Ungku Ismail Sedar Populariti Hanyalah Sementara

Hiburan

Ungku Ismail Sedar Populariti Hanyalah Sementara

Nama pelakon Ungku Ismail Aziz semakin mendapat tempat di hati ramai dan popular selepas berjaya mempersembahkan lakonan hebat menerusi drama Teman Lelaki Upahan gandingan bersama Elizad Sharifuddin.  Sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Ungku Ismail mengakui tidak pernah menjadi perhatian sehingga begini besar oleh masyarakat sehingga membuatkan jejaka tersebut merasa sedikit janggal.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu terbawa-bawa dengan perhatian yang diberikan kerana menyedari ia hanya bersifat sementara.

Advertisement

Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu.

Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini.

Buat Ungku Ismail, populariti yang dikecapinya kini akan digunakan sebaiknya untuk mengukuhkan lagi nama beliau di dalam industri seni tempatan.

Berbicara mengenai keserasian beliau bersama Elizad yang cukup mantap, Ungku Ismail pada mulanya merasa sedikit kekok untuk melakonkan adegan romantis bersama aktres tersebut kerana sedar beliau adalah kekasih orang.

Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.

Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran.

Ungku Ismail Aziz mempunyai auranya tersendiri, mungkin segala usaha keras beliau akhirnya berbayar.  Teruskan dengan lakonan mantap anda kami pasti anda boleh pergi jauh.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...