Wardina Saffiyah Tidak Mahu Salib Di Taman Medan Diturunkan

Wardina Saffiyah Tidak Mahu Salib Di Taman Medan Diturunkan

Baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah berhimpun di hadapan satu bangunan lot kedai, lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan.

Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang pada tingkap gereja yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai itu selepas bantahan dibuat.

Namun begitu, personaliti Wardina Saffiyah yang kini menetap di Australia kerana menyambung pengajiannya mengikuti perkembangan isu itu dan menyuarakan pendapatnya bahawa salib itu tidak perlu diturunkan dan menganggap perbuatan pemprotes adalah seperti membuli penganut agama Kristian di situ.

Advertisement


 photo Untitled_3.png

Saya harap salib itu dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara seIslam saya. Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.

Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja. Kepada orang Islam, bertindaklah seperti Muslim. Hanya vampires takutkan salib. Biarkan orang Kristian mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan. Kepada saudara seagama saya di Taman Medan, kelakuan anda tidak mencerminkan Islam.

Wardina turut memberitahu dia faham apa rasanya menjadi minoriti dan dibuli kerana kepercayaan. Dia juga menghargai sokongan yang diberikan oleh orang bukan Islam kepada golongan minoriti Islam (mungkin merujuk kepada pengalamannya di Australia).

Dia turut menyatakan sikap ‘gengster’ yang ditunjukkan oleh orang Islam dalam video tersebut sebagai ‘hodoh’.

Pada pendapat kami, memang apa yang dikatakan oleh Wardina itu ada benarnya. Jika melihat dua batang kayu yang disilangkan itu menggugat keislaman anda, mungkin keislaman anda itu tidak kuat sebenarnya. Apa pendapat anda?

Velvet membawa maksud baldu, berlatarkan kelab malam sebagai simbolik dunia kini. Kelab Velvet mengharungi saat-saat…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 20 April 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...