Written by AbangNara | March 10th, 2014

Bertemu dengan Nur Hidayah Abdullah baru-baru ini membuka mata Abang Nara mengenai salah satu butik university di Malaysia iaitu UNIRAZAK. Banyak perkara menarik mengenai UNIRAZAK yang dikongsikan oleh Hidayah. Berusia 24 tahun dan berasal dari Sabah, Hidayah kini sudah pun mempunyai pekerjaan sebaik sahaja tamat pelajarannya di UNIRAZAK selama 3 tahun dalam bidang Islamic Banking & Finance.

dayah unirazak

Memasuki UNIRAZAK sebaik sahaja tamat STPM, Hidayah menolak tawaran daripada UPM dan UM kerana tertawan dengan persekitaran di universiti yang terletak di Caps Square, Kuala Lumpur ini. Mana tidaknya, dengan jumlah pelajar yang tidak ramai di dalam setiap kelas (sekitar 25 orang), para pensyarah dapat memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada setiap pelajarnya. Tambah menarik, setiap pelajar dan pekerja di UNIRAZAK (guru, admin, kerani dan lain-lain) saling mengenali antara satu sama dan mengambil berat antara sesame sendiri. Sedikit sebanyak kemesraan yang terjalin menghilangkan kerinduan Hidayah pada keluarga asalnya yang nun jauh di Sabah.

dayah unirazak

Keprihatinan pihak UNIRAZAK jelas terserlah apabila Hidayah mengalami kekangan daripada segi kewangan. Iyerlah, tinggal di Kuala Lumpur kesemuanya mahal belaka. Dengan kelulusan daripada pensyarah fakultinya, Hidayah dibenarkan untuk bekerja bersama bahagian Pemasaran UNIRAZAK. Sambil bekerja sambil menimba ilmu terutamanya daripada segi bersosial dengan orang ramai. Hidayah turun padang membantu apabila ada Ekspo Kerjaya. Paling penting, tempoh masa untuk bekerja dihadkan kepada 40 jam sahaja supaya tidak mengganggu tumpuan Hidayah terhadap pelajaran. Walaupun mendapat biasiswa daripada Yayasan Sabah, wang yang diperolehi hasil bekerja dengan UNIRAZAK ini sedikit sebanyak membantu Hidayah menampung kehidupannya sepanjang belajar di UNIRAZAK.

dayah unirazak

Bercerita mengenai pengalamannya belajar di UNIRAZAK, Hidayah memberitahu kelebihan university ini adalah pada pensyarahnya. Mengupas lanjut, kebanyakan pensyarah yang mengajar di UNIRAZAK pernah bekerja atau sedang bekerja di dalam industri. Contohnya salah seorang pensyarah Hidayah merupakan boss bank CIMB. Hasilnya, Hidayah bukan sahaja mendapat teori tetapi juga dapat mengetahui apa yang sebenarnya diperlukan apabila terjun ke dalam bidang pekerjaan kelak. Malah UNIRAZAK juga sering mengatur lawatan ke Bank Negara untuk memastikan para pelajarnya sedikit sebanyak terdedah kepada alam realiti apabila tamat pembelajaran kelak. Menarik bukan?

dayah unirazak

Sambil berbual-bual, Abang Nara dan Hidayah berjalan-jalan melihat kampus UNIRAZAK. Memang selesa, lengkap dengan kemudahan dan paling penting, tidak bising walaupun di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Abang Nara tertarik melihat perpustakaan UNIRAZAK dan makmal komputernya. Pelbagai jenis buku yang ada untuk rujukan para pelajar. Malah computer yang disediakan untuk kegunaan para pelajar pun cukup banyak dan tidak perlu beratur untuk menggunakannya. Ketika berjalan-jalan Abang Nara dapat lihat betapa semangat 1Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri kita jelas terserlah di UNIRAZAK. Hampir kesemua pelajar membuat “study group” yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Rasa terharu diri ini dibuatnya.

dayah unirazak

Apa yang paling mengujakan bagi Abang Nara ialah apabila mendengar statistik 90% graduan UNIRAZAK kesemuanya berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pembelajaran. Rupa-rupanya para pensyarah akan mengaturkan tempat untuk para pelajar mereka melakukan praktikal. Hidayah sendiri pernah melakukan praktikal di Hong Leong Bank selama 3 bulan. Tambah menarik para pensyarah akan menyediakan beberapa tempat praktikal dan terpulang kepada para pelajar untuk memilih tempat yang dirasakan paling sesuai untuk mereka. Senang kata, memang segalanya terancang rapi di UNIRAZAK ini. Bermula daripada belajar sehinggalah melangkah ke alam pekerjaan. Terbaik bukan?

