dan orang ramai tengok. mesti nak kena upload juga eh?

          0

          0
        • ish says:

          (kalau perempuan tak cukup baju lepastu selfie sambil bf dan upload, then its a different story lagi. mungkin tak sehangat ini lah isunya….)))

          see… statement u tu.. menunjukkan how benda yang patut kita bantah, korang leh kata issue tak hangat… mimi,, tak pakai baju dan selfie.. tak pakai bajuuu.. how u can say issue tak hangat???…

          itu yang saya cuba nak sampaikan.. benda yang patut kita fight, korang kata issue tak hangat… benda yang remeh dan remeh cam ni, korang bertekak sampai habis dunia… inila saya panggil hyprocrite mimi..

          0

          0
        • Anonymous says:

          mimi kau abaikan je lah minah Ish ni.. aku pon xpaham ape yang dia x paham kan ni?… Ish.. sile istighfar…

          0

          0
  14. wanitapening says:

    apapun dada tue kan ker aurat… so sbb susukan anak leh tunjuk aurat kat sesiapa ker.. mcm tue buat lah baju lobang kan jer dada tue.. kalau dah tak ikut hukum agama..

    0

    0
  15. Mama says:

    Pendapat aku….

    Aku mmg tak setuju 100% perbuatan ibu nyusu sambil selfie… Sgt tak patut….

    Dan aku pun mmg tak suka perbuatan si meran memviralkan gambar ibu tu tanpa sensored (mcm abg nara)… Sebab ko meran, berape ramai manusia saling bermakian, hina menghina, mengutuk…. Tanggunglah dosa ko meran atas ape yg ko dah buat.. Aku bf mom… rase sedih bila ada golongan mengejek2 ibu2 nyusu ni sbg hantu n*nen, hantu k*pek & sebagainya.

    Ko hanya berani berselindung di sebalik wajah org lain meran… Dan pengikut tegar ko terus-terusan menyokong semua tindakan & kata2 ko seolah2 ko ni suci. Kemon bro, kalau ko tulus & berani, tunjukkan diri ko dulu…. Baru gentle….. peace

    0

    0
    • miss kepah says:

      amran mmg bahasanya begitu.siapa blh layan, layan la, kalau tak suka report je the page…tp kan, si hakak tu sendiri yg post gmbrnya WITHOUT sebarang censored..so at the end of the day, hakak tu sendirilah punca ibu2 nyusu lain kena ejek. siapa yg tak suka meran tu sebab apa yg ditulis meran kena batang idung..aku ok je..chill…haha

      0

      0
  16. Anonymous says:

    drpd ko sebok2 berselfie sambil susukn ank.. lbh baik ko tgk2 ank tu.. ngn tudung kt hidung ank tu.. sabar jer la ngn korg nie..
    tu psl kdg2 wanita bhijab slalu org pndg serong salah satu sbb nyer ini la.. x mjaga adab..

    0

    0
  17. nik ying gile kopek says:

    gambar ppuan yg tk taw malu kat atas tu namanye nik ying..aku try search fb dia da tkde..malu la tu..padan muka..kata nak femes sgt kan..alang2 nak pemes,baik ko tayang je kopek ko yg tk seberapa tu.baru la femes kate ko

    kiki

    0

    0
  18. jaga maruah suami says:

    tak brmakna bila belum lg brpeluang mnjadi seorg ibu..jd tak boleh bg pndapat..yg sy perhatikan kbanyakkan ibu2 yg acah2 hipster yg selfie smbil mnet*k ni sbb nak promote baju nursing..tp pkir logik lah dah nama pon baju nursing, sah2 lah yg pkai nye pompuan & ibu2..jd automatik tahu yg function baju tu friendly utk breastfeeding..jd xperlulah nk selfie bagai mnunjukkan tak nmpak pon breast ketika mnet*k anak..klu tak tahu nak jg maruah sndiri sila lah jaga maruah syurga anda iaitu suami..

    0

    0
  19. Tok Kebayan says:

    setuju dengan Yana….

