Written by AbangNara | August 1st, 2012

Baru-baru ini kawan Abang Nara suruh Abang Nara ushar-ushar kumpulan muzik yang diberi nama Aryan Band ini. Secara jujur, inilah pertama kali Abang Nara mendengar tentang kumpulan ini. Dengan pantas Abang Nara mencari info yang sepatutnya. Rupa-rupanya Aryan Band ini adalah anak didik M. Nasir.

aryan band

Pasti ada sesuatu yang menarik tentang Aryan Band sehingga M. Nasir mengambil mereka duduk di bawah syarikat Luncai Emas. Takkanlah sifu M. Nasir nak ambil anak murid sesuka hati je kan? Ushar punya ushar, rupanya Aryan Band dah ada video klip untuk lagunya yang bertajuk Kasih Katakan Sesuatu.

Lagu dan videonya not bad jugak kan? Kelakar pun ada jugak jalan ceritanya. Mungkin nasib masih tidak menyebelahi Aryan Band untuk popular sekelip mata, namun Abang Nara yakin dengan usaha keras dan tunjuk ajar daripada M. Nasir, nama mereka akan naik juga suatu hari nanti. Apa kata anda?

aryan band

P.S: Penampilan anda di pagi raya pasti akan lebih cantik berseri dan manis di pandangan mata orang ramai dengan memakai jubah terbaru daripada Gudang.MY ini. Kualiti kain yang tinggi dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM49 sahaja. Dapatkannya sekarang kerana stok amat terhad. Klik di sini untuk membeli.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to (VIDEO)Aryan Band – Kasih Katakan Sesuatu

  1. Anonymous says:

    Heheh cute n lawak

    0

    0
  2. Heheheh, thanks for the komen. videoclips neh dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yg mempunyai minat mendalam dlm penerbitan video… bole lawati facebook kami di link > http://www.facebook.com/Creativebird09 or Search Fanpage kami FB : Creativebird Marketing…
    Link video :

    aryanbandmtv
    Thanks abg nara…

    0

    0
  3. […] Baru-baru ini kawan Abang Nara suruh Abang Nara ushar-ushar kumpulan muzik yang diberi nama Aryan Band ini. Secara jujur, inilah pertama kali Abang Nara mendengar tentang kumpulan ini. Dengan pantas Abang Nara mencari info yang sepatutnya. Rupa-rupanya Aryan Band ini … Continue reading → […]

    0

    0
  4. Kurus says:

    Aryan ni model brylcreem gak ke

    0

    0
  5. lemak tempoyak masak tomyam says:

    handsome jugak vokalis aryan band ni ye?suka tgk dia.naik miang aku dibuatnye.auww!!

    0

    0
  6. LALAT says:

    BULEH LER…

    0

    0
  7. Prince Noob says:

    apsal nak kena guna nama kaum aryan2 ni? guna la nama melayu sikit, kampung band ke, durian band ke

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Aryan band adalah sebuah band dari Singapura.Pernah buat persembahan di Anugerah Planet Muzik tahun lepas.Drg jugak yg nyanyi lagu Azura utk OST Azura 2012. Kat Singapura drg dah popular. Skrg kalau sifu M.Nasir dah didik drg, tak lama lagi meletup lah tu.Good luck guys…. Semoga berjaya di negeri orang.

    0

    0
  9. Amier says:

    Tak ada nama lain ke nak taruh nama kumpulan.Aryan adalah suatu rumpun keturunan berasal dari Caucasius dan keturunan itu merebak ke Eropah dan Asia tengah seperti bangsa Iran,Afghan dan utara india.
    Ini muka bukan keturunan Aryan sebaliknya berwajah asia timur hidung pun kemek..he..he..Kena tau la maksud sebelum nak taruh nama kumpulan jangan asal hentam.

    0

    0
  10. Ahmad mohammad says:

    Sebagai seorang Malaysian, Saya Malu terhadap comment comment yang tidak memberi perangsang atau support pada artiste atau musician baru yang ingin mengharumkan Nama keluarga dan bangsa… MELAYU ker ni? Busuk…
    Good luck Aryanband… Moga berjaya… Keyboardist handsome tu…

    0

    0
  11. Nurul Afiqah says:

    Band baek… I suke sangat sangat… Lagu baru dorang best oi… ‘Tanpamu’ dah Ada di YouTube tapi rasa rasa blom kluar di Pasaran….

    Maju aryan band…. I love the hair of the guitarist…… And drummer pon hemsem……

    0

    0