dayah unirazak

UNIRAZAK juga menawarkan biasiswanya sendiri untuk para pelajarnya yang bernilai RM750 sebulan. Andai boleh diputarkan masa, Abang Nara pun teringin nak belajar di UNIRAZAK. Kemudahan yang ada, kemesraan yang terserlah dan kursus-kursus yang ditawarkan memang sangat menarik. Hidayah adalah salah satu contoh pelajar UNIRAZAK yang telah berjaya. Banyak lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Hidayah, namun kalau korang nak tahu lebih, mungkin boleh pergi sendiri OPEN DAY UNIRAZAK yang boleh diketahui tarikh di Facebook UNIRAZAK. Abang Nara berani jamin anda akan berpuas hati dengan penerangan yang akan diberikan. Silap-silap akan terus daftar. Hehehe.
dayah unirazakUntuk informasi lanjut mengenai UNIRAZAK, layari www.unirazak.edu.my. Buat adik-adik yang baru tamat SPM dan sedang mencari university untuk melanjutkan pelajaran, bolehlah masukkan UNIRAZAK sebagai salah satu “shortlisted” university anda. Cubalah cari kot-kot ada kursus yang ditawarkan UNIRAZAK yang betul-betul anda minati. Mana tahu jodoh anda memang dengan UNIRAZAK. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to UNIRAZAK Dari Kaca Mata Nur Hidayah

  1. Anonymous says:

    Tolak UM? FOR REAL?

    0

    0
    • neelopeh says:

      Kelas kau Nur Hidayah…

      Glamer kau masuk BN…

      Tak related langsung dengan blog gossip kauuuu…

      0

      0
      • Olga says:

        Nur Hidayah WHO????
        setakat tolak UM & UPM pun dh bangga, lain la kalau tolak HARVARD ke, OXFORD ke…

        sah2 la UNIRAZAK dah bayar NARA utk up kan iklan utk UNIRAZAK ni la!

        0

        0
      • LALALALA says:

        kau pon tak pandai mane cakap lebeyyy hahaha

        0

        0
    • Olga says:

      ARTIS MANA NAMA NUR HIDAYAH YG KAU BAWAK MASUK NI NARA,XFEMES LANGSUNG! DAH LA XCANTIK,MCM ARTIS KAMPUNG JE

      0

      0
      • hamba says:

        Mmg dia kampung, mmg dia xfemes mcm ko. Tp sekurang2 nama dia melambangkan keperibadian dia. Xde sape kat dunia yg kenal dia, mcm mana dunia kenal ko kan. BTW, dia ni seorang Mualaf. Alhamdulillah Allah s.w.t bg hidayah dekat dia untuk mengucap 2 kalimah syahadah dan mengakui islam itu sebenar2nya agama. Sebelum mencaci maki orng lain, pikir dulu kita ni femes sangat ke, modern sangat ke cara berfikir kita ni sampai nak buruk2kan orang lain?

        0

        0
    • budakUITM says:

      PENIPU LA KAU NI DAYAH! KEKANGAN KEWANGAN BOLEH MASUK IPTS. SAH PENIPU OIII

      1. DAPAT 2 IPTA SEKALI GUS WALHAL UPU AKAN BAGI 1 JE.

      ATAUPUN KAU MINTAK UM DAN UPM TAPI TAK LEPAS? TU KAU KATA MELEPASKAN TAWARAN!

      HELLO UNIRAZAK. THIS IS CHEAP ADS DONT YOU HAVE ENOUGH MONEY/BUDGET TO DO ADS AT OTHER MEDIA LIKE TV/NEWSPAPERS?

