(VIDEO)Trailer Filem Lagenda Budak Setan

Hiburan

(VIDEO)Trailer Filem Lagenda Budak Setan

Sapa sini tak pernah baca novel Budak Setan sila angkat tangan? Kami masih ingat lagi masa tue kalau tak silap time Form 3, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah keluarkan novel bapak punya tebal yang diberi tajuk “Lagenda Budak Setan”. Memang jiwang karat punya novel nie. Tahap leleh punya lah. Sempat jugaklah menitis barang seketul dua air mata ini.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda novel Lagenda Budak Setan ini bakal diadaptasikan ke dalam filem yang turut diberi tajuk Lagenda Budak Setan. Hero dan heroinnya tak lain tak bukan ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Untuk watak heroin memang sangat sesuai diberikan kat Lisa Surihani. Bukan apa sebab memang dalam novel si heroin tue mukannya digambarkan penuh dengan kelembutan dan keayuan seperti Lisa Surihani.

Apa-apa pun daripada trailer filem Lagenda Budak Setan ini nampaknya macam akan keluar satu filem yang menarik. Mungkinkah bakal menjadi filem of the year 2010? Tak pasti pulak bila tarikh keluarnya tapi sama-samalah kita nantikan. Sementara tue jangan lupa layan trailer filem Lagenda Budak Setan kat atas tue.

P.S: Uishhh bila tengok2 balik gambar Diana Danielle, cantik betul lah dia tuh. Duk pikir2 macam mana lah nak try tackle pompuan macam ni. Rupanya benda dia simple jer kot. Kita jer yang buat susah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...