Written by AbangNara | September 15th, 2014

Apa khabar anda hari ini? Esok adalah cuti umum jadi pastinya hari ini ramai yang mengambil cuti untuk mendapatkan hujung minggu yang lebih panjang. Sabtu Ahad Isnin dan Selasa. Memang sesuai sangat untuk membawa keluarga berjalan-jalan. Agaknya itulah yang dilakukan oleh Ashraf Muslim bersama isteri-isteri dan anaknya apabila mereka berkongsi gambar menikmati keindahan bandar Melaka. Seronok Abang Nara tengok ‘one happy family’ ini naik beca beramai-ramai. Meriah!!!

sambutan hari jadi ashraf muslim

Selain itu gambar Ashraf Muslim, Wan Sakinah, Dayana dan anak mereka memegang kek bersama-sama sempena hari jadi pelakon tersebut adalah sangat indah untuk ditatapi. Paling comel si ‘baby’ yang turut sama memegang tangan kedua-dua ibunya. Cute sangat-sangat. Geram Abang Nara.

sambutan hari jadi ashraf muslim

Selamat hari jadi diucapkan buat Ashraf Muslim. Semoga terus menjadi contoh yang baik kepada mereka di luar sana yang bercita-cita ingin berpoligami. Semoga keluarga anda terus bahagia seperti sekarang dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Amin.

P.S: Chevrolet Malibu yang membuatkan hati ini terpaut

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Wan Sakinah & Dayana Lokman Sambut Hari Jadi Ashraf Muslim Bersama-Sama

  1. lina says:

    One happy family blended with 2 wives and a cute baby. Congrats!

    0

    0
  2. Shaklee says:

    Alhamdulillah

    Sebagai kawan sakinah saya happy lihat kebahagiaan sakinah dan dayana

    Kakyong miss you sakinah

    Haritu jumpa ur husband je kat IMKK

    0

    0
  3. mama bosan says:

    wahhh…seronok tgk diorg bahagia, setiap ujian itu ade hikmah disebaliknya..tp mama mmg tabik si dayana…kuat sungguh hatinya..semoga korang bahagia hingga hujung nyawa…

    0

    0
  4. damai says:

    Semoga kemesraan mrk ber3 kekal hingga akhir hayat dan cukuplah 2 sahaja yea ashraf. Dan dgn kemesraan dan keamanan mrk akan jadi contoh pada yg ingin poligamy

    0

    0
  5. Anonymous says:

    entahla..sebagai pompuan tetap rasa sedih kesian pada yng pertama

    0

    0
    • zamzarina says:

      eiiii, geram plak aku. yang ko nak feeling2 sangat kenapa. ntah2 dayana tu lagi suka hidop sekarang sebab tak sunyi, siap ada anak tiri yang comel lagi sweet. ko mana tau .

      0

      0
      • momoii says:

        kau silap zamzarina.. walau macam mana redha pun perempuan tu tetap dia kecil hati dan sedih.. sy ada kenal seorang ustazah ni suami dia kahwin dua.. dia isteri pertama.. walaupun dia seorang ustazah dia tetap kecil hati.. tapi yg menguatkan dia, dia redha.. duduk serumah..

        0

        0
  6. entahla says:

    entahla sebagai pompuan tetap rasa sedih kesian pada yang pertama

    0

    0
  7. jujur says:

    serius cakap hati aku bukan besar untuk di kongsi kasih dan syg. poligami memang di bolehkan kalau berkemampuan tapi bukan aku. tengok gambar diaorang pun aku xleh nak terima apatah lagi kalau trjadi pda aku. apa-apa pun tahniah dayana kerana anda seorang wanita yang terbaik. rela berkorban demi kebahagian suami.

    0

    0
  8. Mirai Suenaga says:

    Salleh Yaakob tu sampai empat, korg tak kesian ker kat bini 1st dia?
    Janji bahagia sudah. Tak habis2 dgn komen kesian kesian.

    0

    0
    • zamzarina says:

      ntah. dorang bahagia ja, korang plak lebih2 feeling
      mnyampah pompuan mcm ni. sure slalu tengok drma mlayu pastu feeling2 jadi prompuan teranaya.rasa macam nak bagi kaki ja haizzzzz

      0

      0
    • anoy says:

      Kalau dah 4 bini… bini 1st dah tak heran.. yang frust bini no 3. Ada pahamm..

