Sebelum ini, Saleem melalui rancangan Melodi memberitahu dia tidak membenarkan anaknya, seorang anggota bomba yang kini bergelar artis rakaman, Syafiq Farhain menggunakan namanya dalam promosi album dan menyanyikan lagu-lagunya.
Pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production- Rumhadi Rumlan memberitahu telah pun berjumpa Saleem dan akur dengan permintaan Saleem walaupun pada dasarnya yang berhak membuat larangan menyanyikan lagu ialah syarikat rakaman asal kumpulan Ikilm.
Terbaru, dalam satu video yang dimuat naik oleh Utusan Online, isteri Saleem, Julia Bachok menyampaikan rasa berang dengan komen-komen netizen mengenai perkara itu. Julia mendakwa sikap Syafiq ialah kerana ibunya tak tahu mendidik anak.
Wanita itu juga dilihat mengawal temubual dengan pemberita dan mendakwa Syafiq tidak pernah meminta izin dari Saleem untuk menyanyikan lagu-lagunya. Meminta Syafiq berdiri dengan bakat sendiri, Julia berkata sekiranya masih ingin menggunakan nama Saleem dan menyanyikan lagu-lagunya, syarikat rakaman Syafiq perlu membuat persetujuan pembayaran royalti kepada Saleem.
Video tersebut boleh ditonton di bawah. It’s rather painful to watch, jangan kata penulis tak beritahu awal-awal:
Sehubungan itu, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq sekali lagi memohon maaf kepada Saleem kerana menggunakan namanya dalam rangka promosi album Syafiq dalam video berasingan.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen menyelar kelancangan Julia dan mendakwa wanita itu lebih sudu dari kuah.
Rakaman ini disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online ketika Julia, Saleem dan pengawal peribadi mereka cuba bersemuka dengan staf syarikat rakaman Syafiq.-beautifulnara.com