Written by AbangNara | January 19th, 2011

penyanyi kumpulan sweet september meninggal dunia

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

penyanyi kumpulan sweet september meninggal dunia

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

“Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung,” katanya.

Selain isteri, Antonio turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.

Sweet September dianggotai oleh lima ahli kumpulan tetapi sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum.

Ignatus berkata, kumpulan itu merakamkan lapan album sejak tahun 1982 hingga 1986 termasuk beberapa album kompilasi.

Selain Antonio, dua anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adrian James dan Ronnie Ng Lian Seng telah meninggal dunia masing-masing pada tahun 1996 dan 2009.

Penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam yang mengenali Antonio pada tahun 1969 semasa sedang belajar memberitahu mendiang merupakan individu yang baik, rendah diri dan juga kelakar.

Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.

Klip video lagu Hatiku Kau Guris Luka boleh diikuti menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=MCXbTw6S0KI

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Vokalis Sweet, Antonio Vincent September Meninggal Dunia

  1. Amir Said says:

    innalillah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • sedihnya…takziah diucapkan :-(

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • http://kukukata.blogspot.com/2010/12/sekarang-aku-nak-isap-ko-punya-pulak.html says:

        takziah..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Kasih says:

      br lps melawat keluarga mendiang mlm td… lama dh mendiang ada sakit jantung ni… RIP uncle…

      kumpulan dulu2 mmg lambang 1Malaysia, ada pelbagai lapisan :)

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • pisau cukur says:

        nara,bleh tk hang tukaq tajuk tu..pttnya vokalis sweet september,antonio vincent meninggal dunia…typo tu nara aaiihhhh…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • no name says:

        kasih..ko ni mcm keja gn bang nara je kan..
        manyak sgt komen2 ko kt bloq ni kan..kbnykn entry ko mesti komen..
        ke ko mmng suke gile gn bang nara nya blog ni..??
        hehehehe*peace*
        sori eh lari tajuk jap..(xpela nak DISLIKE punn i insan lemah) :-)

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Kasih says:

          no name.. i xkeje gan bro nara.. ada nya entry sbb tuk dikomen dan pastikn komen2 tu dtg gan fakta so xsalah kn ;)

          bkn takat blog bro nara ni ja yg i komen, byk lg blog2 lain i komen yer…

          xpa i maafkan u.. no hal sbnrnya.. as long komen gan penuh etika dan hormat yg lain xkisah lah sapapun nk komen, ye x :)

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • kalau ada blog x da readers xda org komen macam mana tuh………..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • pisau cukur says:

          hat tu blog mrpek namanya belacan aaiiihhhh…spa nk komen lau isi tk bgs betui tk aaiiihhh…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • eve says:

          isi bn bukanlah baguih mana pun, balik2 artis yg sama…balik2 dok ceghita benda yg sama…cemuih….dr sebesar2 gosip sampai.pasai kasut pun jadi..haha….walaubagaimanapun che’ ghasa bn ni ramai pengikut kerana adanya pengomen2 tegar yg dpt menghidupkan suasana ceria di blog ini….kekadang isu remeh temeh tapi byk info menarik yg boleh di baca..cth pasal kasut ct…che sendiri tak beghapa tau pasai fashion, brand etc…but now informed…secara santai….tma kasihlah kpd mastermind dailog2 bernas di bn ni…you are resourceful….salutamente…adios

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • pisau cukur says:

          amboi hang tnya ni ada makna ka no name aaiihhhh…mngkn sbb sebhgian krjya kasih mana kita nk tau kn aaiiihhhh….

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • nasrie says:

          moga rohnye dberkati

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Amir Said says:

    dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. Amir Said says:

    eh mendiang rupanya. hehe. sorry

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. NurKasih says:

    kebanyakan kumpulan2 muzik dlm thn 80an betul2 melambangkan 1Malaysia …

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. takziah diucapkan :-(

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. hangus says:

    skrang ni ramai yg mati muda ..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. cik Kim says:

    muda lg ke dia ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. missyqaldina says:

    laaa…lelaki ke kumpulan sweet september ni??ingat penyanyi die pompuan..sore cm pompuan..neway takziah tu all family members..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. Blog Sensasi says:

    kebanyakan penyanyi berkumpulan era 70’an non muslim ek…tapi fasih lagu Melayu..yg sekarang ni melayu nanyi slank omputih apa cer..memang sensasi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. Ryta says:

    Takziah buat keluarga uncle Antonio Vincent…
    p/s: Kalau tgk 2 video klip lagu Sweet September ni, yg jadi model lelakinya, kalau tak salah aku arwah Faizal Yusof..pun dah meninggal sebab serangan jantung!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. mawar merah says:

    lagu2 mendiang memang selalu berkumandang di corong radio. Sweet September memang popular satu setika dulu tapi penyanyinya terlalu low profile

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. Amier says:

    Takziah.Wah! sedap lagu2 lama rupanya.2 tajuk lagu sweet september Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada download dari internet sedap didengar.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. mmg best layan gile lagu2 diaorg nih.. well tinggal kenangan…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. hanza says:

    Sweet September popular tahun 80an lah bukan 70an, 70an Aleycats….??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. neyna says:

    Takziah…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. Rinna Rani says:

    Greetings!
    Saya anak kepada Antonio Vincent. Saya dan ibu saya, Annie ingin mengucapkan terima kasih kerana menyiarkan berita tentang ayah saya.

    Kepada mereka yang komen di sini, terima kasih kami ucapkan.

    Annie & Rinna

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. mrizal skrtel says:

    i mmg minat dengan singer kumpulan sweet september ni… especially lagu “hatiku kau guris luka”….antonio telah meninggalkan kita.

    m rizal skrtel
    from penang with sweet september memorial!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0