Written by AbangNara | October 18th, 2014

Seperti biasa setiap hari Abang Nara akan meng’usha’ akaun Instagram selebriti-selebriti tanah air. Abang Nara suka tengok gambar-gambar dan video-video yang dikongsi oleh mereka kerana boleh mengetahui aktiviti yang mereka lakukan. Kebanyakkannya memang gambar ‘selfie’ namun baru-baru ini Abang Nara terperasan satu gambar Scha Al Yahya yang cukup menarik perhatian.

nights of fright 2 sunway lagoon

Nampak tak tue? Scha Al Yahya berada di Scream Park di Sunway Lagoon. Daripada penerangan yang dikongsikan oleh Scha, dia berada di sana untuk penggambaran “Celebrity Scares” sempena Nights of Fright 2. Turut serta ialah suaminya, Awal Ashaari. Memang kelakar tengok Scha dan Awal menjerit ketakutan. Muka memang cuak habis. Tak sangka penakut juga Scha dan Awal nie. Paling kelakar siap melatah lagi si Awal bila kena sergah. Serius lawak. Tak caya? Cuba tengok video di bawah nie.

Secara jujur, Abang Nara nie agak penakut orangnya. Tengok gambar Scha berdiri depan Scream Park nie pun dah naik bulu roma. Namun disebabkan rasa ingin tahu, Abang Nara mencari maklumat lanjut mengenai aktiviti Scha dan Awal ini.

nights of fright 2 sunway lagoon

Nights of Fright 2 di Sunway Lagoon adalah event seram paling terbesar di Malaysia. Kembali untuk kali kedua, kali ini untuk 6 malam, para pengunjung Nights of Fright 2 akan dapat merasai pengalaman melalui pelbagai zon seram dan rumah hantu termasuklah ‘Escape From Pudu’ yang cukup menakutkan. Bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam, anda dapat merasai ketakutan yang tidak terhingga pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan juga 1 November. Harga tiket untuk setiap seorang ialah RM48.

nights of fright 2 sunway lagoon

Tengok video promosinya pun dah buat Abang Nara keseraman. Belum pergi lagi nie.

Bukan sahaja Scha dan Awal yang telah mengalami keseraman Scream Park di Sunway Lagoon bersempena Nights of Fright 2 ini. Penyampai radio Era si Haniff Hamzah dan Ben Jern pun dah rasai kecuakannya. Memang ‘real’ sungguh solekan yang dikenakan oleh hantu-hantu ini. Tempat hantu-hantu ini muncul pun memang boleh buat jantung tercabut. Kalau penakut macam Abang Nara mesti menjerit tahap tinggi punya.

nights of fright 2 sunway lagoon

Memang sesuai sungguh nama Scream Park nie dengan ketakutan yang diberikan kepada para pengunjung. Sepanjang perjalanan pasti anda akan menjerit je. Bila dah tamat terus tak ada suara. Memang seronok pergi kalau anda seorang ‘thrill seeker’. Cuma pastikan anda berumur 12 tahun keatas sebab itu syarat utama nak merasai keseraman Nights of Fright 2 ini. Lagi best kalau pergi ramai-ramai dengan member. Boleh tengok siapa yang paling pengecut. Hehehe.

nights of fright 2 sunway lagoon

Apa lagi? Berani tak mencabar diri anda dengan keseraman Scream Park di Nights of Fright 2? Beli tiket anda sekarang jugak. Maklumat lanjut layari laman web Sunway Lagoon ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Wajah Scha Al Yahya & Awal Ashaari Apabila Ketakutan Kini Terbongkar

    • Annie says:

      Annie takut benda macam ni.
      kalau tengok cerita hantu pun Annie tak sanggup.. apatah lagi nak pergi rumah hantu.

      0

      0
      • Amy Singapore Girl says:

        Amy suka tengok cerita blue sambil pakai bikini. Kalau panas sangat..Amy bogel je terus. Dalam rumah kan, tak ada sapa yang nampak.

        0

        0
      • binjai says:

        kata sorang2…skali kameran masuk skali…
        ilang dah takut tu..

        wat la cam variety JEPUN…
        setup CCTV dlm tu…br nampak muke kalau dok sorang2 dlm tu camana…

        ni dah jadi 2 org dah…puiii

        0

        0
  1. nok gebuzzz says:

    tak takot pun nengok…..x serammm pun!!

    0

    0
  2. klcc says:

    tgk mmg xseram cube ko masuk. aku pernah masuk takot gile beb tu pon ramai2 n siang! kalau sorg n malam mmg tak aaaaaaaaaa

    0

    0
  3. dora got zilla says:

    nak tgk hantu plastik pun tiket sampai RM 48..?

    0

    0
    • Jennifer Garnier says:

      kau ni pun, kalau nak tengok hantu free… pergi lah kat kubur or jerat cina waktu malam sorang2.

