Uqasha Senrose Nafi Buka Tudung Dan Pergi Ke Kelab Malam

Hiburan

Uqasha Senrose Nafi Buka Tudung Dan Pergi Ke Kelab Malam

Beberapa hari lepas, kami merasa terkejut apabila mendengar khabar angin yang mendakwa Uqasha Senrose yang kini sudah berhijrah seronok berparti di sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya tanpa berhijab dan hanya memakai topi agar tiada orang yang mengenali dirinya.

Walaubagaimanapun, Uqasha menerusi portal mStar Online berkata berita tersebut adalah fitnah semata-semata dan tidak masuk akal kerana beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana kelab malam sebelum ini.

Advertisement

Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.

Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini.

uqashaDalam perkembangan lain, Uqasha telah melancarkan koleksi tudung yang direka oleh beliau sendiri dikenali dengan jenama Uqasha Senrose Collection. Ia menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan mula dijual dengan harga RM49-RM99.

Siapa yang tidak terkejut kalau seseorang sudah berhijab tiba-tiba buka tudung dan ke kelab malam? Tidak dapat dinafikan ada sahaja manusia seperti itu didalam dunia ini. Tampil bertudung hanya kerana trend dan mahu mencari keuntungan sahaja. Namun Uqasha Senrose bukanlah gadis sebegitu. Jadi sila jangan fikir yang bukan-bukan ya.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...