Uqasha & Sharnaaz Rapat Untuk Adakan Kejutan Hari Jadi Saya – Pekin Ibrahim

Hiburan

Uqasha & Sharnaaz Rapat Untuk Adakan Kejutan Hari Jadi Saya – Pekin Ibrahim

Peminat-peminat Uqasha Senrose, Sharnaaz Ahmad dan Pekin Ibrahim bolehlah menarik nafas lega kerana akhirnya segala perselisihan faham antara mereka telah pun diselesaikan. Rupa-rupanya Uqasha dan Sharnaaz rapat semenjak dua ini kerana merancang kejutan untuk majlis hari jadi Pekin Ibrahim. Itu yang sampai berahsia sehingga dianggap melakukan kecurangan.

sharnaaz dan  uqasha

Advertisement

Agak kelakar juga apabila mengetahui perkara yang sebenar. Yang penting segalanya sudah diselesaikan. Kata Pekin:-

Saya sudah berjumpa dengan Sharnaaz semalam dan dia menjelaskan segala-galanya kepada saya. Antara dia dengan Uqasha memang tiada hubungan, saya yang keliru kerana menyangka mereka bercinta, sedangkan kedua-duanya hanya berlakon bersama.

Keakraban dua pelakon itu juga bersebab kerana mereka bersepakat untuk mengadakan kejutan sempena hari ulang tahun saya. Selepas penjelasan itu, barulah saya tahu situasi sebenar.

Saya tahu ekoran silap faham itu membuatkan banyak hati terluka. Saya silap apabila bertindak melulu. Apatah lagi apabila perkara yang sepatutnya tidak didedah (off record) disiarkan, lagilah perkara ini jadi kecoh.

Selepas bertemu Sharnaaz dan mendengar penjelasannya, saya menghubungi sendiri Uqasha dan anggap kontroversi ini sudah selesai. Kami sudah berbaik seperti biasa.

sharnaaz

Abang Nara tak salahkan Pekin Ibrahim dalam hal ini. Biasalah cemburu memang sinonim dengan lelaki. Lebih-lebih lagi bila lihat tunang sendiri mesra semacam dengan orang lain. Nasib baiklah segalanya dapat dijelaskan. Semoga hubungan Uqasha dan Pekin pulih seperti biasa dan akan berkahwin seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...