Wanita Dihadiah Makan Stik Percuma Setelah Dimaki Hamun Oleh Azwan Ali

Hiburan

Wanita Dihadiah Makan Stik Percuma Setelah Dimaki Hamun Oleh Azwan Ali

Gara-gara dimaki hamun oleh Azwan Ali di Twitter, seorang wanita dan ahli keluarganya dapat makan percuma di restoran stik terkenal. Pelik tetapi benar, namun ia satu kisah yang trending di laman sosial hujung minggu yang berlalu. Semuanya bermula apabila Azwan Ali yang terkenal dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya bertanyakan tempat yang bagus untuk menikmati stik.

Advertisement

Seorang wanita telah mencadangkan bagi Azwan untuk makan di Me’nate, sebuah restoran yang dikenali dengan hidangan stik yang harganya boleh mencecah RM 1,000 – RM 2,000 sepinggan kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.

Namun begitu, Azwan menyangka wanita itu yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut di bulan Ramadan yang mulia.

Nur Azira bagaimanapun memberi reaksi yang tenang terhadap maki hamun tersebut dan menerangkan yang dia mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik daging.

Khabarnya, disebabkan salah faham ini Azwan telah menukar status akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada ‘private’.

Tetapi, apa yang lebih menarik, Nur Azira telah diberi peluang oleh Restoran Me’nate untuk makan stik di restoran itu bersama ahli keluarganya secara percuma. Khabarnya nilai stik yang dihidangkan kepada Nur Azira oleh Me’nate ialah RM 4,678.90.

Begitulah secebis kisah di bulan puasa. Gara-gara bertenang apabila dimaki hamun, seorang wanita mendapat sesuatu hadiah yang tidak diduga. Mungkin inilah hikmah dan kebesaran Ramadan Al-Mubarak. Allahuakbar.

Begitu sporting ‘flashmob’ Silat oleh Ahli2 Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yg juga merupakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 28 June 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...