Penyingkiran penyanyi Nora  Ariffin daripada GV 3 semakin hangat diperkatakan selepas beliau seakan memberikan gambaran dirinya disabotaj oleh pihak tertentu.
Menurut Nora, beliau terima jika penyingkirannya itu disebabkan kelemahan beliau ketika menyanyi. Walaubagaimanapun, beliau ingin menuntut keadilan sekiranya beliau terkeluar kerana kontroversi dan kecaman mengenai isu pertukaran lagu sebelum ini. Nora mengatakan dirinya dianiaya.
Saya terima jika rezeki saya terhenti disebabkan kelemahan, kekurangan ataupun markah “point†nyanyian saya. Saya bukanlah seorang penyanyi yang “perfectâ€. Tetapi kalau diatas kekeliruan,kecaman yang saya terima, kalau itu yang menyebabkan saya tersingkir saya rasa saya ingin menuntut keadilan.
Saya rasa ianya tidak adil untuk saya kerana seolah-olah dianiaya dalam keadaan ini. Tiada orang mempertahankan saya.
Berikut video penuh kenyataan Nora:-