Written by Bella | July 25th, 2016

Setelah lama berdiam diri, pelakon Adi Putra akhirnya mengaku beliau sudah berkahwin buat kali kedua bersama seorang janda anak satu.

Pengakuan Adi itu dibuat menerusi satu temu bual bersama program Melodi TV3, malah video penjelasan beliau itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi.

Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini.

Adi juga menyatakan beliau tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina serta mengkritik beliau serta membuat pelbagai andaian mengenai dirinya.

Pada masa yang sama beliau mengakui foto-foto beliau  nikah bersama seorang wanita yang disebarkan sebelum ini adalah benar.

Malah, perkahwinan Adi juga diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof. Namun, Aida sebelum ini tidak mahu memberikan sebarang komen kerana ingin menjaga aib Adi Putra.

Berikut video penuh penjelasan Adi Putra berhubung perkahwinan beliau :-

Adi Putra akan mengadakan sidang media khas pada jam 2 petang hari ini di Casa Ampang untuk menjawab segala persoalan dan menjelaskan perkara sebenar disebalik pernikahan beliau yang kedua.

Sama-sama kita nantikan penjelasan Adi mengenai isu berkenaan.

Sumber Berita : Fanpage Adi Putra

31 responses to (VIDEO) Akhirnya Adi Putra Mengaku Sudah Berkahwin Buat Kali Kedua

  1. Orang Cerdik says:

    Oh Rozana

    Kuhapus sajak yang kutulis untukmu
    Bukan hanya serangkap, tapi seluruh
    Demi hatimu yang kian pandai menelaah
    Tiada lagi bisjut & royi

    Oh Rozana
    Luruh airmata bangla yang kujanji jatuh
    Bukan hanya setitik rintik, tapi menggerimis
    Meski sesungguhnya kurasa bisjut & royi
    Bisjut & royi yang bernilai RM10K

    Oh Rozana
    Kau ingat kau pernah mendapat RM10K
    Pada titian jembatan antara bisjut & royi
    Pada bebukit yang meninggi julang
    biar aku tahu ada jejaka bangla menujumu

    Nak bisjut?
    Nak 10K?

    0

    0
  2. Joyah Manis says:

    Berbelit belit explanation. Rasa macam aku ni baru nak belajar bahasa melayu dok nak paham explanation die ni ..

    0

    0
  3. Yaya says:

    Aku sorang je ke rase si adi putra ni xmenjawab soalan michelle hahaha pening kepala dengar jawapan die.

    0

    0
    • Poyo Je says:

      Apa yg pening ye…di minit pertama dia jawab YA! Wartawan bengong ni patutnya belah saja. Dok korek2 lagi. Korang yg bodoh pun konpius Tipah!!!

      0

      0
  4. Aku yang pening says:

    Aku sorang je ke rase si adi ni xmenjawab soalan michelle. Pening dengar jawapan die. Cube nak pahamkan tp xpaham2 gak ??.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    malas nk tgk video tp mcm biasa, wartawan selalu tanya soalan nak bikin panas. cth kalau org yg baru lepas ada kematian, ditanya sedih ke tdk? soal Adi ni, dia dh jawab… yg dia dah kawen. Itu je yang penting orang nak tahu… tak payah tanya la apa isteri pertama rasa, sedih dan sbgnya… itu hal dorang la…

    0

    0
  6. qaseh says:

    Cara seorang anak seni menjawab sesuatu persoalan ada juga seninya…..bnyk yang tersirat dari tersurat…

    0

    0
  7. sentap says:

    ckp lembut je..mana la pompuan x cair…aku doakan aida tabah…

    0

    0
  8. Mok cik Gemuk says:

    kalau dah kahwin, elok kita umumkan untuk mengelakkan fitnah dan orang lainpun terpalit berdosa menuduh bukan bukan. tak jemput tak apa tapi biarlah orang tau. Apa yang aibnya berkahwin. Cara mana kahwin, ikutlah. Berapa orang kahwin, ikutlah. Jangan buat lari anak orang, cukuplah. Kalau berpoligami. jangan sampai menekan perasaan salah seorang, cukuplah. Duit bukan jaminan, berterus terang bukan jaminan adil. Berat beban suami berkahwin lebih satu. Kalau bergaduh suami isteri, yang ni cuba diamkan, jangan bising bising.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Biarlah dia kahwin, sekurang2nya mana tahu kali ni allah kurniakan anak pada nya. Zuriat penting dalam sesebuah perkahwinan. Mungkin itu yang dia cuba usahakan tanpa melukan hati orang yang dia sayang. So jangan mencari kesalahan orang lain tnpa mengetahui sebab dan kenapa dia berkahwin. Cuma……lu fikirlah sendiri

    0

    0
    • Mimi says:

      kalau rasa apa diri buat tu betul, takyah sembunyikan dari isteri pertama,
      jangan pentingkan diri sendiri kata sebab takde zuriat punca nak kahwin lagi,
      isteri pun sama tertekan bila takde zuriat, lagi satu lelaki takde zuriat boleh kahwin satu lagi, tapi perempuan? Kenapa tak lepaskan je dia, mungkin bukan dia yang bermasalah, tapi you.

      0

      0
      • ko dengor pon idok says:

        kan dia cakap.. kak aida tahu. cuma sebeum ni dia tak komen ape2 sbb nk adi y cakap sendiri dan nk jaga aib suami.

        0

        0
        • Mimi says:

          All this statement from sape?
          From Adi kan. Not even a word from Aida, yet.
          Adi keep on giving so many statement, yang I rasa sikit lagi dah nak makan dia balik. I harap yang terbaik for all three of them, cuma itu lah I just nak kata based on history, Adi with the other girl yang juga wife orang, and then this one lagi ; kalau I the wife memang serabut lah kepala pikir whether its worth to stay.

          0

          0
  10. cik mek molek says:

    dia kwen xpe… jgn jd mcm Dato Red … kwen 2 dan GATAL NGAN POMPUAN LAIN

    0

    0
  11. melati says:

    Biar lah dia kawin, tapi jgn lah Hidung kembang ..!!! selera kew malam2 nk tido???

    0

    0
    • hidungtakmancung says:

      Dia tak tgok hidung pandang lain—;) hahaha…tapi taste adi teruk le…banyak anak dara yg baik suci cantik…ni janda uwek uwek…dunia belum kiamat…takpela adi org faham kot cuma pilihanmu tak berapa nak best, kecian bini 1st tapi dah jodoh kau adi kembang pun kembang la

      0

      0
  12. kamal says:

    bulatnye & kembang hidung wife baru dia……buat shading hidung pun tetap nampak bulat……klau pegang tu penuh tgn…..hihihi

    0

    0
  13. naz77 says:

    bia la dia kurang2 dia kawin ng janda bukan ank dara,,,, dia mampu n ada sebab sendiri.

    0

    0
  14. kau says:

    LANTAK LA DIA NK KAWIN APE…YG KORANG CBUK NAPE

    0

    0
  15. Anonymous says:

    bini no 2 bukan org immigresen ke..senang la urus pasport adi nanti…laki la ni pun pandang harta daripada rupa…

    0

    0
  16. Cili itu pedas says:

    inilah wajah serba salah pengantin lelaki…
    yg nak membela diri..
    kenapa kawin lagik…

    0

    0
  17. nikiminah says:

    seronoknya muka dia merampas hak orang..allahuakbar.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    He he he senyap sebab gi honeymoon yeaaa???

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Jongos

    0

    0
  20. Poppy says:

    Tunjuk anu besar pun tak guna kalau tak functioning.. Hahahaha Propahhhh..

    0

    0