Tiba-tiba hari ini kami lihat nama Lana Nodin dan suaminya, Daud McKienzie hangat diperkatakan. Setelah kami siasat, rupa-rupanya artikel tentang mereka berdua cukup hangat serta mendapat liputan luas di laman web Singapore Stomp dimana Lana dan Daud dilabelkan sebagai “road bully†oleh seorang pemandu Singapura.
Menurut isteri pemandu Singapura terbabit, suaminya yang bekerja di Johor Bahru ketika itu dalam perjalan pulang ke Singapura. Secara tiba-tiba kereta jenis Toyota Alphard yang dipandu Daud bertindak untuk memotong giliran. Kejadian tersebut berlaku di Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada 14 Mac lepas sekitar jam  6.30 petang.
My husband was on the way home from his office in JB. The road was quite jammed.A driver then tried to cut in front of my husband’s car. My husband stopped his vehicle. The driver continued going forward and hit his car. He alighted after that and scolded my husband.
Berang kerana keretanya dilanggar, Daud keluar daripada kenderaan yang dipandunya dan bersemuka dengan pemandu Singapura itu. Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Daud ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat terhadap pemandu terbabit.
Mari kita tonton video berkenaan untuk ketahui apa yang berlaku dengan lebih jelas :-