UNIQLO Malaysia Dibuka 4 November Ini, 5 Pasangan Bakal Ditaja Melancong Ke Tokyo PERCUMA

Hiburan

UNIQLO Malaysia Dibuka 4 November Ini, 5 Pasangan Bakal Ditaja Melancong Ke Tokyo PERCUMA

Saya ialah seorang yang tidak suka bershopping di gedung pakaian di Malaysia sebab bagi saya harga barangannya terlalu mahal. Kadang-kadang cecah ratusan ringgit hanya untuk sehelai kemeja. Saya lebih gemarkan bershopping di kedai bundle.

1. Jersi replika Chelsea beli kat Kelantan + seluar jeans bundle = RM70

uniqlo malaysia

Advertisement

2. Baju POLO tiruan + jeans pakai adik punya = RM30

uniqlo malaysia

3. Kemeja curik abang ipar punya = PERCUMA

uniqlo malaysia

Saya ialah seorang lelaki yang main hentam keromo sahaja apabila tiba bab berfesyen. Yang penting MURAH. Kualiti teruk sikit pun tak apa. Bukannya orang tahu pun apa yang kita pakai kan? Tetapi nampaknya semua itu akan berubah dengan pembukaan gedung pakaian UNIQLO di Malaysia pada 4 November ini.

uniqlo malaysia

UNIQLO adalah sebuah gedung pakaian nombor 1 Jepun yang sudah popular seantero dunia. Rakyat Singapura, Korea, Perancis, UK, US dan banyak lagi semuanya sudah menikmati mutu pakaian tertinggi dari UNIQLO. Paling penting harganya sangat MURAH jika dibandingkan dengan gedung pakaian lain. Saya sharekan sedikit harga runtuh dari UNIQLO bersempena dengan pembukaan mereka di Atrium Fahrenheit 88, Bukit Bintang 4 November ini.

1. UJ JEANS RM49.90 (harga biasa RM99.90)

uniqlo malaysia

2. Baju T-Grafik UNIQLO RM29.90 (harga biasa RM59.90)

uniqlo malaysia

3. Jaket bulu biri-biri (Fleece) RM49.90 (harga biasa RM79.90)

uniqlo malaysia

Murah gila kan? Saya dengan seikhlas hati akan pergi ke grand opening UNIQLO dengan membawa kad kredit untuk membeli 3,4 helai jeans UJ UNIQLO. Nampak menarik dan sesuai dengan jiwa ini yang agak ranggi. Bukan sahaja kualiti tinggi dan harga yang murah, UNIQLO juga bakal menaja pakej pelancongan PERCUMA ke Tokyo untuk 5 pasangan (10 keping tiket) bersempena dengan pembukaan gedungnya di Malaysia.

uniqlo malaysia

Tapi saya rasa bakal timbul satu masalah yang besar untuk memilih 5 pasangan ini nanti. Sebab caranya tersangat MUDAH. Anda cuma perlu menjadi 500 orang terawal beratur sebelum grand opening UNIQLO pada 4 November nanti. Satu nasihat dari saya, pintu masuk UNIQLO akan dibuka tepat jam 11 pagi. Maka anda perlu berada di situ sekurang-kurangnya jam 8.00 pagi untuk menjadi 500 orang yang terawal.

uniqlo malaysia

Paling best, 1,000 pelanggan terawal yang beratur nanti bakal mendapat sebuah beg tote asli dari UNIQLO. Walaupun ditakdirkan anda tak menjadi 10 orang yang bertuah mendapat hadiah ke Tokyo, sekurang-kurangnya masa beratur anda tak sia-sia kerana bakal mendapat hadiah percuma ini. Beg tote asli UNIQLO ini juga akan diberi percuma kepada mereka yang membeli barangan UNIQLO lebih dari RM200 dalam satu resit sehingga 7 November. Perlu diingatkan yang ini semua selagi stok masih ada. Kalau dah habis stok janganlah pulak korang menangis kat situ.

uniqlo malaysia

Kalau anda dah tak sabar sangat nak tunggu 4 November ini untuk pembukaan gedung UNIQLO, sila ke Facebook Page UNIQLO untuk main game sambil menang hadiah-hadiah menarik dari UNIQLO. Lagi info boleh pergi ke website UNIQLO Malaysia.

P.S: Tunang Abang Nara dah suruh Abang Nara amik cuti 4 November ini untuk teman dia beratur masa grand opening UNIQLO. Jumpa anda di sana ye ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...