Written by Bella | August 19th, 2015

Selepas sahaja berhijrah dan berhijab pasti seseorang selebriti itu akan mengeluarkan jenama tudung mereka sendiri, ia seakan sudah menjadi trend untuk melakukan perkara tersebut.

Mula berhijab sekitar tiga bulan lalu, Yana Samsudin juga sudah mempunyai perniagaan tudung beliau sendiri yang dikenali dengan nama Ayana by Yana Samsudin.

Walaupun baru dua bulan mengusahakan perniagaan tersebut, nyata ia sudah membuka pintu rezeki buat beliau selepas ramai yang menawarkan diri untuk menjadi stokis dan agen bagi produk tersebut di seluruh tanah air.

Sebenarnya, saya baru dua bulan menghasilkan tudung Ayana by Yana Samsudin ini. Tapi saya beryukur, walaupun masih baru dalam bidang penghasilan tudung ini tetapi sudah ramai stokis yang mahu memasarkan tudung saya di banyak tempat di tanah air.

Semenjak saya bertudung, ramai betul yang bertanya saya pakai tudung jenama apa, beli di mana, berapa harga dan macam-macam soalan lagilah yang berkaitan dengan tudung yang saya pakai. Daripada situ, hati saya mula tergerak, mengapa tidak kalau saya sendiri yang hasilkan satu jenama tudung mengikut stail saya sendiri.

Tudung keluaran Yana ini sememangnya cukup mudah untuk dipakai tanpa memerlukan sebarang pin  mahupun anak tudung untuk tampak kemas. ( lebih kurang macam Instant Shawl la)

Macam-macam jenama tudung yang dikeluarkan oleh artis Malaysia sekarang ini, tidak dapat dinafikan memang ia laris di pasaran mungkin kerana mereka mempunyai jumlah peminat yang besar. Kadang-kadang kalau nak ikutkan fesyen dalam bertudung ini boleh sesak nafas dibuatnya, iyalah tak sampai beberapa bulan keluar pula jenama dan corak yang baharu.

Sumber Berita: Mangga Online

39 responses to Yana Samsudin Sudah Ada Jenama Tudung Sendiri

  1. bedah bedot says:

    Semua artis mula berhijab sebab nak jual tudung jenama sendiri ke? Betullah, itu dah jadi trend….

    0

    0
    • lady gagap says:

      SO? ape yg kau nak tekankan kat sini? trend yg bagus, biarlah. dari trend skin head lah, seluar koyak lah, baju singkat lah, xde pulak org pertikaikan tu semua sebagai trend. and bila artis berhijab, jual tudung kau pertikaikan sbg trend. kalau trend sekali pun ianya mendorong kearah kebaikan, knp kita ni xsokong. biarlah sekalipun die bertudung utk berniaga, kau tahu ke isi hati die ape? kau ke yg nilai dosa pahala? jgn jadi typical malay. asyik duk kondem org. cuba sokong bnd supaya menjadi lebih baik. mcm mana nak maju kalo fikiran asyik negatif. ni lah tanda2 minda tak sehat!

      0

      0
      • Anonymous says:

        baguslah..salah satu punca rezeki..

        tapi intsant shawl pn, sape yg pernah pakai still kena pakai anak tudung dan pi jugak..jgn cakap la tak memerlukan sebarang pin dan anak tudung

        0

        0
        • IRA says:

          ada yg x perlu pin n anak tudung pun..betul x tipu :)

          0

          0
        • Anonymous says:

          ye ke..igt saiz kepale tu sume same ke..kena kat ko saiz ngam2 memang la tak payah pin..lagipon kena kemaskan xkan nak selekeh je, so pin tu mmg kena pakai..

          pakai baldi memang ye tak yah pin dan anak tudung hehe

          0

          0
        • Anonymous says:

          cik ira tu kata ada yang xperlu… bukan semua .. instant shawl xde kaitan ngn anak tudung, shawl tu shawl.. byk sgt makan megi segera. kalo makan megi pon kne letak air. xjdnye megi tu. simpan sket bengap tu. ahmad maslan..