      0

      0
      • narathiwat says:

        hahahahhahah komen kau paling win dalam BN ni Jennifer Garnier! XD

        0

        0
      • aku tgh cuti seminggu says:

        hahaha..kelakau la ko jennifer garnier..rumah aku tepi kawasan perkuburan tau (tanah kubur tu pun asalnya tanah mak bapak aku, mereka wakafkan..so mmg betul2 sebelah rumah je). Sepanjang 32 tahun aku duduk di rumah bersebelahan kaw perkuburan, malah kubur arwah mak bapak dan arwah adik bongsu aku pun ada di situ, dari baby sampai le aku ada 2 anak sekarang, tak pernah lagi aku jumpa hantu di kubur..tak pernah pun kubur berasap ke apa ke..tapi kalau dengar suara2 @ jeritan yg seakan2 diazab dalam kubur mmg aku biasa dengar..kecik2 dulu takut jugak, tapi makin besar aku lali dgn suara2 tu..malah membuat aku insaf, sebab terbukti apa yg Allah nyatakan..

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Kelakarnya hantu dia. Biasa2 je. Tengok pun tak takut. Hantu dia tak pandai sergah orang. Berrbaloi ke kalau tiket mahal.

    0

    0
  5. SS says:

    nampak macam tak seram,tapi cuba masuk sekali,masuk siang n reramai pon lari lintang pukang ini kan malam n sorang2 lagi,hahahaha seramm doooh !!!

    0

    0
  6. huhuhu says:

    yg cina tu penakut betol.. hahaha.. kesian dia..

    0

    0
  7. Dare u says:

    Cbe dlu jgn komen lbih2 klu x rsa sndri.
    Sllu klu ckp gah ni yg pnakut lbih.klu suma
    dpertikai kn,ssah lh nk hdup.itu salah..ni salah.

    0

    0
  8. ada aku kesah says:

    ntahnya. ce korg yg cakap beso sgt tu pi masuk tgk. ramai2 pun jd la. siang pun takpe.
    CE MASUK DULU. ckp mcm bagus sgt. yo o je cakap tak takut.
    dah pegi kang, heh. mau tak keluaq kau dari rumah hantu tuh.
    mulut cap apa tah. klu hantunya mekap lebih2 kang, kata over sgt.
    dah hantunya duk kacau2 org gitu je, ckp tak menakutkan pulak.
    pi la masuk tengok klu berani sgt ! phuiii

    0

    0
  9. sitizabedah says:

    Ni kalau bukan manusia betul join pon korang bukan perasan..

    0

    0
  10. binjai says:

    kata masuk sorang2…abis tu cameraman tu follow tu bukan org ke?

    wat la btol2 cam rancangan2 variety jepun,
    setup CCTV jek dlm tu…

    baru dpt tgk reaksi btol tanpa kontrol2 hensem semua…

    0

    0
  11. Farah says:

    Hahaaha memang tak pergi aaa tempat macam ni. Buat stress je!

    0

    0
  12. aduhai… tgk pic je pun dh rasa seram.. i mmg xberani nak masuk..

    0

    0
  13. Sasha Al-Sarkas says:

    sapa jaga anak… cian… ibu bapa sibuk berhibur.. anak kecil ditinggalkan…

    0

    0
    • ubi says:

      syg…u dah jadi mak bapak ke belom??? xd mak bapak yg sanggup tinggal ank lama2..kecuali yg mmg xd hati perut tu lain lah..scha dgn awal ni dibayar..bkn utk suka2…keje pun kerana nak cari duit utk ank..utk masa dpn ank..harap u paham le ye nokss?

      0

      0
    • go fly kite la brader says:

      agak bebal soalan kau ni..

      bapak kau kerja nak bagi kau makan / pendidikan/etc selama ni tak jaga dan tak menadap muka kau 24/7 jugak..so, bapak kau bukan bapak yg baik la?

      mak kau kalau bekerja jugak, mak kau bukan mak yg baik la?

      kalau mak kau tak kerja, masa mak kau memasak mencuci etc tu (tak mengadap muka kau), mak kau bukan mak yg baik la?

      kalau maid jaga kau masa mak bapak kau kerja, mak bapak kau bukan mak bapak yg baik la?

      kalau bebal, jgn tunjuk sgt..

      0

      0
  14. Anonymous says:

    Betul. saya setuju dengan komen Ubi. kepada Sasha Al-Sarkas hidup ni jgn asyik nak pandang negative ja. semakin banyak kita mengeji org, sebenarnya akan semakin menunjukkan keperibadian kita yang x elok.

    0

    0
  15. haru says:

    kat hantu nak takut. kat Allah ko takut tak??

    0

    0
  16. neelofa hot says:

    ben is the funniest ????

    0

    0
  17. zam says:

    Scha kata “It’s good for your lungs”… haha.. pun bolehhhhh

    0

    0
  18. Princess says:

    saya dah masuk…mmg best…kita boleh main extreme park free taw…main sampai lemau….hehe..mmg best….hilang stress coz dapat jerit….hehe….

    0

    0