    0

    0
  20. ika says:

    saya ada 7 anak dah semua menyusu badan dan dah banyak kali saya menyusu badan di tempat awam. anak pertama mase tu belum ada breastfeeding apron lagi so saya pakai kain tudung yang panjang tebal untuk tutup kalau tmpat makan saya akan pakai susu botol aje but still susu saya yg di pam. dont understand why such thing need to happen. banyak cara boleh susu kan anak. tapi kenape lah cAra terbuka jugak yg di pilih.

    0

    0
  21. hantutetek says:

    pompuan yg amik gmbr tgh menetekkan anak tu mesti batak likes tu..
    jenis yg mengharapkan pujian..
    *kepada suaminya…#JANGAN JADI DAYUS

    0

    0
  22. maria says:

    ni mcm kes kat amerika mak duk berak smbl menyusukan..xleh terima,xleh terima..huhu

    0

    0
  23. Lara says:

    I penah ribakan anak yang sedang tidur kat tempat awam and bila kongsi gambar2 with friends, dorang cakap “wahhh bf yer” walhal masa tu I tak bf… pun buat I rasa malu, tak perasan gambar tu nampak macam sedang bf.
    So disini I tak paham bila ibu2 muda ni dengan sengaja mengupload gamabr mereka sedang bf dengan niat.

    0

    0
  24. Aku sebatang kara says:

    Yeker Yana? Kalau pakai apron pun BF selfie pun orang macam korang2 ni mmg akan cakap tak manis.

    0

    0
    • Anonymous says:

      yes. please don’t selfie.

      0

      0
    • Anonymous says:

      The point is don’t do anything that will make people think that you don’t have a parent or relative that suppose to taught you how to think wisely, such as asking this kind of question. u give them a bad name.

      0

      0
  25. saya wanita says:

    Saya sebenarnya tak meyokong breasfeed selfie ni tapi up to individual tu sendiri klu die nak selfie share dlm group whats app die atau suami die biar la die yg saya lagi tak faham si AMRAN PG AMBIL PIC TU UNTUK VIRAL KAN! Dosa selfie tu die tanggung la ni dosa kita yg duk menyokong amran viral kan gambar tu kira macam mana?kira lumpsum la bila org duk like comment berunsur menghina mengcaci ni. Guna akal la yang tak baik tu ambil la tauladan jangan la nak riak konon2 ayat “SAYA ANAK DAH 4 SEMUA SUSU BADAN TAK PERNAH TERFIKIR NAK SELFIE MEMALUKAN KELUARGA JE MCM TAKDE MARUAH ” bukan ke ayat riak tu wahai wanita2.

    0

    0
  26. Anonymous says:

    OK…NK TANYA PD PEREMPUAN2 NI..KNP MESTI NK BERSELFIE WHILE MENYUSUKAN ANAK..APE YG KORANG NK TUNJUK SEBENARNYE
    AND ONE MORE THING…IF PERLU MENYUSU ANAK KT TEMPAT AWAM BOLE TK TLG COVER SIKIT…LAGI BAGUS CARI TEMPAT TERSOROK SIKIT..JGN MAIN SELAK JE…BARU BERAPA HARI LEPAS NAMPAK PEREMPUAN MENYUSU ANAK DLM LRT..MAIN COVER DGN TUDUNG JE…
    APE SALAHNYE BERHENTI MANA2 STATION..SUSUKAN ANAK THEN SAMBUNG BALIK NAIK TRAIN..LELAKI YG DOK SEBELAH DIE PUN BANGUN BERDIRI TEMPAT LAIN..I GUESS LELAKI TU YG RASA MALU…

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Kepada ishh.
    Awak tak ada rasa malu ka. betul la saya dengar hadis. tanda2 kecil kiamat apabila perempuan hilang sifat malunya. Perempuan pakai seksi, siapa kata kami suka. dah diorg mcm awak, tak pernah nak fikir bila org beri nasihat.

    0

    0