Written by Bella | June 10th, 2016

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami Fadzil Zahari, pelakon Yana Samsudin akui beliau tidak mempunyai nafsu untuk membeli belah yang melampau dan hanya membeli barang keperluan bayi secara sederhana sahaja.

Saya banyak beli baju bayi sahaja, barang-barang lain tidak beli lagi, setiap kali keluar untuk beli barang saya tidak tahu untuk beli apa dan akhirnya beli baju sahaja.

Sejak hamil pun saya jarang menghabiskan masa untuk membeli belah sehingga suami saya pun pelik kerana dia tahu saya seorang yang suka shopping.

Menurut Yana, beliau dijangka bersalin pada minggu pertama Syawal dan beliau masih belum menetapkan untuk bersalin di kampung halamannya ataupun di ibu kota sahaja.

Hatinya berbelah bagi kerana terasa ingin menyambut Hari Raya Aidilfiitri bersama keluarganya juga.

Saya tidak tahu akan bersalin di mana kerana menurut doktor jika saya mahu bersalin di Kuala Lumpur saya tidak boleh balik kampung beraya, namun hati saya pula ingin menyambut raya bersama keluarga di kampung.

Lagi pula, tahun ini giliran saya beraya di kampung halaman Yong Peng, Johor, setakat ini masih berfikir-fikir lagi.

Dalam menanti detik kelahiran cahaya mata mereka, ramai yang ingin mengetahui sama ada anak pasangan ini lelaki ataupun perempuan. Walaubagaimanapun, Yana buat masa ini belum bersedia untuk mendedahkan jantina anaknya dan biarlah ia diketahui ramai selepas beliau bersalin nanti.

Tidak lama sahaja lagi Yana dan Fadzil akan bergelar ibu dan bapa. Semoga Yana diberikan kesihatan yang baik semasa bersalin nanti. InshaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Yana Samsudin Tidak Mahu Membazir Beli Barangan Keperluan Bayi

  1. nok gebuzzz says:

    humble betul yana ngan husband dia ni…semoga selamat hingga bersalin nnty

    0

    0
    • rosmah says:

      najib umumkan sapa yg penoreh getah boleh ambil bantuan rm 500 ..
      syukur Alhamdulillah.
      tapi nanti ambil juga duit tu , GST :-(

      0

      0
  2. haron says:

    mak oii….dah gemuk!!! Ada le alasan nak cari pasang lagi satu

    0

    0
    • Ko hsp says:

      Yeah alot of Malay men look for some feeble excuse to find another wife. Then they breed children in abundance but don’t know how to take care them. The next thing you know, here comes number 3. Welcome to the stupid world of Malay artist life

      0

      0
      • terpijak taik says:

        aku sokong kau!!!!!!! memang betul, kalau dah si bini dah gemuk tu, mula le si laki dia cuci mata nak cari yg baru. Kau tengok nanti keluar dalam kolum gossip nara ni

        0

        0
  3. Sara says:

    Sweet kali jak muka pasangan tok. Semoga segala urusan di permudahkan kelak.Amin

    0

    0
  4. unknown says:

    cantiknya yana… semoga berkekalan yana and husband :)

    0

    0
  5. Lara says:

    Bagus la cenggitu yana, sebab sekarnag ni banyak betul barang baby yang tah apa2 kat pasaran, mostly tak perlu pun.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Yana bersalinlah dijohor.dapat ici anak 01.moga ibu n ank selamat nnti.aamiin.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    bersalin kat kg lgi best…ad fmly y tolong jaga..dh tu x boring masa pantang nti..ap pn..trplng pd yana mana y trbaik..smga sgalanya d permudhkn…amin..

    0

    0
  8. Cleopatra says:

    Elok laa mcm tuu dik, besederhana itu lebih bagus dari yg sanggup spend beribu riban, buat baby shower bagaii, pi overseas shopping baju anak (Baby Dior lagiii ko) elok yana and husband spend duit tuu utk pembesaran anak nanti, bukan apa, langit tak selalu cerah dikk oii, kita tak bole predict esok nak jadi ape, so anything happen sesak2 bole guna gakduit tuu nanti, tak payah ghairah sgt nak beli itu ini mcm certain artis yg acah2 anak depa celebrity hollywood, kalau anak katie holmes ke, angelina jolie ke bole gakk diterima, kita nie org melayu lagi beragama islam elok mengamalkan “moderation” shaja…Btw, semoga baby yana and husband sihat and dirahmati Allah, tuu yg lebih utama…lengapi diri dengan ilmu keibubapaan and keagamaan…bukan senang nak jadi parents zaman skrg ni dikk, lagi era globalisasi mcm nie, ilmu agama perlu ada as a foundation..

    0

    0
  9. Sabri Ali @ Nick says:

    Tindakan yang bagus!

    0

    0
  10. mutalib says:

    laki dia yg amran fans kan?

    yg buat lawak cangkul bodo tu

    0

    0
  11. X says:

    Artis kalau dah kawin mesti nak tunjuk peluk2.kununnya sweet sawit la.yg minat awak remaja2.jadi ikutan apa yg korang buat.sudah2la para artis akhir zaman.

    0

    0