          0

          0
        • Anonymous says:

          aku pakai intant shawl pn pkai ank tudung..ape pulak xde kena mengena. agaknye makne shawl pn ko tak tau..ko tu bodoh simpn sikit untuk ank cucu ye

          0

          0
    • minah jambu says:

      memang betol artis pompan ya ya o bertudung pasal nk jual tudung bukan Nye dorang nk bertutup aurat sangat ..dorang belom iklas lagi nk bertudung saje2 aje nk ikut trend..

      0

      0
      • AYAYAYAYA says:

        SEJAK PERUBAHAN MENDADAK MUKA SI YANA, AKU DAH TAK MINAT DIA..FB DIA PON AKU DAH XFOLLOW..SAYANG JE MUKA DIA YANG LAMA..RINDU YANG CUTE DULU2..NTAHLA..SKG DAH BUKAN YANA..DIA DAH LAIN…SEDIH…XSAYANG KE MUKA LAMA..TOTALLY DIFFERENT..

        0

        0
  2. hamba Allah says:

    ikhlas tu kita tak nampak kan tapi kalau sebelum ni tidak bertudung then tetiba bertudung, then boleh pulak buka bisnes tudung yg modelnyaa diri sendiri, mana tak terpikirnya org lain betul ke kita ni ikhlas bertudung? ke utk lariskan bisnes tudung kita, bersangka baik saja hikss ~~btw lawa tau semua org yg bertudung ni.

    0

    0
  3. gigi emas says:

    Inilah dinamakan business Melayu….memang semuanye layu:

    1. Jual Tudung & pakaian muslimah
    2. Kosmetik
    3. Ubat kurus badan
    4. ubat seks

    Semua business yg tak kembang otak, langsunng tak dynamic.

    0

    0
  4. unknown says:

    ak dh agak dh! business plan nih makan masa berbulan2 @ bertahun2.. yana ni baru jek btudung kn.. hhmm

    0

    0
    • Anonymous says:

      ini rezeki dia lepas dia bertudung.. kita patut tumpang berbangga.. bukannya semedang nak busuk hati dan nak cari kelemahan dalam kejayaan org lain… apadaa..!

      0

      0
  5. business minded says:

    bagus la nk berniaga. ada jenama sendiri tapi apa beza dgn tudung yg telah berada dipasaran skrg? idea fesyen tudung tu sama jeee dgn yg dah ada dipasaran. tak inovatif & kreatif.

    0

    0
    • zuragone says:

      lantak la dia nak buat apa pon.xyah nak dengki.at least dia ada nama.jual tudung sama mcm org lain ttp org nak beli jenama dia.

      0

      0
  6. Lara says:

    Tak boleh ker retis retis ni bertudung tanpa jual tudung? Bukan takder.. Irma, Errr… Irma… hmmm. Who else?

    0

    0
  7. Anonymous says:

    janganlah nk kondem org je…yana pki tdung..alhamdullillah..tu kn kearah kebaikan..dia bisnes jual tdung..ajk org pki tdung..pn lg baik..mlayu bisnes tdung..kosmetik..ubat kurus..ap slhnye..klu bka pusat judi..bka kdai k syrkt gne dwet haram xke lg teruk tu..cbelah kt jga mlt jga hti..jgn nk hentam org j..halal yg pntg..utk fmily n kturunan mkn..ikut sunnah nabi..berniaga…walaupn layu..lame2..blh jutawan..mcm jutawan kosmetik mlyu..dh bp ramai??