      WHY NEED TO USE BEAUTIFULNARA. BHAHAHAAA! BOOOOOOO

      0

      0
      • hamba Allah says:

        Yup…encik budakUITM… KEKANGAN DUIT pn bole masuk u ni a.k.a ipts, janji ada bantuan kewangan… jd xde istilah kekangan sgt kn.. kalo encik xtaw pe kelebihan stdy kt u ni, xpyh nk buruk2 kn… bkn setakat u ni, x pyh nk kutuk2 u lain pn.. INGAT, tu tmpt cri ilmu, bkn tmpt bersuka ria… ada je u tu offer biasiswa utk bdk foundation, degree and master… cri info bru ckp… mcm nk wat presentation, find and collect data… then bru bole present.. dont present without a very very good information, if not, panel during ur presentation day will critic u… nasihat saya utk encik budakUITM… Tlg la, fikir sebelum bertindak… jgn igt encik je ada hati dan perasaan. Hidup ni qisas. Allah tu maha adil. INGAT WAHAI SAUDARA… Wassalam…

        0

        0
      • Jacktosummer says:

        Ok budak uitm,ill answer what you are trying to say..?you know that ipts are more exposed to real world practice.condition unirazak are more likely other international uni at oversea.between ipta and ipts there is difference sylabus and more exposed to international issues,what you think budak uitm,we are more focused in english for our education.for tv advertisement we are always publish in international tv,and berita awani and bernama.for newspaper we are close to the sun newspaper.

        0

        0
        • aku says:

          Your English is very BAD Jacktosummer. I recommend you to go and brush it up before announcing that you guys are very well trained in English and published internationally.

          0

          0
        • Budak ipts says:

          Beautiful please delete this comment :) tq
          For aku….beware

          0

          0
        • vanHelsing says:

          bhai…teruk nau English tu. Tsk tsk..

          0

          0
      • exuitmsambungunirazak says:

        some of unirazak students are fully sponsored. Siapa yang mampu guna lah duit sendiri, siapa tak mampu, insyaAllah boleh dapat biasiswa bila belajar kat sini.

        Please lah tolong jangan memalukan budak uitm dengan cara kondem ipts lain.

        0

        0
      • misya says:

        minta maaf ye cik..klu u x taw baik x pyh ckp..spe ckp x boleh dpt 2 universiti??rmai pelajar yg dpt tawaran n ade yg dapat 2 tawaran di ipta tp dorg tolak disebabkn perkara-perkara tertentu..

        0

        0
    • exUM says:

      OMG, biar betik tolak UM..

      0

      0
  2. Marleyna says:

    Maaf cakap. Saya pun UniRazak juga.
    Saya tak berapa suka ADS macam ni keluar kat BeautifulNara sebab komen memang akan lebih kepada keburukan/negatif.
    Jangankan UniRazak, saya rasa kalau Harvard ke UM sekalipun buat ads keluar kat BN ni pasti kena komen pedas even unrelated.

    0

    0
    • miss m says:

      true..sebab nyaa unirazak ni ipts.. -exstudent unirazak PJ campus

      0

      0
    • Anonymous says:

      Nak ads pun banyak tempat lain. KLIUC, MMU pun ada ads. Tapi bukan kat sini. Problem dia ngan ads ni pula, ayat Nara yang over the top. Cuba la description tu telus, jujur sikit. Ini tak. Awal2 da nampak menipu sgt. Tolak UPM and UM? Sah2 ipta 1 je dari 3 choice akan offer. Aiyoh!

      0

      0
  3. Zorro says:

    biarlah si nara lak letak ads ni, dia biz beb…
    letak ape pon klu mentaliti org nk komen, still komen jugak

    0

    0
  4. Aku pelat says:

    belajar mana pun asalkan bersungguh2, insya Allah pasti berjaya. Insya Allah.

    0

    0
  5. Z says:

    Bestnye kalau study dpt biasiswa…saya ni mmg teringin sgt nak sambung degree in accounting…terlalu rindu nak study, masa amik diploma dulu happy sgt..

    Tapi kewangan membataskn…sedih sgt tak boleh smbung degree. Trpaksa kerja nak tampung kehidupan. Kalau sambung study nanti mesti akan susahkan family. Tapi takpe, saya akan usaha sikit2, sape tau lagi 10 tahun mungkin sy dapat sambung degree kan… Sesapa yg dpt peluang blaja tu, blaja sungguh2 demi masa depan family dan diri sndri.

    Kite takkan hargai apa yg kite ada sehinggalah kite kehilangannya…

    sekadar untuk berkongsi dgn pembaca BN smua…

    0

    0
  6. Blerghh says:

    Macam mana tak tolak kalau dah perjanjian dgn biasiswa nak kena masuk IPTS. Poyo sgt la sampai tolak RU (Research University). Belajar je kat mana mana, SAMA. tapi jangan sampai tak logik punya cerita nak tolak sana sini Poyo sgt nak promote pun.

