Written by Bella | November 14th, 2016

Bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam turut berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat dengan memuat naik video yang memaparkan janin yang kini mencecah usia tiga bulan.

Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram Syatilla dan ia mendapat sambutan daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi didalam kandungan.

Bismillah… Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak terhingga ini Ya Allah. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.. Insya-Allah..amin.

Berikut video yang dikongsikan oleh Syatilla :-

Pasangan mana yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka bukan? Alhamdullillah rezeki Sam dan Syatilla untuk menimang cahaya mata awal. Kami doakan segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

7 responses to (VIDEO) Syatilla Melvin Kongsi Perkembangan Kandungannya

  1. Anonymous says:

    NEXT

    4

    0
  2. Hamba says:

    ALHAMDULILLAH. Semoga selamat semuanya…dan semoga diri ini meyusul..aamiin

    2

    1
  3. orgtua says:

    yelah…awak sorang jer yg mengandung yg ada scan….org lain takde scan sbb tu nak tunjuk…

    8

    0
  4. melati says:

    Sian mereka takder org Komen …ni komen simpati dr saya…Shaeizy Sam ni perasan diri dia kacak..tu jewwww..

    10

    0
  5. josh says:

    Duk sebok nak kongsi video tu, ada org kesah ke?? Baik simpan je utk tontonan peribadi..

    0

    0
  6. UM says:

    Moga selamat semuanya…

    2

    0
  7. nice says:

    bila la nak boleh rezeki anak, seronok tgk org share moment2 sepanjang mengandung, alhamdulillah rezeki masing2

    3

    0