Woah, nampaknya salah faham antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin menjadi-jadi. Mereka nampaknya saling berbalas kenyataan.
Menurut Hafidz, jika Uqasha tidak berpuas hati mereka boleh bertemu empat mata untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara baik.
Hafidz juga tidak risau beliau diburukkan oleh Uqasha dan akan membalas keburukan yang beliau lakukan.
Membaca kenyataan Hafidz itu, Uqasha menyifatkan Hafidz seorang yang lebih biadap.
Erm, tidak perlulah saling berbalas kenyataan, nanti anda berdua juga yang akan dikritik bergaduh seperti budak-budak. Cuba untuk berjumpa dan  luahkan rasa tidak puas hati masing-masing . Selepas itu cari jalan untuk selesaikan masalah ini dengan berfikiran lebih matang agar ia tidak berpanjangan.