Wawa Zainal Nafi Gosip Cemburukan Kemesraan Antara Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera

Hiburan

Wawa Zainal Nafi Gosip Cemburukan Kemesraan Antara Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera

Pelakon Wawa Zainal menafikan gosip beliau cemburu dengan kemesraan suaminya, Aeril Zafrel bersama Ummi Nazeera sehingga mereka bergaduh besar dan hampir bercerai seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

Advertisement

Menurut Wawa di akaun Instagramnya, beliau memahami kerjaya Aeril sebagai seorang pelakon dan sedar Aeril dan Ummi berkawan baik. Malah, Wawa juga sempat untuk memperomosikan drama terbaru lakonan Aeril dan Ummi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Eh mana ada cemburu , kalau cemburu daripada dulu lagi tak kasi dia berlakon dengan mana-mana perempuan.  Saya tahu dorang memang kawan baik tapi best juga kalau kita merajuk Aeril pujuk bawak pergi becuti ke luar negara. Nak merajuk la lepas ni…Erm..nak  pergi Paris,Istanbul. ..ecececeh..

Semoga ALLAH ampunkan saya dan keluarga tapi saya tak maafkan penulis tu,sampai dia memohon maaf. Ok nak bagitahu ni jangan lupa saksikan mereka berdua lagi dalam drama terbaru #nahurindu Tv3.

Alhamdullillah, nampaknya khabar angin tentang rumah tangga mereka bergolak kerana isu cemburu tidak benar. Harapnya Wawa dan Aeril banyakkan bersabar. Biasalah, kalau sudah bergelar selebriti pasti tidak boleh lari daripada gosip.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...