    0

    0
  8. Anonymous says:

    hensem suami dia.. tak sesuai ngan dia

    0

    0
  9. izzy says:

    Tudung kena selari dgn hidung!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    dia dah move on.. dah bertudung n dah jumpa jodoh yg sesuai pun..insyallah, mungkin dah insaf dah dapat reda Allah… tapi kesian, ko gak dok melukut tepi hidung yana..!! get a life la makcik

    0

    0
  11. muvee says:

    alhamdullilah dah berbisnes pula..bagus.. :)

    0

    0
  12. takjeles says:

    Aku pun nk niaga gak…bole dok umah je…heeee…rezki masing2

    0

    0
  13. pendekar mustar says:

    org jual tudung pon korang sakit ati..jilake sungguh la.
    bertobat n bersihkan hati.

    0

    0
  14. zaza says:

    bukak bisnes tudung ?? ok let see design dia….erm….sama jgk rupanya…instant wear je. setakat ni ramai dh buat design rupa gini. cth neelofa. tp rekaan yg memerlukan “skill” utk memakainya masih xda lagi. setakat ni hana tajima jerla. any suggestion? hmmm.

    0

    0
  15. makEnon says:

    Macam tudung Naelofar je. Macam jela…..

    0

    0
    • cutie pie . says:

      haah betullah tu mak enon. masa first time aku tgk pun mcm terdetik dlm hati eh ni mcm gaya naelofarhijab. em tapi maybe material hijab tu lain kot hmmm ntahlah enon

      0

      0
  16. maze runner says:

    Byk betul komen mengarut kat cni. Nampak sgt tahap low class pemikiran bdk mentah.

    Yg kata artis ni semua ikut trend / x ikhlas brtudung: Hello…bertudung tu wajib, bila nama wajib, ikhlas ke x..mmg kena tutup. Usually lama2 dorg akn ikhlas jgk satu hari nnti slps dipraktikkan mcm tu. Ak bg contoh…mcm sekolah ak dlu, pmpuan islam diwajibkan bertudung, ingat semua bdk ikhlas ke? Takk kot…tp bila dh wajib..semua pkai tme sekolah..dan lama2 peningkatan kesedaran diri otomatik akan improve. wlpn x dlm semua..tp ak nmpk byk kesan positifnya..

    Lagi satu psal artis bertudung buka bisnes: wow..patut korg bangga lahir byk lagi usahawan melayu islam kita. Meluat ke?? Meluat tanda dengkii sbb korg xdpt bukak bisnes sendiri. berjuta juta org jual tudung, samaada online or kat pasarraya..tp boleh je survive bertahun tahun..sbb permintaan yg tinggi…benda baik..jual tudung..jd bguslah.. tudung jual pn elok je labuh2..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Hakkuu dah tauuu
    Kalo pakai tudong ni ari
    Besok mesti jual tudong jenama sendiri
    Waarrghhhh kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

    0

    0
  18. Laharina says:

    So apa masalahnya kalau Yana jual tudung jenama sendiri? at least mengajak org menutup aurat.. daripada jual baju terdedah sana sini.. lagi 1 aku nk ckp.. korang dah tgk dan dah belek ke tudung yana ni? kau tahu tudung ia labuh bole adjust.. kain kualiti mmg tiptop.. harga affordable sesuai dgn kualiti kain.. ade inner sekali.. tudung yana beribu kali lebih baik bagi aku drpd neelofa punya tudung.. jarang! kain xde kualiti… n mahal nak mampus! sekian

    0

    0
  19. laka says:

    Aku tengah tengok cite histeria… Semua cute cute and innocent look lagi, scha, liyana, dan yana samsudin.. Tapi aku pelik tengok hidong si yana… Kemek and bulat je.. Sekarang bukan main mancung lagi… Dia buat hidong kan? Lain sgt lah… Mengubah ciptaan allah kan berdosa.. Nanti sebelum mati kena ubah balik kan..

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu die ubah pn..mgkin skrg die dah taubat.
      ape pulak kena ubah2 balik, tak payah yg penting taubat, xkan bt lagi

      0

      0