    0

    0
  7. ye ke ni?? says:

    bio betul tolak tawaran dari UPM and UM..mcmmana boleh dpt tawaran dari 2 ipta sekali?hebat beno nipu awak nie..setahu aku UPU offer satu uni, satu course je..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ha tau xpe! Aku terfikir gak. Acane bleh dua ipta offer skali? Dalam sistem, mesti dia offer salah 1 dari 3 choices masa nak mohon UPU tu. Bang Nara oi, nak nipu pun mengagak la.

      0

      0
      • ipta tak nak aku says:

        iolls rasa la dy dpt dua tmpt ipta ni bkn dlm satu masa yg sama. mksudnya, mcm tahun lepas dy dpt UM, tp tolak. tahun ni dy dpt UPM n dy tolak jgk. so, akan dtg punye cerita, tentu2 lah dy akan gtau yg dy dah pnh dpt dua tawaran ipta tu. kite fikir mcm tu jela ye. iolls ni ipts jerr. ipta tu tak nk pun amik iolls. bt prabih duit n mse iolls je bli upu n tggu ipta punye result permohonan tu. iolls tringin nk ipta. sedih tau yuolls sbb TERPAKSA blaja kt ipts wlaupun kekangan duit. kalau la iolls dpt ipta, mmg iolls terima aje. eh, pnjang plak komen. hehe..

        0

        0
  8. AGAK2 says:

    adik Nurul Hidayah – dia nie mesti jenis bangga diri xboleh blah… mesti rajin upload kt fb bangga masuk UNIRAZAK…podahh..mengalahkan pelajar 20 A SPM

    0

    0
  9. heru says:

    dimanapun kita belajar selama dengan bersungguh-sungguh tentu akan mendapat hasil yang bagus.

    0

    0
  10. apa cerita juliana banos says:

    yup ,fully agreed ..
    masa apply UPU tu mmg dia bg 3choices ,tapi takkan lah 2 uni serentak yg offer .Tak logik ..Nara ni boleh shear kain batik dengan hanez suraya .Kuat pembohongan

    0

    0
  11. Che tara says:

    abg Nara bila nak Che story ceh ta pregnant…wah hepi mereka

    0

    0
  12. dayah propa says:

    Better delete la post ni, nampak propa sngt. Dan hidayah, tlglah jgn bg budak unirazak nampak bodoh sebab ko sorg!

    0

    0
  13. what? no gossip?? says:

    oh pliessss abg nara, kenapakah ads ini yg keluar, telah lama kutunggu2 update goss yg hots dari page ini, kuulang masuk berkali2 semenjak sabtu, tapi ini yang ko hidangkan buat kami?? kuciwa okeh! tolong la kembali kepada objektif asal blog ini, iaitu marilah kita bergosip secara berhemah dan berlemah lembut, apa ke hidayah ni aku nak gosipkan? tolong la abg nara, tolonggggg (mode~ ketagihan gosip)
    (btw, kenapa pulak aku nak reject ipta sbb nak masuk uniwhatsoever?? sungguh retissss pemikiran tersebut, ahahaha)

    0

    0
    • hamba Allah says:

      What? Uniwhatsoever? Hello… u tu ada nama la! UNIRAZAK ok… xpayah nak kutuk universiti… suka ati la nk amek ipta ke ipts… da Allah gerakkan hati dia ke sana.. renung2 kan dan selamat beramal… pk sblum tulis… ada ilmu, guna!

      0

      0
    • mimi says:

      Perkara macam ni lah orang malas nak tengok ads dekat nara ni.
      Pembaca dan pengomen di BN ni lain. Semua yang negatif je nampak.

      0

      0
  14. rey says:

    Nara..ko dh xde crita lain ke?

    0

    0
  15. budakmelbourneuni says:

    nara dulu kat korea. dia xreti sistem UPU malaysia. ampunkanla kesilapan teknikal nara haha….delete/edit la cepat cepat sebelum kesilapan kecik menjadi besar. silap haribulan nasib nara sama mcm hanez suraya hahahahhahaha

    0

    0
  16. JASMINE says:

    Nara bongokkkkkk!!! tak minat lah citer mcm ni
    gosip la wehhh gosip retisssss!!!!!!!