      0

      0
  9. nok gebuzzz says:

    perasaan iri hati ttp ada….tapi mungkin sbb sayang kena tabah kan hati

    0

    0
    • zamzarina says:

      ko tau mana dia iri hati. ke lagi happy sebab ada anak tiri. haizzzz. kaki mau??

      0

      0
      • yahoo! says:

        zamzarina ni confirm budak hingus meleleh tp ada hati nak komen pasal rumahtangga. Baik buka buku Sejarah n prepare for your exam.

        0

        0
  10. sakinah says:

    ashraf muslim ini penipu. kenapa buat late entry gambar sama2… dulu cakap isteri ikut cakap dia tidak up load gambar sama2 tapi wan sakinah upload gambar dia bergembira sambut hari jadi dengan ashraf muslim… lepas tu org tanya mana dayana………….. sekarang dia kelam kabut up loadkan untuk isteri2 nya gambar sama2 di ig isteri2nya…..nanti jatuh hukum derhakalah ya isteri2 nya sebab ingkar cakapnya. ternyata dia cakap bukan serupa bikin………. terpaksa cover isteri ke 2 accidentaly ter upload gambar sambut hari jadi ………. kalau pembohong, keluar juga aura pembohong…. dayana seorang yang tabah, sebagai isteri dia tolong naikkan maruah suami dan madu, …… di pergunakan pun redha sahaja……… seorang yang profesional dan tinggi akalnya, orang lukakan hatinya tapi di balasnya dengan kasih sayang…… bukan macam ashraf nafsunya saja mau dilayan. menunjuk riak konon suami yang pandai poligami tapi realitinya hancur…… mau tunjuk kuasa sebagai suami konon kuat agama tapi suka membohong…. artislah katakan. semoga dayana akan di lindungi Allah dengan cara apa sekalipun……

    0

    0
    • ed says:

      Tak tau la penipu ke idaknya, tapi yg pasti, Dayana dah posting ke Melaka. So dia jadi weekend wife saja lah. Dok terfikir ni, kalau si Ashraf nak pegi jumpa Dayana on weekends, perlukah Sakinah and baby tag along? I mean, come on, Sakinah has already celebrated Ashraf’s birthday (posted in her IG) when Dayana wasn’t around…so tak de chance kah utk Dayana celebrate berdua duaan pula di Melaka??
      Oh anyway, saya pun suka tgk kegembiraan yg terpancar di raut wajah masing2…cuma macam kesian pulak kat Dayana..dah la kena kerja kat Melaka sekarang ni.
      Selamat berbahagialah saya doakan…semoga sentiasa adil dan saksama Ashraf!!

      0

      0
  11. long cang pass says:

    Diana saya nasehat kat kurus kan lah badan pakai lah yg menawan untuk suami, bukan saya nak menhina saya pun tak tahu nasib saya tapi usaha kan lah untuk nampak cantik di mata suami….. jgan lah pasrah dan biar je ape nak jadi usaha lah sedikit….

    0

    0
    • misz says:

      dia berhias untuk suami xperlu show off la… lgpun rasanya dia bpakaian yg menutup aurat…

      abg nara… tolongla… tak payah la kalut sangat nak copy gambaq2 dayana n sakinah ni.. biaq jala depa nak hidup… depa tak kalut nak masuk dalam cerita2 abg nara aih…. tolong nahhh … jgan kalut sangat… depa tu nak hidup bahagia bukan nak menunjuk kat abg nara,,,,

      0

      0
    • todayana says:

      betul.. klau dayana ni kurus mesti jauh lagi lawa dari sakinah.. sygnya.. maaf ya sakinah.. thats the truth.. dayana pls do something.. zmn skg ni memcm cara.. this is for your own good..

      0

      0
  12. cili pedas says:

    wah indah nya agungnya wow wow semua lelaki muslim kat malaysia patut mgikut jejak langkah dia ni baru mancho dan keagamaan,wanita2 patut mencari bini untuk suami bagi suami yang tidak ada hati nak tambah bini,baru lah bahagia dunia akhirat.

    0

    0
  13. Dayana says:

    Dayana tu maksudnya gagah perkasa. Kuat sgt dia
    Ni. Sekuat namanya ????????????

    0

    0
  14. Peon says:

    Happy 33th birthday ayah?

    0

    0
  15. […] kepada Dayana dan Wan Sakinah ini mengakui kehidupan bermadu itu adalah susah. <img alt="ashraf muslim” […]

    0

    0