    0

    0
  17. dya says:

    mmg bole dpt 2 offer sekaligus. tapi bukanlah dari ipta.
    pernah kawan dpt offer 1 dr utm, 1 lg dr mmu. mcm ni adalah…
    dalam sistem ipta, jika pilihan 1 kita x lepas, sistem msukkan nama kita ke dlm pilihan 2. kalau x lepas jgk, masuk ke pilihan 3..
    katakanlah dy layak untuk ketiga2 pilihan itu, hanya pilihan pertama akan diberi.
    ntahla, itulah yg sy fhm.. tak taulah kalau dah tukar…

    0

    0
  18. minahSENGET says:

    perghh duit berlambak boleh la. tolak dua u pulak tu. macam nipuu je

    0

    0
  19. IPTS Student says:

    nampak sangat beza comment budak IPTA dgn IPTS … xmature langsung !! apehal pulak nak comment-2 dia tolak tawaran UM ke UPM ke.. setiap orang ada pilihan dia sendiri… aku hairan kenapa manusia suka complaint-2 kalau diri tu bagus sangat xpe ni study tah ape-2 ada hati nak belajar free la apa la… Hidayah ni tahu la masa depan dia kat mne xpayah la nak comment-2 yang buruk …
    “Who are you to judge the life I live?
    I know I’m not perfect
    -and I don’t live to be-
    but before you start pointing fingers…
    make sure you hands are clean!”
    -Bob Marley-

    0

    0
  20. pfttt says:

    oiii hebat betul marketing u ni sampai masuk BN.
    respect ah tapi cehh nak advertise pun agak agak sikit ah ni jadi macam ni tak ke macam lagi jatuh saham haa. advertise la benda yang betul ni fizikal je elok, management? wallahulam.
    yang komen pulak macam tak paham cerita je dah cakap Hidayah tu dapat biasiswa takyah perli cakap kaya masuk IPTS okay. not all students in IPTS are rich.

    0

    0
  21. insanbiasa says:

    assalamualaikum and a very good day to all readers of BN
    well,as you can see, brother nara here has published a story or an ad on my university.
    this is clearly not advertising but more on sharing experience as brother nara here has visited my university and he finds it interesting due to the ambiance and what a great culture we have in unirazak.this university is one of the best from what i see it. the students and the lecturers are good and they train us to be professionals.
    for those who say that this story on this innocent girl is more on marketing than all i can say is that you are damn wrong.
    we have many other ways on marketing and this here is just as a platform for unirazak to be noticed as well as other uni’s in the country.
    about the scholarship or whatsoever, it’s clearly just as a wake up call for those who don’t make it. this article here is not to show off that ” oh,budak kaya/.budak kampung masuk uni pun nak post jugak ke abang nara” but more on sharing experience.
    if you feel that this more on marketing,then in the first place why do you have to read it? many others stories could be read but why do you even have to pick to read?
    don’ t you people have any good things to say?
    gosh,this is so sad looking at some people being judgemental. stop judging.

    0

    0
  22. Ex-LUCT says:

    Limkokwing University jugak yg best! Hehe

    0

    0
  23. Rika says:

    UNIRAZAK Sabah batch tahun 2003-2009 mostly students adalah anak VVIP dan famous people in Sabah.

    #TrueFacts

    0

    0
  24. Melayu Kecewa says:

    Beli kereta MyVrii Baru = RM55,000.00
    Belajar Degree di IPTS = RM52,000.00

    Investment mana yang lebih baik?
    Orang MELAYU = Beli kereta laaa..belajar di IPTS MAHAL!!!
    Bangsa OPPORTUNIES = Degree boleh menjamin masa depan

    Return on Investment?
    Myvrii = Selepas 10 Tahun jadi besi buruk ..BERAPA BANYAK RUGI NI…
    Degree = Selepas 10 Tahun boleh jadi Manager gaji RM8500.00….BOLEH BELI Toyoba Camreey…

    IPTA vs IPTS ?
    IPTA ada SL1M sebab graduate employability XX% Ramai yang menganggur
    IPTS tak ada SL1M sebab graduate employability 87% Hmmm…tak caya?

    Kalau nak sambung Degree… sambung Degree yang ADA KERJA…

    TQ.

    0

    0